RSS

Muhasabah Interaksi Kita Dengan Al Quran

05 Jan

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku” (QS Al-Fajr [89]:27-30)

Ungkapan lembut tersebut adalah rayuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang juga disertai ajakan yang provokatif. Bagaimana mungkin kita tidak teruja dengan rayuan seperti itu?

quran1Kita mampu bekerja dengan kuat saat jiwa kita sedang asyik dengan Al-Qur’an. Tetapi di saat yang lain, kita mungkin mengalami situasi keengganan yang besar, jangankan disuruh menghafal, sekadar melihat mushaf pun sangat keberatan. Apabila berhadapan  seperti itu, kita perlu merayu diri sendiri, merenungi kehidupan diri kita sendiri sambil mencari bahasa apa yang dapat membangkitkan energi kita untuk kembali bekerja, meraih cita-cita hidup bersama Al-Qur’an.

Pelbagai permasalahan umum berlaku pada diri kita saat berinteraksi dengan Al-Qur’an antara lain:

  1. Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum siap sedia untuk memberi komitmen secara rutin sehingga dalam sebulan, begitu banyak hari-hari yang berlalu tanpa tilawah Al-Qur’an.
  2. Kita faham bahawa menghafal Al-Qur’an adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum siap sedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3. Kita sedar bahawa masih banyak ayat-ayat Al Qur’an yang belum kita fahami, namun jiwa kita tidak siap sedia untuk melakukan pelbagai langkah awal minima untuk dapat memahami isi Al-Qur’an.
  4. Kita sedar bahawa mengajarkan Al-Qur’an sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana minimanya rasa mujlia dan penghargaan ummat terhadap para pengajar Al-Qur’an maka sangat sedikit yang siap sedia menjadi pengajar Al-Qur’an.
  5. Kita faham bahawa solat yang baik, khususnya solat malam adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu membaca sekian banyak ayat, namun jiwa kita terkadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhilat membaca Al-Qur’an di dalam solat.
  6. Kita sedar bahawa dakwah dijamin oleh nash Al-Qur’an dan Allah swt. akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita amat faham bahawa banyak keutamaan di dunia dan akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan Al-Qur’an, tetapi fadhilat tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan energi yang besar untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an.
  8. Kita faham dengan sangat jelas bahawa semua tokoh Islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah berhasil dengan ilmu Al-Qur’an dan merekapun menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan Al-Qur’an.

Jangan pernah berhenti untuk merayu diri agar segera bangkit. Tanyakanlah pada diri kita:

  1. Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah Swt? Mengaku cinta kepada Allah swt tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan Kalam-Nya. Bukankah ketika manusia cinta dengan manusia lain, ia menjadi senang membaca suratnya bahkan berulang-ulang? Mengapa kamu begitu berat dan enggan untuk hidup dengan wahyu Allah Swt? Adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah Swt? Infak cuma sedikit, jihad belum dimulai, kalau tidak dengan Al-Qur’an, dengan apa lagi?
  2. Wahai jiwaku, siapa yang menjamin keamanan dirimu saat gentingnya suasana akhirat? Padahal Rasulullah saw menjamin bahawa Allah Swt akan memberikan keamanan bagi manusia yang rajin berinteraksi dengan Al-Qur’an, mulai dari sakaratul maut hingga saat melewati shirat.
  3. Wahai jiwaku, tidakkah kamu malu kepada Allah swt? Dengan nikmat-Nya yang demikian banyak, yang diminta mahupun tidak, tidakkah kamu bersyukur kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya dengan memperbanyak membaca Al-Qur’an?
  4. Wahai jiwaku, sedarkah kamu ketika Allah swt dan Rasulnya mengajak dirimu memperbanyak hidup bersama Al-Qur’an? Untuk siapakah manfaat amal tersebut? Apakah kamu mengira bahawa dengan banyak membaca Al-Qur’an maka kemuliaan Allah dan Rasul-Nya menjadi bertambah? Dan sebaliknya, jika kamu tidak membaca Al-Qur’an, kemuliaan itu berkurang? Sekali-kali tidak. Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak mendapatkan manfaatnya.
  5. Wahai jiwa, tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu sendiri? Selama ini hidup tanpa al-Qur’an, hayat usia makin sedikit, tabungan amal soleh masih sedikit, jaminan masuk syurga tidak ada di tangan. Sampai tika ini belum mampu tilawah rutin satu juz per hari, jangan-jangan Al-Qur’an-lah yang tidak mahu bersama dirimu kerana begitu kotornya dirimu sehingga Al-Qur’an selalu menjauhi dari dirimu.
  6. Wahai jiwa, tidakkah engkau teruja untuk mengikuti kehidupan Rasulullah Saw dan para sahabat serta tabiin yang menjadi kenangan sejarah sepanjang zaman dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an? Jika hari ini kamu masih enggan berinteraksi dengan Al-Qur’an apa yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang tentang dirimu?

Ungkapan di atas adalah perenungan terhadap diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat, hal yang dianjurkan oleh Allah swt agar hidup kita tidak berlalu begitu saja tanpa makna.

“….Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-nya kepadamu supaya kamu berfikir. Tentang dunia dan akhirat…” (QS Al-Baqarah [2]: 219-220)

Petikan dari Buku 17 Motivasi Berinteraksi dengan Al-Qur’an, karya Syeikh Abdul Aziz Abdur Rauf, Al-Hafidz.

 
Leave a comment

Posted by on January 5, 2010 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: