RSS

Mendidik Berbakti di IDIP

25 Feb

Alhamdulillah, mulai Februari 2010, HALUAN Kelantan telah di beri kepercayaan untuk mengisi ruangan kuliah mingguan di surau bersama para pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) pada setiap Khamis selepas solat Isyak. IDIP yang terletak di Pengkalan Chepa Kelantan semakin berkembang pesat dengan pertambahan bilangan pelajarnya yang terdiri daripada belia dan beliawanis saudara baru kita dari pelbagai bangsa dan negeri. Pengetua IDIP berharap HALUAN dapat membantu beliau dan para penghuninya dengan mengadakan siri-siri program yang bermanfaat untuk para pelajarnya.

Pada 4 Februari yang lalu, kuliah mingguan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Bashir Ghani. Beliau berkongsi pengalaman beliau menyertai Misi Kemanusiaan HALUAN Ke Padang, Sumatera yang dtimpa musibah gempabumi. Ceramah beliau yang menarik yang turut disertakan dengan tayangan slideshow benar-benar telah memberi rasa keinsafan kepada para pelajar IDIP tatkala melihat sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah swt. Hj Bashir mengajak para pelajar agar mensyukuri nikmat iman dan nikmat Islam yang diperolehi dan musibah yang berlaku seperti gempa bumi, tsunami, banjir besar dan lain-lain lagi adalah merupakan peringatan Allah kepada kita semua agar kita sentiasa menjaga amal dan hubungan kita dengan Allah swt.

Pada 11 Februari pula, sesi kuliah mingguan HALUAN telah disampaikan oleh Dr. Mohd Arif Rasyid. Kuliah beliau membicarakan tajuk yang amat menarik, Bahaya Merokok. Tajuk ini sengaja dipohon oleh tuan pengetua IDIP agar dapat memberi kesedaran kepada para pelajarnya terutama mereka yang masih merokok dan cuba-cuba belajar merokok. Penyampaian Dr. Arif amat menarik pada malam tersebut kerana beliau menayangkan video dan gambar-gambar bahaya merokok agar para pelajar mudah memahami akan bahaya dan kesan buruk merokok.

Dr. Arif juga berjaya membawa pemikiran para pelajar melihat tabiat merokok melalui kacamata dan pandangan Islam berkenaan rokok. Beliau juga memberi tips-tips kearah untuk berhenti merokok. Beliau juga menyeru para pelajar agar mensyukuri nikmat tubuh badan, nikmat jantung dan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita semua. Pada tubuh badan kita ada haknya maka perlulah kita menunaikan hak tubuh badan dengan memelihara kesihatannya dan tidak merosakannya.

Semoga usaha kerdil HALUAN Kelantan mendidik dan berbakti di IDIP diberkati Allah swt dan semoga keimanan para pelajar IDIP semakin subur di samping dapat membina akhlak Islamiyah yang baik dan menjadi muslim mithali, insyaAllah.

 
Leave a comment

Posted by on February 25, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: