RSS

Monthly Archives: May 2010

Bersama Doakan Keselamatan Delegasi Malaysia Dalam Armada Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

29 Mei – Aktivis Muslim yang menyertai rombongan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Freedom Flotilla tetap tegar dan bersemangat meneruskan misi walau apapun terjadi. Sdr Noorazman Shamsudin yang juga merupakan Ketua Delegasi Bagi Malaysia dan Indonesia menyatakan bahawa para aktivis sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku, khususnya ancaman dari tentera udara dan laut Israel.

” Alhamdulillah setakat ini majoriti aktivis amat komited dengan solat berjamaah, mereka berterusan mengikat diri mereka dengan al Quran. Ramai juga yang bersendirian di merata tempat dalam kapal ini sujud bermunajat kepada Allah swt. Ramai yang berada dalam kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah.”, demikian situasi yang  digambarkan oleh wakil Media HALUANPalestin yang turut menyertai misi tersebut, sdr Mohd Nizam Awang. Beliau dan rombongan menaiki kapal yang terbesar dalam armada tersebut iaitu kapal Mavi Marmara.

Read the rest of this entry »

 
 

UKHUWAH FILLAH: Senyuman Sejati

Bagaimana kita mengenali sahabat kita? Adakah kita benar-benar merenungi wajah-wajah mereka dan cuba menjelajah pelusuk jiwanya hingga kita benar-benar mengenali hati budinya.

Mempertahankan ukhuwah yang terbina memerlukan kepekaan jiwa. Bagaimana seorang ibu yang begitu peka pada perubahan air muka anaknya, begitulah juga ukhuwah yang sejati; kita begitu peka dengan riak senyumannya, perubahan air mukanya, ayunan langkahnya dan sebagainya yang memantulkan segala keresahan atau keadaan jiwanya.

Ya, memang tidak semua manusia peka kepada semua ini tetapi kita yang benar-benar ingin merealisasikan ukhuwah sebenar seharusnya cuba untuk benar-benar mengenali jiwa dan hati budi teman kita. “Adalah menjadi satu keaiban mukmin apabila sahabatnya terpaksa menebalkan muka untuk meminta pertolongan”.

 
Leave a comment

Posted by on May 29, 2010 in Artikel

 

Pengumuman 2: KEM PERSONALITI REMAJA (PESONA) Puteri HALUAN Kelantan

KEM PESONA REMAJA PUTERI HALUAN KELANTAN

Tempat : KADA Resort, Kota Bharu
Tarikh : 10-12 JUN 2010 ( Khamis – Sabtu) Pendaftaran 2.00 petang 10 JUN
Sasaran: Remaja Puteri 16-17 tahun
Bayaran : RM 50.00 Seorang
Sasaran : Pelajar Perempuan 16-17 tahun untuk 80 orang
Hubungi : Pn Noziah Seman : 014-528 1452
Pn Salwanan Mohyiddin 013- 920 8190
Pn Norizan Othman 013- 970 2908

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2010 in Aktiviti

 

Pengumuman: Pendaftaran Kem Anak Soleh (Siri 4) HALUAN Kelantan

Kem Anak Soleh Kali ke 4 HALUAN Kelantan
Tarikh: 15, 16 & 17 Jun 2010
Tempat: Permai Resort, Bachok Kelantan
Pendaftaran:
Cikgu Mahmud – 0199838748
Dr. Mohd Ariff Rasyid – 0139397959

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2010 in Pengumuman

 

Ucapan Dasar Presiden Sempena Mesyuarat Perwakilan Tahunan (MPT 21) HALUAN 2010

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu’alaikum wbth.

Pengerusi Majlis, pimpinan Exco HALUAN Pusat, para perwakilan, pemerhati dan hadirin sekalian.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subha Nahu Wa Taala kerana mengizinkan kita untuk menjayakan mesyuarat perwakilan tahunan HALUAN  kali ke-21 pada tahun ini.  Selawat dan salam kita sampaikan kepada junjungan yang mulia, Nabi Muhammad  Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga baginda dan para sahabat serta mereka yang berada di jalan dakwah.

Pertama-tamanya marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subha Nahu Wa Taala kerana di atas keizinan-Nya dan limpah kurnia-Nya maka mesyuarat agong HALUAN kali yang ke 21, 2010 dapat diadakan. Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan besar kita kekasih kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga Baginda, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga ke hari kiamat. Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang merupakan rasul da’wah dan tarbiah. Peribadi baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah peribadi contoh yang terbaik sepanjang zaman.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah Subha Nahu Wa Taala dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah Subha Nahu Wa Taala banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Al-Ahzab : 21)

Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran barisan exco HALUAN sesi 2009-2011, para perwakilan negeri, para pemerhati dan seterusnya ingin mengucapkan jazakumullahu khairan katsira serta merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli HALUAN. Semoga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dicurahkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Subha Nahu Wa Taala.

Read the rest of this entry »

 
 

MPT HALUAN 2010 Melakar Sejarah

Seramai 30 orang perwakilan dari HALUAN Kelantan telah hadir menyertai Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN (MPT) Kali ke 21 yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 22 Mei 2010. Perwakilan HALUAN Kelantan telah diketuai oleh YDP Negeri, Tn. Hj. Mohd Nasir Saat.

MPT pada kali ini dilihat telah melakar sejarah perkembangan HALUAN apabila sejumlah 600 orang perwakilan hadir membanjiri Dewan Anuwar Mahmud UKM.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Yusoff Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mewakili Ketua Setiausaha Y.Bhg. Dato’ Abd. Jabar Che Nai, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Seramai 600 perwakilan dan pemerhati HALUAN dari seluruh negara berkumpul bagi memenuhi tuntutan berorganisasi secara formal selain menemukan perwakilan HALUAN dari seluruh negara dalam suasana ukhuwwah dan persaudaraan. Pimpinan-pimpinan badan NGO-NGO lain turut bersama dalam majlis perasmiaan ini seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH), Aqsa Syarif, Aman Palestin, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma-JIM), Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) dan lain- lain pertubuhan juga turut hadir.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 25, 2010 in Aktiviti

 

HALUAN Kelantan Johan Sukan Zon Timur 2010

Pasukan HALUAN Kelantan meraih kejayaan, tahniah!

Sukan Dwi Tahunan HALUAN Zon Timur telah diadakan pada 1 Mei 2010 bertempat di Kolej Matrikulasi  Gambang, Kuantan. Sukan tahunan dua tahun sekali ini melibatkan penyertaan 3 penjuru pasukan dari Pahang selaku tuan rumah, Terengganu dan Kelantan.

Sukan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sabaruddin b. Hj. Mohd Alias yang mewakili HALUAN Malaysia. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa riadah melalui sukan ini adalah suatu yang dituntut dalam Islam sebagai memenuhi hak badan dan jasad insan agar sentiasa cergas dan sihat. Telah terbukti bahawa riadah ini mampu membentuk individu muslim yang sihat, kuat dan mempunyai akal yang cerdas dan akhirnya mampu memikul beban tugas untuk berubudiah kepada Allah dalam semua aspek kehidupan. Sukan HALUAN ini adalah acara tahunan yang sememangnya dirancang oleh HALUAN Malaysia mengikut zon-zon tertentu. Sukan yang diadakan bukan sekadar untuk bertanding, menguji kekuatan dan merebut kemenangan semata mata tetapi ianya lebih luas iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli HALUAN dari tiga negeri ini. Di samping memberi pengalaman kepada pihak tuan rumah menyediakan kemudahan sukan yang selesa serta pengendalian program dengan lebih baik dari semasa kesemasa.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 25, 2010 in Aktiviti