RSS

HALUAN Kelantan Mendidik Berbakti di Masjid Kg Pendek Kota Bharu

26 Feb

Sesungguhnya salah satu dari Muwasofat Tarbiyah adalah “Nafi’un Li ghoirihi” atau “bermanfaat kepada orang lain”. Oleh yang demikian kita perlu mempersiapkan diri kita untuk sedia berbakti dimasa sahaja.Bukan berbakti untuk bangsa, bukan berbakti untuk negara semata-mata, tetapi yang lebih besar dari itu adalah untuk kita berbakti demi untuk Islam. Kita mahu menjadikan khidmat kita ibadah disisi Allah. Kita berusaha menggarapkan khidmat kita untuk menjadi “pahala”,

InsyaAllah. Oleh itu setiap amal mestilah dimulai dengan niat yang betul, iaitu untuk mencari “Mardhatillah”. Adakalanya niat kita yang murni bertukar untuk mencari nama, populariti, kedudukan dan sebagainya. Amalan sebegini hanyalah seperti debu-debu yang berterbangan, Na’uzubillah.

Alhamdulillah, walaupun negara kita aman, kita harus mempersiapkan jiwa kita agar sentiasa bersedia untuk berbakti. Persiapan ini sangat penting agar kita mampu memberi khidmat pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Salah satu latihan yang telah dirancang oleh Haluan adalah melalui program khidmat masyarakat. Pada 20 Februari yang lalu, hari Sabtu, Kelab Kesihatan Haluan(KKH) Kelantan telah diberi amanah untuk berbakti kepada penduduk kampung di sekitar Masjid Pendek Kota Bharu dari jam 10.00 pagi – 1.00 tgh.

Seramai 5 orang doktor  KKH turun padang berkhidmat dan telah telah dibantu oleh adik-adik remaja dari Kelab Remaja Haluan (KKH) Kelantan dan HALUANITA Kelantan. Seramai 102 orang pesakit telah menerima rawatan percuma yang disediakan. Diantara pendekatan yang digunakan semasa merawat adalah merawat dengan penuh kasih sayang, mesra dan ikhlas. Sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan. Sementara itu Dr Salwana Mohyudin iaitu Pakar Sakit Puan Hospital Raja Perempuan Zainab II telah memberi ceramah mengenai Penyakit Kanser di kalangan wanita. Beliau juga merupakan Ketua Haluanita Kelantan telah menyeru golongan wanita agar segera tampil untuk mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda yang yang meragukan terutama bagi kes kanser payudara (Breast Canser) dan kanser pangkal rahim (Ca Cervix). Sekitar 50 orang para ibu  telah hadir mendengar ceramah tersebut.

KKH Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa masjid yang sudi memberi ruang kepada KKH untuk mendidik dan berbakti, semoga usaha dan amal kita di terima oleh Allah swt.

Laporan disediakan oleh,
Dr. Mohd Arif Rasyid (AJK KKH Kelantan)



 
Leave a comment

Posted by on February 26, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: