RSS

Monthly Archives: March 2010

Charity Lunch Save Palestine

Keterangan lanjut sila hubungi:

Sdr Zaini Ghazali 0193300888

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 23, 2010 in Aktiviti, Pengumuman

 

Tarbiyah Yang Benar Melahirkan Remaja Pewaris Dakwah

Kelmarin saya sempat menghadir majlis ilmu yang diadakan seminggu sekali dikalangan sahabat-sahabat Haluan.Majlis ilmu ini tidak ramai sangat yang hadir. Tapi yang menariknya pertemuan ini terdiri dari orang dewasa, golongan remaja dan kanak-kanak. Pertemuan hati-hati untuk menyuburkan kehangatan ukhwah

Ada beberapa perkara penting yang dapat saya ambil dari penyampaian seorang murabbi untuk kita renungkan bersama.

1. Pada hari ini, manusia sanggup berbelanja untuk mendapatkan maklumat. Maklumat kontrak perniagaan yang menjanjikan keuntungan, maklumat untuk mendapatkan sesuatu lokasi untuk kita mudah untuk mencarinya , maklumat ketenteraan musuh untuk kita mengalahkannya dan banyak lagi…Pendek kata manusia sanggup bayar harga tinggi untuk mendapat sesuatu maklumat demi untuk mencapai kepuasan hidup kesenangan dan kemewahan.
Tapi amatlah pelik betapa ramai ummat manusia yang tidak merninat mengenai maklumat mengenai  akhirat , maklumat mengenai nikmatnya didalam syurga , maklumat dahsyatnya kehidupan didalam neraka dan sebagainya , yang boleh didapati secara percuma dimana-mana. (*majlis ilmu Islam) Maklumat yang menjanjikan keuntungan yang besar diakhirat nanti.Maklumat yang mampu menyelamatkan kita dari api  neraka

2. Tarbiyah yang kita jalani mestilah lahir dalam bentuk amalan dan tingkahlaku. Gerakgeri yang lahir dari keyakinan sehingga masyarakat melihat adanya “tamayyuz” (perbezaan). Kita sentiasa membawa syahsiah Islamiyah dimana sahaja kita berada, samada kita bersendirian ataupun dihadapan orangramai.Ukhuwwah yang mampu melahirkan kesungguhan dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Inilah keistimewaan kita.
Read the rest of this entry »

 

Nafs Kelembuan?

Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah.  Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.

Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.

Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan.  Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2010 in Artikel

 

Benarkah Itu Cinta

Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya “Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?”. “Alhamdulillah kamu adalah manusia normal” Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Hati kita memang mudah jatuh cinta dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat.
Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on March 13, 2010 in Artikel

 

Kembara Remaja HALUAN Kelantan

Program Kembara Remaja HALUAN Kelantan

Tarikh:13-17 Mac 2010

Tempat: KL dan Melaka

Kembara: Kapal terbang dan Bas

Peserta: Remaja Puteri 16 orang dan Remaja Putera 17 org

Pendekatan program kembara:

  • kaedah interaksi kelompok yang mempunyai tazkirah, catatan kembara, interaksi bersama remaja HALUAN Selangor
  • kembara dan lawatan ke Kilang Proton, Petrosains, Zoo Melaka, Karangkraf dan lain-lain
  • program di Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam, Masjid KLCC

Anjuran: KeARAH kelantan dengan kerjasama HALUANITA Kelantan

 
Leave a comment

Posted by on March 9, 2010 in Pengumuman

 

Bersatu Untuk Palestin

Pergolakan, keganasan dan penindasan yang berlaku di bumi Palestin merupakan satu jenayah yang sangat dahsyat dalam sejarah peradaban manusia moden, malah penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan dengan penuh kekejaman terus menjadi-jadi, seolah-olah dunia merestui peristiwa ini berlaku di bumi Palestin.

Dalam soal ini, HALUAN berpendirian tegas dan jelas bahawa isu Palestin ini perlu dilihat secara serius dan segala usaha ke arah pembebasan Bumi Palestin perlu disokong dan diperjuangkan oleh semua pihak.

Kepekaan dan keprihatinan umat Islam terhadap isu Palestin merupakan sesuatu yang sangat penting dan ia perlu diselesaikan secara kerjasama semua pihak. Permasalahan Palestin adalah isu bersama ummat Islam dan ia bukanlah isu rakyat Palestin sahaja. Permasalahan yang kini melanda rakyat Palestin adalah permasalahan aqidah dan ia menjadi isu ummat Islam seluruh dunia.

Read the rest of this entry »

 
 

Kelab HALUANSiswa berbakti di Masjid Mukim Pintu Geng K. Bharu

Alhamdulillah seramai 53 pelajar berumur 10 – 14tahun telah mengikuti Kem Anak Soleh (KASEH) yang telah dianjurkan oleh Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darulnaim. Program yang telah diadakan pada 6 Feb yang lalu bermula jam 8.00pagi – 10.00 mlm. Seramai 10 orang fasilitator dari Kelab HALUAN Siswa Kelantan telah membantu menjayakan kem tersebut yang julung-julung kali diadakan.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 3, 2010 in Aktiviti