RSS

HALUAN Kelantan Johan Sukan Zon Timur 2010

25 May

Pasukan HALUAN Kelantan meraih kejayaan, tahniah!

Sukan Dwi Tahunan HALUAN Zon Timur telah diadakan pada 1 Mei 2010 bertempat di Kolej Matrikulasi  Gambang, Kuantan. Sukan tahunan dua tahun sekali ini melibatkan penyertaan 3 penjuru pasukan dari Pahang selaku tuan rumah, Terengganu dan Kelantan.

Sukan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sabaruddin b. Hj. Mohd Alias yang mewakili HALUAN Malaysia. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa riadah melalui sukan ini adalah suatu yang dituntut dalam Islam sebagai memenuhi hak badan dan jasad insan agar sentiasa cergas dan sihat. Telah terbukti bahawa riadah ini mampu membentuk individu muslim yang sihat, kuat dan mempunyai akal yang cerdas dan akhirnya mampu memikul beban tugas untuk berubudiah kepada Allah dalam semua aspek kehidupan. Sukan HALUAN ini adalah acara tahunan yang sememangnya dirancang oleh HALUAN Malaysia mengikut zon-zon tertentu. Sukan yang diadakan bukan sekadar untuk bertanding, menguji kekuatan dan merebut kemenangan semata mata tetapi ianya lebih luas iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli HALUAN dari tiga negeri ini. Di samping memberi pengalaman kepada pihak tuan rumah menyediakan kemudahan sukan yang selesa serta pengendalian program dengan lebih baik dari semasa kesemasa.

Menurut Tn. Hj Jazlan Mohd Zain, Penyelaras Sukan Zon Timur dari Pahang, sukan kali ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kemudahan sukan yang tersedia di Kolej Matrukulasi ini juga lengkap dan berdekatan antara satu acara yang dijalankan. Kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh semua peserta adalah sangat baik. Acara yang dipertandingkan adalah Bolasepak Futsal, Badminton, Bola Tampar dan Pingpong. Pasukan dari HALUAN Kelantan telah menjuarai Sukan Zon Timur kali ini, diikuti oleh HALUAN Pahang dan Terengganu. Pada sukan dwi tahunan yang lepas di Kelantan, pasukan HALUAN Pahang telah menjadi juara.

Syabas diucapkan kepada pasukan HALUAN Kelantan dan sukan dwi tahunan ini akan diadakan lagi dimasa akan datang yang akan dikendalikan pula oleh HALUAN Terengganu. HALUAN Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan sukan ini dan juga penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Gambang yang memberi keizinan menggunakan kemudahan sukan disini.

 
Leave a comment

Posted by on May 25, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: