RSS

Laju atau Perlahan Di Jalan Dakwah

04 May

Assalamualaikum wt. Suatu pagi  saya sempat beriadah bersama anak saya lepasan SPM. Kami jogging di padang Majlis Daerah Ketereh. Seronok bila dapat luangkan masa bersama anak remaja. Kami boleh bersembang, bertukar-tukar fikiran. Pada mulanya dia lari laju. Saya berlari perlahan saja. Maklumlah usia dah separuh abad, mana mampu lari laju. Pada round ke 2 mengelilingi padang, dia dah masuk round ke 3.

Saya dah keletihan. Kami berjalan sambil berbual. Saya tahu dia masih mampu berlari, tapi mungkin dia saja mahu bersembang dengan saya.

” Ayah…kalau kita lari laju di peringkat awal tentu cepat terasa penat ye..?,”

” Betul Am…” jawab saya ringkas.

” Kadang-kadang berhenti dan keluar padang kerana kepenatan..walaupun tidak mencapai target yang kita hajatkan…” Sambungnya lagi…

Saya diam saja, Menarik persoalan tu,namun saya tak dapat menyelami perasaannya.

“Am rasa kalau kita lari konsisten walaupun tak laju, InsyaAllah kita tentu sampai ke matlamat kita”

“Kenapa Am cakap gitu..?

” Am fikir kalau kita laksanakan kerja dakwah dalam keadaan terlalu bersemangat sangat dan gopoh di peringkat awal mungkin kita cepat give up”

Alangkah seronoknya hati saya, bila dia menyebut perkataan “kerja dakwah”. Saya tak menyangka dalam kami sama-sama berjogging, persoalan itu berligar didalam kepalanya.

” Kenapa pulak give up ”

” Ye lah…kita buat kerja teruk-teruk, mungkin  kita gagal atau orang lain tak hargai kerja kita”

” So…Am nak buat macam mana? ” saya kemukakan persoalan.

” Itulah pentingnya tarbiyah, kalau tarbiyah tak berjalan, tentu kita cepat keletihan. Bagi Am..biarlah Am berlari perlahan asalkan konsisten, yang penting sampai ke garisan penamat”

“Ayah setuju, sebab tu lah Am, kita perlu duduk dalam tarbiyah, selalu bersama dengan sahabat”

” Itulah yang Am bimbang kalau masuk U, jauh dengan sahabat….” tambahnya lagi

” InsyaAllah, sekarang ini kita boleh berhubung dengan banyak cara.Kita kenalah bijak memenafaatkannya”

Kemudian, kami berlari bersama-sama sehingga habis round  ke 4 (Dia tamat round ke 5)

” Am…tak salah kita lari laju diperingkat awal, sebab mungkin kita rasa kita punya tenaga yang kuat.Tapi yang penting bila kita keletihan, kita boleh berjalan kaki, namun sebagai pejuang kita jangan sekali berhenti atau keluar dari padang. Perjalanan kena diteruskan, bila kita bertenaga, kita teruskan larian kita, begitu juga dalam amal islami, kita haruslah istiqamah diatas yang Islam”

Dia tersenyum puas. Hati saya cukup seronok pagi itu. Dapat bermesra dengan anak sendiri,dapat memahami perasaannya, bukan senang nak jogging bersama. Betullah kata sahabat saya Saudara Rosdi Baharom (seorang pakar motivasi keluarga) Dia selalu kata ” Kita perlu selalu memperbaharui taaruf kita bersama isteri dan anak-anak kita , adakalanya kita masih belum kenal sepenuhnya anak dan isteri kita”

“Ya Allah Engkau kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh yang membahagiakan hidup kami ,Ameen.”

Tulisan: Dr Mohd Ariff Abd Rashid (Timb YDP 2 HALUAN Kelantan)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: