RSS

Program HALUANITA di Surau Kg Pohon Nenasi Mendapat Sambutan Masyarakat

24 May

HALUANITA Kelantan meneruskan usaha membantu penduduk miskin di Kg. Pohon Nenasi Bachok dengan menjalankan program susulan secara mingguan di surau kampung tersebut khusus untuk para ibu dan anak-anak. 2 bentuk program telah dijalankan secara berkala iaitu Kelas Fardhu Ain untuk para ibu dan Kelas Tuisyen untuk anak-anak. Menurut Dr. Salwana Mohyidin selaku Pengarah Program, objektif dua program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman Agama melalui pembacaan Al Quran kepada peserta, di samping membimbing para ibu memahami kefahaman asas mereka dalam solat. Kepada anak-anak mula diharapkan kelas tuisyen yang dijalankan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik mereka yang rata-rata ketinggalan dalam pembelajaran.

Alhamdulillah seramai 2 orang tenaga pengajar HALUANITA iaitu Ustazah Rashidah Abdul Rahman dan Ustazah Mariyah Ishak ”turun padang” membimbing para ibu dalam kelas Fadhu ain pada setiap hari Jumaat dari jam 3-5 petang. Setakat ini, kehadiran peserta adalah amat menggalakkan. Seramai antara 20-30 orang para ibu hadir ke kelas tersebut. Kesungguhan mereka untuk hadir jelas kelihatan apabila mereka sanggup menunggu dan ternanti-nanti akan kelas yang akan datang.

Jalinan ukhwan di kalangan wanita penduduk kampung semakin terserlah apabila setiap kali kunjungan Dr Salwana ke sana semasa kelas fardhu ain, pasti akan ada yang meminta untuk menjenguk saudara yang sakit di rumah masing-masing. Malah mereka juga tidak segan untuk meminta bantuan dari HALUANITA sekiranya ada warga penduduk yang dimasukan ke hospital, seperti kes anemia teruk semasa mengandung yang memerlukan pemindahan darah, kes kanak-kanak istimewa yang perlukan “peritoneal dialysis”, wanita yang mengidap penyakit paru-paru berair, nenek yang mengalami bengkak kaki mungkin masalah jantung atau buah pinggang, remaja perempuan yang mengalami masalah haid dan sebagainya.

RUMUSAN

Hati-hati yang telah terpaut dengan program Haluan perlu dijaga dan dibajai dengan makanan rohani yang seterusnya. Program yang memerlukan masa yang penjang ini perlu kepada kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan. Semoga Allah swt meredhai dan merahmati kita semua.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: