RSS

Perkongsian Bersama Abu Mu’min, Aktivis Palestin

29 Apr

Assalamualaikum wt.

Setiap pengalaman dan perkongsian yang saya lalui dalam kehidupan ini adalah sesuatu yang sangat saya hargai dan sayangi. Pengalaman hidup dan perkongsian perjalanan hidup manusia adalah unik dan ianya tidak diperolehi secara terus dari karyawan mahupun buku bercetak. Justeru, saya laziminya sangat menyukai setiap pengalaman hidup ini dikongsi dengan teman-teman dan sahabat-sahabat agar ianya hidup dan dirasai manfaatnya secara bersama.InsyaAllah.

Bersama, Seorang Pejuang Deen

27 April 2010, adalah tarikh yang sangat istimewa buat saya. Allah SWT mengizinkan saya bertemu dan menyelami kehidupan seorang pejuang yang bermatian-matian mempertahankan deen Allah SWT dan juga tanah air ummat Islam iaitu Bumi Palestin. Abu Mu’min, individu yang bertubuh sasa dan memiliki raut wajah yang dihiasi ketenangan dan kedamaian. Beliau adalah salah seorang insan yang dilahirkan di Bumi Palestin dan dibesarkan di Bumi Barakah itu. Alhamdulillah, dalam tempoh yang sangat singkat, Allah SWT mengurniakan kesempatan yang jarang saya perolehi. Kesempatan, untuk menilai diri dan diberi satu pengajaran yang sangat besar dalam hidup.

Abu Mukmin, dijemput oleh pihak HALUAN Kelantan untuk memberi sedikit perkongsian pengalaman hidup beliau dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Semalam, dalam ceramah beliau di KTD, beliau banyak berkongsi kisah dan meniupkan semangat perjuangan kepada hadirin yang hadir untuk bersama-sama merasai hakikat kehidupan para pejuang dan pencinta kebenaran di Bumi Palestin. Saya kagum dengan semangat perjuangan mereka dan sudah tentu, mereka di sana telah menjalani satu proses yang panjang sehingga dapat melahirkan satu generasi pejuang dan penegak kebenaran yang tegar, berani, bersahsiah tinggi dan sangat soleh dari segi penampilan dan tindakan.

Alhamdulillah, jumlah kutipan semalam ialah RM 4,100. Satu kutipan yang sangat memberangsangkan kerana melebihi target yang diletakkan iaitu RM 2,000.

Rahsia menjadi ummah pejuang

Seorang sahabat saya menanyakan tentang rahsia pendidikan mereka dalam membentuk generasi muda yang beriman dan seterusnya mampu menjadi pejuang agama Allah SWT.
“ Wahai pemuda, kami mulakan semua ini dengan proses Tarbiyah Islamiyah. Proses menyemai keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT di dalam jiwa dan sanubari anak-anak kami yang masih kecil. Inilah ASAS utama kami. Tarbiyah Islamiyah.” Ujar Abu Mukmin.

Mendidik Remaja di Palestin
“ Setiap remaja di Palestin, akan mempunyai pertemuan mingguan secara berterusan. Dalam tempoh lebih kurang 2 jam, mereka akan di minta menghafal 10 ayat Al-Quran, menghafal 1 hadis Rasulullah SAW, berbincang 1 bab dari Sirah Nabi SAW, menambah maklumat pengetahuan tentang Negara Ummat Islam. Perkara ini berlaku secara konsisten sehingga lah kini.” Ceritanya lagi.

Proses penanaman Aqidah berlaku dengan teliti dan ianya adalah perkara pokok yang menjadi tunjang pembinaan generasi SYABAB di Palestin. Penyebaran Kefahaman Islam dan kesedaran Islam melebar secara meluas di Palestin sehingga jiwa-jiwa anak-anak muda terusik untuk bangkit dan menjiwai Agama mereka secara sedar dan bersungguh-sungguh. Mereka difahamkan tentang Halal dan Haram dalam Islam. Mereka juga diingatkan agar menjauhi perkara maksiat dan mungkar.

Saya begitu teruja dengan proses tarbiyah ini. Ia berlaku secara real dan perlaksanaan juga diteliti dan dipantau agar segala proses pembentukan asas ini benar-benar kukuh dan terpasak teguh dalam jiwa anak-anak muda Palestin.

Nasihat Buat Kami
Semalam, Abu Mukmin mengimami Qiamullail solat sunnat 2 rakaat, kemudian beliau memberi sedikit Tazkirah sebelum kami lelapkan mata jam 2.30 pagi.

“ Ana berpesan kepada kalian. Biasakan diri antum dengan Qiamullail walaupun hanya dengan 2 rakaat. Antum perlu sentiasa beriadhah untuk kekuatan fizikal, lazimi ibadah-ibadah sunnat dan beristiqamahlah antum.”

Katanya inilah kekuatan seorang mukmin. Beliau menceritakan, seorang ketua mereka yang telah Syahid Dr Abd Aziz Rantisi, setiap malam akan mendirikan qiamullail 3-5 jam semalam, dan tidak pernah meninggalkannya dalam kehidupan beliau. Solat sunnat Dhuha dilazimi sentiasa dan selalu berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT memohon keampunan kepada Allah SWT.

Sebelum pulang semasa saya dan sahabat saya, Abu Mujahid menghantar beliau ke Lapangan Terbang sekali lagi beliau berpesan :

“ Akhi, jangan tinggalkan Qiamullail dan perlu selalu riadhah. Setahun lagi jika kita berjumpa, antum akan merasai kelainannya jika antum laksanakan pesanan ini secara istiqamah. Jika gagal melaksanakannya, antum akan menyesal.” Beliau berpesan dengan bersungguh-sungguh.

Saya berkata : “ Syukran Abu Mukmin, sehingga berjumpa lagi nanti.”
Beliau tersenyum dan menjawab : “InsyaAllah, Kita akan bertemu di syurga nanti.”

Oleh: Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Ketua HALUANSiswa Kelantan)

 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2010 in Artikel, Palestin, Tarbiyah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: