RSS

Kem JATIDIRI Tidak Berakhir

25 Feb

7 Februari 2010, setibanya di muka pintu dewan besar Kolej Teknologi Darul Naim , aku tergamam tatkala beberapa orang anak jatidiri menerpa ke arah ku. Sekelip mata kami berempat berpelukan bagaikan tiada perpisahan. Bertambah terharu pabila seorang dari mereka berkata ” mak cik tak nak peluk saya ke? ”

Tak sangka kami semesra ini dalam tempoh tujuh minggu biarpun aku hanya terlibat dalam mengendalikan Modul Haluanita dan hadir di kem untuk sesi halaqah pada hari jumaat dan menemani anak-anak jati diri outing .

Begini pemurahnya Allah menumpahkan rasa kasih dan persaudaraan antara kami yang amat berhajat pada kebaikan dari apa yang kami lakukan. Bertambah yakin aku dengan janji Allah
” Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan , baik lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman , maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikitpun.”

An Nisa’ : 124

alt

Berlatarkan laut yang sentiasa berombak di Sri Pantai Chalet bersama hembusan bayu dan mentari petang yang semakin mengengsot pergi , perkongsian rasa anak-anak Kem Jatidiri dalam pertemuan terakhir aku terasa …..

Anak-anak ini benar-benar memahatkan satu kesedaran yang mencuit perasaanku.

” Biar saya cakap dulu mak cik …….” Kata seorang peserta dari Kuala Lumpur.
” Kem Jatidiri mengajar saya

1. Erti Sabar …ye,…. sabar , sabar dan sabar.alt
Kalau di sekolah dan di rumah saya di kelilingi kawan-kawan yang tidak seperti di kem ini.

Sesama kawan-kawan , kami bebas mengeluarkan apa saja yang kami mahu apabila marah. Kalau saya kata , kamu bengong ! Mereka akan kata kamu bangang! Tapi di kem ini , kawan-kawan akan beri nasihat dan tunjuk ajar bila kita buat perkara yang tak baik. Hai !..tahan ,… sabar je la…

2. Ukhwah Fillah
Saya mengenali ukhwah fillah di sini. Kawan-kawan di sini tak ada di tempat lain. Tak akan jumpa di tempat lain.

3. Al Mathurat
Saya belajar mengenali dan membaca mathurat di kem ini.

Modul Haluanita – “Selangkah ke Dapur Muslimah ” . Kalau sebelum ni di rumah, nak menggoreng telor pun takut kena percikan minyak panas tapi di kem ini saya dapat belaltajar memasak. ”
altInilah yang amat bermakna dan istimewa bagi anak dari Kuala Lumpur ini yang mana kehadirannya disarankan oleh bapa saudaranya dan juga amat berat baginya pada awalnya.

Anak dari Ibnu Khaldun pula yang sememangnya terasuh dengan suasana yang meransang pada ma’aruf melahirkan rasa

” Kem Jatidiri ini telah mendedahkan saya pada realiti masyarakat hari ini.

” Saya merasakan kelainan setelah keluar dari kepompong Ibnu Khaldun. Di Ibnu Khaldun , kawan-kawan hanya yang baik-baik saja tapi di sini ada pelbagai ragam dan saya dapat belajar sesuatu yang baru.” ” Ye la…kita mesti kenal apa itu jahiliah juga. ” Aku menambah.

Aku , mak cik yang terasa disuntik semangat , terus menyampuk….

” Kamu adalah sebaik-baik yang dikeluarkan bagi umat manusia , kamu menyuruh pada kebaikan dan kamu mencegah dari kemungkaran…..

Al Imran : 110
alt

‘Asma Ariffin pelajar Maahad Tahfiz Sains , Bukit Panau turut berkongsi yang mana pesanan Pak cik Razali katanya :

” Kita tidak cukup hanya menghafaz Al Quran tapi kita kena ‘ tadabbur ‘ ketika membacanya.” Aku membenarkannya dan dengan menghafaz Quran , Asma’ telah mempunyai tiket mudah untuk mentadabbur Al Quran. Asma’ mengangguk setuju. Aku juga bercita-cita menghafaz AlQuran biarpun usia yang hampir senja.

Tak sangka aku diketealtmukan Allah dengan sahabat cyberku dari Kedah yang juga menghantar anaknya ke Kem ini . Kem ini juga memberikan aku banyak pengertian tentang kemahiran dakwah dan tarbiyah malah membuka mindaku terhadap satu lagi medan kerja-kerja Islam untuk diceburi.

Ye lah , selama lebih dua puluh tahun ini …tumpuanku hanyalah untuk pembentukan anak-anak tadika. Mendekati remaja adalah suatu yang tidak menjadi pilihanku lantaran kemahiran yang tiada dalam genggaman . Kem Jatidiri kini menyuburkan langkah dakwah dan tarbiyyah buat diriku.

Aku juga mengkagumi kem jatidiri ini yang tidak pernah mengenepikan bakat dan fitrah remaja. Mencungkil dan menggilap bakat ‘ suara ‘ dan ‘ bermain alatan muzik’ yang ada pada remaja merupakan satu peluang dalam mengisi medan dakwah. Masing-masing bekerja di altmedan dengan kemahiran yang ada untuk sebuah perjuangan yang mewarisi tugas-tugas ambiya’.

WAHAI ANAK-ANAK , JATIDIRI TIDAK BERAKHIR…..

Lantaran kalam suci Allah memerintahkan…..
” Dan hendaklah di antara kamu ada golongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. ”

Ali Imran : 104

Dari ” Cara Nabi Mendidik Anak ”
karangan -Ir Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid

” Jiwa tumbuh dengan kelembutan tarbiyyah sebagaimana badan tumbuh dengan makanan bergizi. Pertumbuhan badan ada batasnya namun pertumbuhan jiwa berjalan terus , sepanjang hanyat masih di kandung badan. ”

Catatan dari HALUANITA Kelantan

 
1 Comment

Posted by on February 25, 2010 in Aktiviti, Remaja, Tarbiyah

 

One response to “Kem JATIDIRI Tidak Berakhir

  1. baeek

    March 26, 2010 at 12:29 am

    alhamdulillah… JATIDIRI mengajar kami untuk terus komitmen berada dalam tarbiyyah dan dakwah…kami mengenal erti ukhuwah fillah walau berbeza fikrah..kami mengenal mace2 lagii..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: