RSS

Monthly Archives: June 2010

Roasdhow Bersama Aktivis LL4G di Kelantan

Kota Bharu, 15 Jun – HALUAN Kelantan mengaktifkan skuad roadshow Palestin bersama aktivis HALUANPalestin Hj Noorazman Shamsudin. Beliau yang merupakan ketua misi LL4G  Malaysia telah menyertai konvoi bantuan kemanusiaan bersama 11 lagi wakil Malaysia menaiki kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama lebih 700 orang relawan antarabangsa. Walaubagaimanapun kapal tersebut telah diserang oleh komando Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei yang lalu. Sejumlah 9 orang warga Turki telah terkorban dan puluhan cedera akibat serangan kejam Israel terhadap konvoi bantuan tersebut. Seluruh dunia termasuk PBB, Kesatuan Eropah dan Liga Arab mengutuk dengan sekerasnya tindakan Israel tersebut.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 17, 2010 in Aktiviti, Palestin

 

152 Remaja Berkampung Menjayakan Kem KAHFI Zon Pantai Timur

13 Jun, Kuala Terengganu – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Pantai Timur telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) bagi kali pertama yang telah diadakan dari 3 – 5 Jun 2010 sempena musim cuti persekolahan. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan fasilitator KeARAH dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) zon Pantai Timur. Program ini berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang telah menjadi ahli KeARAH dalam rangka menyatukan para ahli dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kem yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran”, telah berjaya membangkit semangat peserta di sepanjang program yang telah dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Alhamdulillah seramai 152 peserta yang terdiri daripada 70 peserta putera dan 82 peserta puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut yang bermatlamat untuk membina dan memupuk ukhuwwah serta memperkenal dan membimbing peserta tentang cara dan kepentingan bekerja secara berorganisasi. Selain itu, diharapkan melalui kem ini akan dapat mewujudkan sifat kerjasama dikalangan peserta dan melahirkan peserta yang mempunyai jati diri dalam pelbagai aspek dan mampu menjadi pemimpin masa depan.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 14, 2010 in Aktiviti, Remaja

 

Tuntutan Ikhlas Dalam Beramal

Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan peribadi atau imbuhan duniawi dari apa yang dapat dia lakukan. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah swt. Misalnya ketika kita sedang memasukan wang ke dalam kotak infaq, maka fokus fikiran kita tidak ke kiri dan ke kanan, tapi fikiran kita terfokus bagaimana agar wang yang dinafkahkan itu diterima di sisi Allah. Tatkala kita berusaha untuk mendakwahi seseorang di tempat kita berada, kita fokuskan bahawa kita mengajak mereka kepada Allah, bukan untuk mencari pengaruh, mencari “ahli baru” atau mencari populariti.

Apapun yang dilakukan kalau konsentrasi kita hanya kepada Allah, itulah ikhlas. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali, bahawa orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan fikirannya agar setiap amalnya diterima oleh Allah. Contohnya, jika berada di masjid untuk menunaikan solat tetapi pusat pemikirannya ”songsang”, agar orang mengatakan dia orang yang baik dan ”kaki masjid, maka hadirnya ke masjid tidak bernilai di hadapan Allah, tidak bernilai!
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 14, 2010 in Artikel, Tarbiyah

 

Ustaz Darus: Kita Harus Respon Dengan Cabaran

Pesanan Al Fadhil Ustaz Mohd Darus Senawi Ali, Timbalan Presiden HALUAN Malaysia ketika sesi Forum Bersama Perwakilan Tahunan HALUAN ke 21 pada 23 Mei 2010 di Dewan Anuwar Mahmud, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pertama, semoga majlis dan perhimpunan kita diberkati Allah swt.

Kedua, seruan kepada ahli HALUAN, bekerja dan beramallah untuk Islam dengan ikhlas, Allah akan menilai kerja-kerja kita untuk diganjari di akhirat kelak.

Ketiga, kita adalah pewaris risalah yang di bawa oleh Rasulullah saw, tiada yang lain lagi. Kita bertanggungjawab di hadapan Allah swt.

Keempat, syuur dan perasaan untuk bekerja dijalan dakwah dan tarbiyah ini perlu di subur dan dipertingkatkan, jika tiada syuur, kita tiada jiddiyah, tiada keseriusan dalam kerja-kerja kita.

Kelima, masa-masa kita harus dipenuhi dengan kerja-kerja dan usaha yang besar menjayakan misi dakwah & tarbiyah. Semua kegiatan dan aktiviti kita adalah berkisar kepada ubudiyyah dan mengajak manusia kepada Allah swt.

Read the rest of this entry »

 
 

HALUANSiswa Sertai Himpunan Rakyat Mengutuk Tindakan Israel

KOTA BHARU, 4 Jun – Kira-Kira  80 orang ahli Kelab Siswa HALUAN cawangan Kelantan menyertai himpunan 3000 rakyat Kelantan menunaikan solat hajat anjuran Kerajaan Negeri Kelantan sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin dan serangan ganas mereka ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza tang turut disertai oleh aktivis dari Malaysia di pekarangan Dataran Stadium Sultan Muhammad ke –IV.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2010 in Aktiviti

 

HALUAN Kelantan Mengutuk Israel Sekeras-kerasnya

Kota Bharu, 31 Mei – HALUAN Kelantan telah mengadakan pertemuan bulanan di dewan SERU AL-HILAL, Kota Bharu pada Isnin, 31 Mei selepas solat Isya’. Kebetulan pada hari yang sama, konvoi Life Line For Gaza Malaysia yang diketuai HALUANPalestin telah di serang oleh komando Israel di perairan antarabangsa ketika mereka menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Flotilla Kebebasan pada awal pagi Isnin.

Justeru HALUAN Kelantan telah mengadakan solah Hajat yang dihadiri lebih 120 orang ahli HALUAN Kelantan yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Noor Awang Kecik. Selepas solat Ustaz Mohd Noor meneruskan dengan bacaan doa memohon keampunan dan bantuan Allah SWT. Doa yang panjang serta menyentuh hati telah membuatkan ramai yang hadir sebak dan terharu. Lantunan munajat kepada Allah SWT dengan sepenuh pergantungan, harapan dan pertolongan Allah SWT.

Majlis dimulakan dengan ucapan YDP HALUAN Kelantan, Hj Mohd Nasir Saat. Beliau mengambil kesempatan dalam ucapan aluannya mengecam dan mengutuk sekerasnya tindakan biadap Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa. Beliau juga menyeru ahli HALUAN untuk terus berdoa akan keselamatan kesemua 700 aktivis yang menyertai konvoi tersebut, khususnya aktivis dan wartawan dari Malaysia. Beliau dengan penuh sebak mengajak ahli HALUAN agar turut bersama merasai perjuangan dan bebanan ujian yang dihadapi oleh para aktivis khususnya kalangan 5 orang ahli HALUAN yang menyertai misi yang diketua oleh Hj Norazman Shamsudin, Pengerusi HALUAN Palestin Pusat.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 2, 2010 in Aktiviti

 

Kenyataan HALUAN – Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas – Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

Read the rest of this entry »