RSS

152 Remaja Berkampung Menjayakan Kem KAHFI Zon Pantai Timur

14 Jun

13 Jun, Kuala Terengganu – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Pantai Timur telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) bagi kali pertama yang telah diadakan dari 3 – 5 Jun 2010 sempena musim cuti persekolahan. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan fasilitator KeARAH dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) zon Pantai Timur. Program ini berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang telah menjadi ahli KeARAH dalam rangka menyatukan para ahli dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kem yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran”, telah berjaya membangkit semangat peserta di sepanjang program yang telah dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Alhamdulillah seramai 152 peserta yang terdiri daripada 70 peserta putera dan 82 peserta puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut yang bermatlamat untuk membina dan memupuk ukhuwwah serta memperkenal dan membimbing peserta tentang cara dan kepentingan bekerja secara berorganisasi. Selain itu, diharapkan melalui kem ini akan dapat mewujudkan sifat kerjasama dikalangan peserta dan melahirkan peserta yang mempunyai jati diri dalam pelbagai aspek dan mampu menjadi pemimpin masa depan.

Kem Komandan KAHFI kali ini  adalah Saudara Ahmad Faris bin Zakaria dibantu oleh saudari Dhabitah Thaqifah bt Yaziz berserta kekuatan fasilitator seramai 10 siswa dan 14 siswi dari pelbagai IPT. Kem ini dipimpin oleh pengarah muda, saudara Mu’adz bin Mohd Fauzi dan saudari Mariah Fadhilah binti Hasnan sebagai timbalan pengarah. Secara keseluruhan, perjalanan kem ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Pelbagai slot menarik dihidangkan buat para peserta. Antaranya slot yang dinantikan oleh remaja KeARAH iaitu bersama Cikgu Razali Maarof, pakar motivasi dari HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim. Beliau mengupas tajuk Cabaran Remaja Masakini yang telah berjaya menghidupkan suasana teruja kepada para peserta tatkala mendengar kupasan bersemangat dari beliau.

Sebagai persediaan dan langkah memantapkan tarbiah ahli KeARAH, tajuk Tarbiah Dzatiyah sekali lagi dibicarakan agar para peserta merasai kepentingan proses tarbiyah dalam membina peribadi remaja. Tajuk tersebut telah dikupas oleh Cikgu Kamaruddin Deraman, Timb YDP HALUAN Kelantan.

Peserta turut melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti Explorace dan  “aqidah night” bagi menguji ketahanan mental, jasmani dan rohani peserta. Sesuai dengan pepatah arab yang bermaksud otak yang cerdas berada pada badan yang cergas, ia amat bertepatan dengan objektif keempat kem iaitu membina kecergasan para peserta. Dengan berbekalkan ketaqwaan yang dipupuk di sekolah dan kem KAHFI ini, diharap para peserta dapat memanfaat cuti penggal persekolahan dengan aktiviti yang lebih baik.

Semoga bekal yang kalian perolehi berjaya menewaskan nafsu yang sentiasa bergelojak dan iman kalian mengondol juara dalam pertarungan mujahadatul nafs ini. Implementasikan tarbiah Dzatiyah dalam diri kerana hanya itulah yang membawa diri kalian dalam menongkah mencabar dalam kehidupan ini. Jazakallahukhairan wa jaza’ diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KAHFI 2010 ini. Semoga amalan ini dijadikan pemberat mizan kita di akhirat kelak, InsyaAllah.

Disediakan oleh Amirah Hasanah Rusli (HALUANSiswa Kelantan)

 
Leave a comment

Posted by on June 14, 2010 in Aktiviti, Remaja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: