RSS

Tarbiyah Membina Ukhwah Sejati

05 Jan
Assalamualaikum wt,

Semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita diatas jalan Dakwah dan Tarbiyah.Hati saya rasa terpanggil apabila puteri yang saya kasihi Mahfuzah Hanisah (nurtaqwa08.blogspot.com) dan seorang remaja Haluan ,anakanda Nor Aisyah Mohd Rashid meminta saya menulis sedikit pengalaman-pengalaman tarbawi yang pernah saya lalui semasa berada di dalam Haluan.Walaupun saya telah bersama Haluan, hakikatnya telah 22 tahun namun tidak pernah rasa jemu, malah semakin hari terasa semakin indah.

Kalaulah kita diberi pilihan, mau rasanya saya kembali muda kerana terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan. Tapi usia telah diambang senja. Tidak ada pilihan lagi melainkan hakikat sebuah kematian itu semakin hampir.Apatah lagi apabila melihat putera puteri remaja Haluan semakin mekar, menyerlah, dengan jiwa Islam yang membara, bergerak keseluruh negara. Generasi remaja yang aktif dengan amal Islami amat menghiburkan hati saya. Lihat saja semasa Kelab Remaja Haluan baru-baru ini (13 – 16 Dec 2009) menganjurkan Kem Minda Kreatif di Bukit Bakar Machang.Kira-kira hampir 50 orang fasilitator (Haluansiswa) telah hadir. Mereka berbakti dengan penuh keihklasan. Hanya redha Allah yang mereka harapkan. Jiwa yang tinggi dan mulia.

Setelah begitu lama Haluan menitikberatkan masalah tarbiyah, membina  syahsiayah dan keluarga dengan corakan Islam. Kini natijahnya telah mula menyerlah sehingga menyerap kepada masyarakat. Alhamdulillah, anak-anak yang lahir dari keluarga yang kita didik telah mula bangun. Mereka bangun menyahut seruan dakwah  dan tarbiyah . Dalam masa yang sama mereka melaksanakan tanggungjawab membina diri dan menyampaikannya kepada orang lain.

Sesungguhnya salah satu ikatan yang berjaya mengikat hati sesama kita adalah UKHUWWAH ISLAMIYAH. Hati yang terdidik dengan kasihsayang akan melahirkan sifat jujur, ikhlas dan setia kepada perjuangan. Perasaan kasihsayang ini dapat kita pupuk dan suburkan melalui halaqah yang tersusun dan dengan membanyakkan suasana-suasana yang Islamik.

Di peringkat awal saya menerima fikrah ini, hanyalah dari seorang junior. Ketika itu saya sedang menuntut di Medik UKM.Kami tinggal dibangunan asrama yang sama. Pernahkah terbayang oleh kita , tanpa perasaan jemu beliau menziarahi saya hampir setiap hari. Dia datang dengan penuh rasa kasihsayang. Bercerita tentang kehidupan, pelajaran dan juga masalah agama. Terfikir juga oleh saya kenapa  dia fokus kepada diri saya. Sedangkan saya hanya insan biasa yang tiada punya apa-apa keistimewaan. Peringkat awalnya saya rasa kurang selesa sebab tiada modal untuk bercakap. Namun dia tetap mesra, mudah untuk berbincang.Kadang-kadang dia bawa makanan dan kami makan bersama-sama dibilik saya Ada beberapa persoalan  yang sering menyentuh perasaan saya. Diantaranya termasuklah :

” Apa kabar iman abang arif hari ini…?

” Hari ini dah baca Qur’an atau belum…?

” Abang arif dah solat dhuha?…

Dalam dunia hari ini siapa yang nak soal perkara-perkara seperti ini..? Masing-masing dengan urusan mereka sendiri. Tapi beliau sangat mengambil berat tentang diri saya. Hati saya tidak mampu lagi menolak bahawa  saya dapat merasakan kehangatan kasihsayangnya. Dia takut kita terjatuh kedalam golongan manusia yang dicampakkan kedalam api neraka…Na’uzubillah. Hari-hari yang berlalu saya semakin tertarik kepada pendekatannya. Saya mula menghargai keistimewaannya. Dia seorang yang unik. Walaupun dia bukan dikalangan mereka yang bersuara lantang dikampus , namun saya merasakan dia mempunyai wawasan yang jauh.Dia mempunyai syahsiah yang tinggi, memiliki syahsiah Islam yang cukup baik, sering menjadi imam di musalla kampus.

Suatu hari dihujung minggu, beliau bertandang kebilik saya, kami berbual berbagai isu sehingga ke larut malam. Dia suka memberi persoalan tentang matlamat hidup, masalah tiada penyerahan hati untuk di tarbiyah, bercerita tentang generasi pertama yang dididik dan di asuh oleh Rasulullah. Saya jarang sangat mendengar cerita-cerita seperti ini. Dalam ceramah- ceramah Islam ketika itu, perbincangan hanya berkisar tentang tajuk-tajuk umum, tentang fadhilat-fadhilat amal dan sebagainya. Itu pun sering diselang seli dengan gelak ketawa. Tapi perbincangan dia dengan saya amat berbeza. Dia berbincang dengan serius , namun sangat mudah senyuman terukir dibibirnya. Pada malam itu dia terlena dibilik saya.

Apabila hampir subuh, saya terdengar dia bangun dan keluar dari bilik.Saya terus tidur. Mungkin dia balik ke biliknya. Tidak lama kemudian saya terdengar seruan azan subuh. Saya kenal suara itu. Suara sahabat saya yang baru saja keluar dari bilik saya. MasyaAllah hebatnya dia. Beberapa minit kemudian, terdengar pintu bilik saya diketuk orang.  Saya terbangun.

” Assalamualaikum. abang Arif bangun…bangun!!! Solat subuh…solat subuh…!!” suaranya lembut.
Rupa-rupanya setelah azan , dia datang kebilik saya untuk membangunkan saya dari tidur .Malu juga rasa dihati

Setelah saya bangun..barulah dia beredar….

Saya bergegas ke surau kampus. Saya terpegun apabila yang menjadi imam solat  subuh pagi itu adalah dia sendiri(sahabat saya). MasyaAllah. Benar-benar dia memiliki akhlak seorang “murabbi” dan “daie” .

Ya Allah betapa seninya sebuah hakikat TARBIYAH berbentuk amali. Penuh limpahan mahabbah fillah. Akhlak seperti ini benar-benar menyentuh hati saya.Mungkinkah ini dinamakan SAHABAT yang amat berbeza dengan seorang KAWAN...

Perkongsian,

Dr. Mohd Arif Rasyid (zharif05.blogspot.com)

(Penasihat Kelab Remaja HALUAN Kelantan)

 
Leave a comment

Posted by on January 5, 2010 in Artikel, Kepimpinan HALUAN

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: