RSS

MPT HALUAN 2010 Melakar Sejarah

25 May

Seramai 30 orang perwakilan dari HALUAN Kelantan telah hadir menyertai Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN (MPT) Kali ke 21 yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 22 Mei 2010. Perwakilan HALUAN Kelantan telah diketuai oleh YDP Negeri, Tn. Hj. Mohd Nasir Saat.

MPT pada kali ini dilihat telah melakar sejarah perkembangan HALUAN apabila sejumlah 600 orang perwakilan hadir membanjiri Dewan Anuwar Mahmud UKM.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Yusoff Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mewakili Ketua Setiausaha Y.Bhg. Dato’ Abd. Jabar Che Nai, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Seramai 600 perwakilan dan pemerhati HALUAN dari seluruh negara berkumpul bagi memenuhi tuntutan berorganisasi secara formal selain menemukan perwakilan HALUAN dari seluruh negara dalam suasana ukhuwwah dan persaudaraan. Pimpinan-pimpinan badan NGO-NGO lain turut bersama dalam majlis perasmiaan ini seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH), Aqsa Syarif, Aman Palestin, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma-JIM), Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) dan lain- lain pertubuhan juga turut hadir.

Di dalam ucapan perasmian TKSU, Dato’ Haji Yusoff Dohab amat mengucapkan syabas kepada HALUAN kerana berjaya menjayakan program pembangunan Modal Insan (PPMI) di Kelantan dan Sabah pada tahun 2009 yang lalu. Beliau mengharapkan agar usaha ini dapat digiatkan lagi pada masa akan datang bersama-sama HALUAN dan juga badan NGO-NGO lain.
Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman

Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman

Perwakilan & pemerhati yang hadirPerwakilan & pemerhati yang hadir

Selepas ucapan perasmian, kesemua perwakilan, pemerhati dan jemputan pimpinan NGO turut sama-sama mendengar ucapan dasar Presiden HALUAN Malaysia yang bertemakan “Meningkatkan Kualiti dan Mempertingkatkan Kuantiti”. Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman dalam ucapannya menekankan dua fokus HALUAN iaitu aspek pendidikan dan perkhidmatan.

“Memperkasakan institusi pendidikan bermula daripada unit-unit terkecil iaitu halaqah HALUAN sehingga institusi pendidikan yang besar seperti sekolah dan IPT”, tegas Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman.
Menurut Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman lagi, “Dalam bidang perkhidmatan, HALUAN harus ke depan dalam menyediakan sistem perkhidmatan yang memberi kesan kepada perkhidmatan yang dapat menangani gejala sosial yang berlaku”. Beliau mengajak semua ahli HALUAN dan semua badan NGO agar dapat bersama-sama dalam konteks permasalahan Palestin dan bersama-sama berganding bahu menyelesaikan isu ini.
Selepas majlis perasmian, tetamu dan perwakilan melawat pameran yang memaparkan aktiviti-aktiviti HALUAN seperti program pembangunan Modal Insan (PPMI) di Kelantan dan Sabah pada tahun 2009, Kompleks Pendidikan HALUAN, Kolej Teknologi Darul Naim dan Pameran Palestin.
 
Leave a comment

Posted by on May 25, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: