RSS

300 Pelajar Sertai Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji

05 Feb

Bachok, Kelantan – Lebih dari 300 pelajar dari SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku Pasir Puteh dan Maahad Yaakubiah, Bachok Kelantan menyertai Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji yang telah diadakan di sekolah masing-masing pada 27 Januari 2010 yang lalu. Seminar yang dianjurkan oleh HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim tersebut diadakan dalam rangka membantu meningkatkan potensi dan motivasi peserta dalam pelajaran. Di samping itu diharapkan melalui perkongsian ilmu tersebut akan dapat membangkitkan kesedaran dan kefahaman pelajar agar turut mengambil berat dalam aspek pembinaan akhlak dan jatidiri pelajar supaya seiring dengan kecemerlangan akademik.

Seminar tersebut yang dijalankan serentak di dua buah sekolah tersebut turut dihadiri oleh 60 peserta dari Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 anjuran HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim dengan kerjasama JAKIM yang telah bermula sejak Disember 2009 yang lalu.

Di SMU (A) Nurul Falah, Cerang Ruku, penceramah motivasi HALUAN yang tidak asing lagi, Tn Hj Rosdi Baharom telah menyampaikan ceramah beliau yang memberikan penekanan kepada halatuju dan sikap pelajar muslim yang sebenar. Beliau juga menyeru pelajar agar sentiasa memiliki matlamat yang jelas dalam kehidupan. Manakala di Maahad Yaakubiah, sesi motivasi telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Beliau juga turut mengajak para peserta untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan menjadi seorang penuntut ilmu dan mengajak para peserta serius dalam pelajaran mereka kerana arus untuk mengajak mereka leka dan lalai dari matlamat sebenar sebagai penuntut muslim amat kuat.

Di sesi kedua, para peserta telah dibahagikan dalam kumpulan dan menyertai latihan Dalam Kumpulan dan sesi pembentangan yang turut dibantu oleh para fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN dan para peserta kem JATIDIRI. Para peserta begitu teruja dan merasa seronok disepanjang program berjalan sehinggakan masa program terpaksa dilajakkan sejam lagi.

Respon dari pihak sekolah amat baik dan berharap agar program-program sebegini dapat diadakan lagi bagi membantu para pelajar luar bandar khususnya memperbaiki prestasi pembelajaran mereka.

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: