RSS

Tarbiyah Yang Benar Melahirkan Remaja Pewaris Dakwah

22 Mar

Kelmarin saya sempat menghadir majlis ilmu yang diadakan seminggu sekali dikalangan sahabat-sahabat Haluan.Majlis ilmu ini tidak ramai sangat yang hadir. Tapi yang menariknya pertemuan ini terdiri dari orang dewasa, golongan remaja dan kanak-kanak. Pertemuan hati-hati untuk menyuburkan kehangatan ukhwah

Ada beberapa perkara penting yang dapat saya ambil dari penyampaian seorang murabbi untuk kita renungkan bersama.

1. Pada hari ini, manusia sanggup berbelanja untuk mendapatkan maklumat. Maklumat kontrak perniagaan yang menjanjikan keuntungan, maklumat untuk mendapatkan sesuatu lokasi untuk kita mudah untuk mencarinya , maklumat ketenteraan musuh untuk kita mengalahkannya dan banyak lagi…Pendek kata manusia sanggup bayar harga tinggi untuk mendapat sesuatu maklumat demi untuk mencapai kepuasan hidup kesenangan dan kemewahan.
Tapi amatlah pelik betapa ramai ummat manusia yang tidak merninat mengenai maklumat mengenai  akhirat , maklumat mengenai nikmatnya didalam syurga , maklumat dahsyatnya kehidupan didalam neraka dan sebagainya , yang boleh didapati secara percuma dimana-mana. (*majlis ilmu Islam) Maklumat yang menjanjikan keuntungan yang besar diakhirat nanti.Maklumat yang mampu menyelamatkan kita dari api  neraka

2. Tarbiyah yang kita jalani mestilah lahir dalam bentuk amalan dan tingkahlaku. Gerakgeri yang lahir dari keyakinan sehingga masyarakat melihat adanya “tamayyuz” (perbezaan). Kita sentiasa membawa syahsiah Islamiyah dimana sahaja kita berada, samada kita bersendirian ataupun dihadapan orangramai.Ukhuwwah yang mampu melahirkan kesungguhan dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Inilah keistimewaan kita.

3. Beliau terus menyatakan ” Ana kagum malam tadi di musalla ini, anak-anak remaja kita berkumpul di musalla ini. Mereka berfikir, berbincang dan merancang bagaimana nak kutip derma dari orangramai sebab nak bantu ummat Islam di Gaza Palestin. Mereka berqiamulail disini.Mereka berbincang untuk melakukan kebaikan. Inilah generasi pemuda pewaris. Mereka ingin mewarisi kerja dakwah dan tarbiyah yang telah dipelopori oleh ibu dan ayah mereka. Inilah hajat kita .Membina generasi yang mampu melakukan perubahan.”
Kata-kata Ust Mohd Noor benar-benar menyentuh perasaan saya.

4. Memang benar, pada malam itu saya sempat bersama mereka. Saya amat kagum dengan kesungguhan seorang remaja Haluan. Namanya Mohd Basyeer bin Ramli. Beliau berasal dari Tumpat, Kelantan, baru menerima keputusan peperiksaan STAM dan mendapat Jayyid Jiddan. Beliau bersama ayahnya baru sahaja berjaya menubuhkan Kelab Remaja Masjid di kampungnya. Pada malam itu dia datang ke program dengan menunggang motosikal. Malam itu hujan lebat. Dia terpaksa berhenti beberapa kali sebelum sampai ke destinasi. Dia sampai pada jam 10.00 malam.Dia jadi pengerusi majlis.Dalam ucapan alu-aluannya dia berkata.,

” Ana minta maaf sebab lewat sikit sebab hujan lebat dalam perjalanan. Walau pun susah, namun bila ana lihat wajah-wajah sahabat, ana rasa cukup bahagia sehingga menghilangkan kesusahan yang ana lalui. Ana bersyukur kerana dapat juga bersama sahabat pada malam ini. Kita sebagai pelajar mesti rancang untuk hadir ke program halaqah kita. Kita perlu tabongkan  sedikit dari wang belanja kita untuk perbelanjaan kita bagi menghadir usrah. Kita kena latih diri kita berkorban sebab dakwah memang sentiasa memerlukan pengorbanan.”  Basyeer seorang remaja yang mudah mesra dan tersenyum. Sempat saya beritau anak saya dan rakannya Hafiz. “Kita datang naik kereta yang selesa, berhawa dingin dan jarak pun lebih dekat, sedangkan abang Basyeer datang dari jauh, dengan bermotor, dalam keadaan hujan lebat dan dimalam yang gelap gelita. Namun dia masih mampu tersenyum seolah-olah tiada apa-apa kesusahan pun”

Mungkin inilah nikmatnya berada diatas jalan Jihad. Kepayahan dan kesusahan menjadi indah apabila di selaputi oleh kemanisan iman yang mendalam.

Dihadapan remaja-remaja yang lain, saya tanya Basyeer apa yang dia lakukan pada diwaktu siang pada hari tersebut. Dia kata disebelah paginya dia membantu ayahnya menyembelih dan memproses 3 ekor kambing. Disebelah petangnya dia buat mesyuarat dengan Kelab Remaja Masjid dan malamnya kita datang ke program ini untuk berbincang bagi membantu Haluan mengutip dana Palestin.

MasyaAllah….Inilah natijah tarbiyah Islamiyah yang beliau lalui semasa di sekolah menengah .Seorang anak muda yang rajin berbakti kepada kedua ibubapa dan dalam masa yang sama dia menjadi penggerak kepada generasi muda Islam.

Oleh: Dr. Mohd Arif Rasyid (Penasihat Kelab Remaja HALUAN Kelantan)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: