RSS

Charity Lunch Save Palestin: Menerobos Tembok Kematian Melakar Sejarah di Kota Bharu

02 Apr

Kota Bharu , 27 Mac– Dengan bertemakan Menerobosi Tembok Kematian, Biro HALUAN Palestin dengan kerjasama Kolej Teknologi Darul Naim, HALUAN Kelantan dan Sekretariat Misi Cakna Palestin telah berjaya menganjurkan Majlis Charity Lunch Save Palestin di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu terhormat Timbalan Menteri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob yang juga merangkap Penasihat Sekretariat Misi Cakna Palestin.

Menurut Pengarah Program, En Zaini Ghazali majlis ini diadakan bagi mengutip derma dan sumbangan orang ramai untuk menjayakan misi Lifeline4gaza dengan matlamat untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Presiden HALUAN, Yang Berbahagia Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman, Yang di-Pertua Haluan Kelantan, Hj Mohd Nasir Saat dan Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin, En Nazri Deraman. Dalam ucapan beliau, Dr Hj Abdullah Sudin menyatakan bahawa Isu Palestin ini seharusnya dilihat sebagai isu yang besar dan menjadi agenda utama umat Islam untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bantuan. Dan inisiatif yang dilakukan oleh HALUAN ini adalah sebagai salah satu jalan untuk membantu dan menyumbang kepada rakyat Palestin.

Majlis tersebut disusuli dengan Ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob. Beliau telah memberi sedikit gambaran sejarah Palestin dan menjelaskan kenapa kita perlu mempertahankan bumi Palestin. Tegas beliau lagi, isu ini harus diperjuangkan oleh semua pihak terutama umat Islam.

Turut sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Noorazman Bin Mohd Shamsudin yang berkongsi pengalaman beliau ketika menyertai rombongan viva Palestin baru-baru ini.

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan Nasyid yang diundang khas dari Indonesia iaitu Kumpulan nasyid Shoutul Harakah. Dendangan nasyid yang dibawa bertemakan perjuangan Palestin dan membangkitkan kesedaran berkaitan isu Palestin.

Kehadiran lebih daripada 400 orang tetamu dari agensi korporat dan juga badan-badan kerajaan dari pelbagai negeri memperlihatkan sikap kepekaan mereka untuk sama-sama membantu meringankan beban rakyat Palestin. Semoga Allah SWT merahmati mereka atas segala usaha ini.

 
Leave a comment

Posted by on April 2, 2010 in Aktiviti, Palestin

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: