RSS

KHIDMAH di Masjid Beijing Rantau Panjang Mendapat Sambutan Baik Dari Masyarakat

24 Apr

Program Khidmat Masyarakat (KHIDMAH) anjuran Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing dengan kerjasama HALUAN Kelantan dan Persatuan Kebajikan Alumni Timur Tengah YPTIK KIAS (ATTYKK) pada 9 – 10 April yang lalu telah berjaya menarik ramai ahli kariah datang ke masjid menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Pihak AJK Masjid merasa gembira kerana orang ramai hadir tanpa putus di sepanjang program berjalan.

Proram dimulakan pada 9 April, Jumaat, dengan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Saibon Ismail dari JAHEAIK. Seusai kuliah Dhuha, para muslimat memenuhi dewan masjid bagi mendengar Ceramah Kesihatan Wanita yang disampaikan oleh Dr. Salwana Mohyiddin, Pakar Sakit Puan HRPZ II yang juga merupakan ahli Kelab Kesihatan HALUAN Kelantan.

Selepas solat Jumaat, sekali lagi masjid dikerumuni para muslimin dan muslimat untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kesihatan percuma yang dijalankan oleh barisan para doktor dari Kelab Kesihatan HALUAN yang diketuai oleh Dr. Norazmi.  Sesi ini turut mendapat bantuan dari Klinik Kesihatan Rantau Panjang.

Selepas asar, perlawanan persahabatan bolasepak telah diadakan di padang bolasepak Muhammadi Rantau Panjang diantara Kelab Bolasepak KTD dan belia Rantau Panjang. Perlawanan telah berkesudahan dengan kemenangan kepada Belia Rantau Panjang.

Kemuncak program KHIDMAT diteruskan dengan Forum Perdana yang membarisi ahli panel wibawa iaitu Dato’ Dr. Johari Mat dari KIAS dan Ustaz Mohd Nor Awang Kechik, pensyarah UiTM Kelantan. Forum yang bertajuk Apa Erti Saya Menganut Islam telah dipengerusikan oleh Hj Mohd Sabri Abdullah, Ketua Eksekutif PKINK.

Pada hari terakhir program,  telah diadakan Kem Anak Soleh (KASEH) untuk anak-anak berusia 9-12 tahun. Alhamdulillah seramai 148 peserta telah mendaftarkan diri, melebihi target yang dianggarkan oleh pihak masjid seramai 80 orang. KASEH telah dikendalikan oleb barisan Fasilitator dari Kelab HALUAN Siswa Kelantan yang diketuai oleh Sdr Abdul Rahman, mahasiswa pengajian Islam (Syariah) Kolej Teknologi Darulnaim. Majlis penutup KHIDMAT telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Awang. Turut hadir pada majlis penutup tersebut wakil Pegawai Daerah Pasir Mas, Ustaz Mukhtar (YDP ATTYKK) dan AJK HALUAN Kelantan yang diketuai oleh Cikgu Kamarudin Deraman, Timb YDP HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: