RSS

Roasdhow Bersama Aktivis LL4G di Kelantan

17 Jun

Kota Bharu, 15 Jun – HALUAN Kelantan mengaktifkan skuad roadshow Palestin bersama aktivis HALUANPalestin Hj Noorazman Shamsudin. Beliau yang merupakan ketua misi LL4G  Malaysia telah menyertai konvoi bantuan kemanusiaan bersama 11 lagi wakil Malaysia menaiki kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama lebih 700 orang relawan antarabangsa. Walaubagaimanapun kapal tersebut telah diserang oleh komando Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei yang lalu. Sejumlah 9 orang warga Turki telah terkorban dan puluhan cedera akibat serangan kejam Israel terhadap konvoi bantuan tersebut. Seluruh dunia termasuk PBB, Kesatuan Eropah dan Liga Arab mengutuk dengan sekerasnya tindakan Israel tersebut.

Roadshow pertama telah diadakan pada 11 Jun 2010, antara lokasi yang menjadi medan perkongsian Hj Noorazman bertemu masyarakat Kelantan ialah di:

  1. Masjid Pintu Geng, Kota Bharu, selepas solat Jumaat.
  2. Masjid Langgar Kota Bharu, selepas solat Maghrib
  3. Masjid Pendek, Kota Bharu, selepas solat Subuh.

Hj Noorazman sekali lagi turun ke Kelantan bagi menjayakan roadshow kedua HALUAN Kelantan pada 13 Jun 2010, kali ini beliau telah berada di lokasi:

  1. Dewan PKINK pada jam 9.00pagi
  2. Surau Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 12.30tgh
  3. Dewan Kuliah 8, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian jam 2.30ptg anjuran Pusat Islam HUSM.
  4. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, selepas Maghrib
  5. Dewan Besar UM Nilam Puri, selepas solat Isyak.
  6. Masjid Kadok, selepas solat Subuh

Alhamdulillah di sepanjang program, masyarakat yang hadir dapat mendengar sendiri pengalaman Hj Norazman saat beliau dan aktivis lain dari Malaysia mempersiapkan diri menyertai misi Life Line For Gaza (LL4G) sehinggalah kapal bantuan yang mereka naiki di serang oleh lanun Israel. Hj Noorazman turut berkongsi pengalaman bertempur dengan komando tentera laut Israel menggunakan air pili bomba kapal bagi mengusir komando laut Israel menghampiri kapal mereka. Namun akhirnya seperti yang kita ketahui Israel telah berjaya merampas kapal kemanusiaan tersebut dan menangkap semua aktivis.

Hj Noorazman juga turut mengajak masyarakat yang hadir agar bersama menggiatkan usaha menyedarkan masyarakat akan peri pentingnya permasalahan Palestin difahami dan dihayati dan memainkan peranan masing-masing untuk membantu Palestin dan menzahirkan sikap cemuhan kita ke atas Israel seperti memboikot produk Israel dan sekutunya, menyampaikan infak dan sumbangan wang ringgit untuk tabung Palestin dan sentiasa berdoa tanpa henti kepada Allah swt. agar Palestin dibebaskan cari cengkaman Yahudi Israel.

Menurut Hj Noorazman lagi, peristiwa 31 Mei lalu telah membuka mata masyarakat dan pemimoin seluruh dunia mengenali siapa Israel sebenarnya. Israel kini bukan sekadar bertempur dengan pejuang pembebasan Palestin, sebaliknya mereka juga akan berhadapan dengan seluruh aktivis kemasyarakatan dari seluruh dunia yang menolak sikap agresif Israel. InsyaAllah misi seterusnya konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza akan menyusul dan kali ini akan lebih besar dari sebelumnya.

InsyaAllah, HALUAN Kelantan akan berusaha menyusun jadual yang seterusnya, bergantung kepada kelapangan masa yang ada pada aktivis HALUANPalestin. Orang ramai yang berhasrat untuk menjemput aktivis HALUANPalestin untuk menyampaikan ceramah perkongsian pengalaman mereka di masjid, surau, sekolah, universiti atau di mana sahaja, boleh menghubungi YDP HALUAN Kelantan, Hj Mohd Nasir Saat – 0129001009.

 
Leave a comment

Posted by on June 17, 2010 in Aktiviti, Palestin

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: