RSS

Hari Rehlah Tarbawiyah HALUAN Kelantan Meriah

02 Apr
Takzirah Rehlah oleh Ustaz Muhd Noor Bin Awang Kecik

KELANTAN, 31 MAC 2010 – HALUAN Kelantan telah mengadakan Hari Rehlah Tarbawiyah anjuran bersama dengan Koperasi Pendidikan Al-Hilal (KAFFAH), HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darul Naim. Hari Rehlah ini telah diadakan di Resort Sri Pantai, Melawi Bachok Kelantan yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.

Pelajar KTD yang ceria dan bersemangat

Dengan kehadiran lebih 150 orang ahli KAFFAH, HALUAN dan pelajar KTD,dimulakan dengan Tazkirah Rehlah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Awang Kechik. Dalam penyampaiannya, beliau menjelaskan bahawa antara tujuan diadakan rehlah ini adalah untuk melahirkan suasana Islam dalam rehlah, meningkatkan ukhuwah islamiyah di kalangan peserta dan meningkatkan kesedaran akan kepentingan rehlah sebagai jalan tarbiyah.

Selain itu, Ustaz juga mengingatkan bahawa segala aktiviti di dalam rehlah ini adalah ibadah dan ia haruslah dilakukan dengan sehabis baik bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

Aktiviti Terompah Gergasi

HALUANITA dan remaja dalam aktiviti “Tolak Tali”

Selain itu, rehlah ini juga diserikan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua peserta rehlah sama ada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki serta wanita. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, tolak tali, larian berganti dalam guni, terompah gergasi, bola sepak tiga kaki dan sebagainya. Bagi setiap kategori ianya akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Untuk aktiviti sukaneka ini, ia diketuai oleh Saudara Ruqaimi Rabbani salah seorang ahli HALUAN dan juga staff KTD dan dibantu oleh pelajar-pelajar KTD yang lain.

Aktiviti Pantai

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan jamuan makanan tengahari dan solat Zohor secara berjemaah pada jam 1.30 petang. Hari Rehlah Tarbawiyyah ini diakhiri dengan ucapan Kalimah Akhirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir Saad, Pengerusi KAFFAH dan juga YDP HALUAN Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa segala aktiviti yang dilakukan perlu kepada penyediaan jiwa dan hati. Proses ini penting agar ia meninggalkan kesan kepada jiwa dan hati setiap peserta yang mengikuti program ini.

Tarik kuat-kuat

Kemudian, program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para peserta bagi aktiviti sukanekan dan juga cabutan bertuah. Akhirnya, program diakhiri dengan sesi nasyid yang disampaikan oleh pelajar KTD dengan menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gelombang Keadilan dan Palestina Tercinta sebagai ingatan kepada saudara muslim yang berada di bumi bergolak Palestin.
Semoga Rehlah ini mendapat keredhaan Allah SWT. InsyaAllah
 
Leave a comment

Posted by on April 2, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: