RSS

Ustaz Darus: Kita Harus Respon Dengan Cabaran

08 Jun

Pesanan Al Fadhil Ustaz Mohd Darus Senawi Ali, Timbalan Presiden HALUAN Malaysia ketika sesi Forum Bersama Perwakilan Tahunan HALUAN ke 21 pada 23 Mei 2010 di Dewan Anuwar Mahmud, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pertama, semoga majlis dan perhimpunan kita diberkati Allah swt.

Kedua, seruan kepada ahli HALUAN, bekerja dan beramallah untuk Islam dengan ikhlas, Allah akan menilai kerja-kerja kita untuk diganjari di akhirat kelak.

Ketiga, kita adalah pewaris risalah yang di bawa oleh Rasulullah saw, tiada yang lain lagi. Kita bertanggungjawab di hadapan Allah swt.

Keempat, syuur dan perasaan untuk bekerja dijalan dakwah dan tarbiyah ini perlu di subur dan dipertingkatkan, jika tiada syuur, kita tiada jiddiyah, tiada keseriusan dalam kerja-kerja kita.

Kelima, masa-masa kita harus dipenuhi dengan kerja-kerja dan usaha yang besar menjayakan misi dakwah & tarbiyah. Semua kegiatan dan aktiviti kita adalah berkisar kepada ubudiyyah dan mengajak manusia kepada Allah swt.

Keenam, kuasa kufur bersatu menganjur dan mengajak manusia untuk mengikuti mereka samada secara lembut atau paksa. Cara lembut melalui media, hiburan, malahan anak-anak pendakwah pun terjerut sekali dalam operasi jahat mereka yang dihiasi dengan keseronokan.

Ketujuh, kejayaan kita adalah berdasarkan sejauh mana kita boleh respon kepada cabaran yang dihadapkan kepada kita. Jika kita gagal hadapinya maka kita akan menjadi manusia yg berundur ke belakang dan tewas, kelompok penyeru al haq akan pupus.

Kelapan, justeru dengan kekuatan aqidah kita bertangggungjawab untuk respon terhadap cabaran semasa yang ada. Mereka gunakan segala bentuk uslub untuk melemahkan kita. Jika kita jumud dan tidak bersedia menghadapi serangan dan helah mereka, maka kita akan tewas. Kita juga perlu menggunakan pelbagai uslub untuk melawan mereka.

Kesembilan, kemenangan Islam diperlewatkan oleh Allah agar kita terus komited berkorban dan bekerja dengan ikhlas. Justeru, bekerjalah dan jangan mengharap pujian dari manusia.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: