RSS

Kem JATIDIRI Melabuh Tirai

11 Feb

Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JATIDIRI) telah melabuhkan tirainya pada 7 Februari 2010. Seramai 190 peserta lepasan SPM 2009 dari pelbagai sekolah telah berkampung di Kelantan semenjak 47 hari yang lalu. Sejumlah 10 modul yang meliputi aspek ruhiyah, dakwah, tarbiyah, kepimpinan, kemahiran keinsanan, pengurusan diri, pengurusan masa, rekreasi, kerjasama berpasukan, khidmat masyarakat dan lain-lain telah dilalui oleh para peserta di sepanjang program berlangsung.

Majlis Penutup Kem JATIDIRI telah diadakan di Dewan Besar Kolej Teknologi Darulnaim pada Ahad, 7 Februari 2010, 11.00pagi. Program penutup ini turut dihadiri oleh para ibu bapa peserta, aktivis HALUAN dari Kelantan dan luar Kelantan, Kepimpinan HALUAN Kelantan dan HALUAN Pusat, wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan para tetamu jemputan.


Program dimulakan dengan perkongsian pengalaman dari Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin, Ketua Biro HALUAN Palestin, yang telah menyertai Misi Viva Palestina dan telah berjaya menjejaki kaki ke Gaza Palestin dalam misi tersebut.

Sesi penutup Kem JATIDIRI ini tentu tidak akan dapat dilupakan oleh para peserta apabila mereka berpeluang bersua muka dengan 2 orang ulama dari Rabithah Ulama Palestin iaitu Syeikh Abu Bakar, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin dan Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Rabithah Ulama Palestin. Dewan utama Kolej Teknologi Darulnaim bergema dengan nyanyian nasyid Untukmu Palestina oleh para peserta dan tetamu yang hadir. Program diteruskan dengan ucapan aluan dari Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman yang berharap agar para peserta Kem JATIDIRI dapat membawa pulang bekalan yang sebaiknya di sepanjang kem berlangsung dan tidak ada bekalan yang paling baik melainkan bekalan Iman.

Sesi diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh Syeikh Abu Bakar yang berkongsi perasaan, harapan dan pesanan-pesanan yang dapat membakar jiwa muda para peserta Kem JATIDIRI. Menariknya para peserta juga turut serta menyumbang ke tabung Palestin yang disediakan oleh pihak penganjur.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan pelaksanaan Kem JATIDIRI 2010, khususnya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada HALUAN dan KTD menganjurkan kem ini. HALUAN Pusat secara khusus mengucapkan tahniah, syabas dan jutaan terima kasih kepada HALUAN Kelantan yang dipimpin oleh Tn. Hj Mohd Nasir Saat dan kakitangan dari Kolej Teknologi Darulnaim yang bertungkus lumus mengurus di perjalanan kem berlangsung. Hanya Allah swt sahaja yang layak mengurniakan kebaikan dan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada anda semua.

Kepada para peserta diharapkan anda semua dapat menghayati dan memanfaatkan segala ilmu, kemahiran, pengalaman dan kebaikan yang ada di sepanjang anda melalui kem ini. Semoga terbina jati diri yang sebenar sebagai pemuda dan pemudi harapan Islam.

 
Leave a comment

Posted by on February 11, 2010 in Aktiviti, Remaja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: