RSS

PESONA HALUAN Kelantan Melakar Sejarah

08 Jul

altKOTA BHARU – Biro Haluanita Kelantan melakar sejarah tersendiri setelah berjaya menggabungkan 56 orang remaja puteri yang berusia 13-17 tahun menyertai program Kem Personaliti Remaja atau singkatannya PESONA. Program 3 hari 2 malam tersebut telah diadakan di Pusat Latihan KADA, Melor.

Kem tersebut diadakan pada 10 – 12 Jun yang lalu berobjektifkan untuk  membina remaja puteri yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai puteri Islam dan keperluan mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Selain itu diharap peserta dapat  memantapkan akhlak serta  jati diri sebagai seorang remaja yang diharapkan oleh keluarga dan masyarakat.

altPelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta antaranya ceramah motivasi oleh Cikgu Mohd Razali Maarof bertajuk Membangun Potensi Remaja, senamronik islami, aktiviti mind mapping, tayangan multimedia, sesi muhasabah bersama Dr. Salwana Mohyidin, bacaan mathurat, solat berjamaah, latihan dalam kumpulan, muhasabah walk dan aktiviti memasak.

Sesi muhasabah bersama Dr. Salwana berkisar tentang kejadian penciptaan manusia amat menyentuh kalbu peserta, Subhanallah! Air mata lebat bercucuran dipipi mereka apabila melihat penderitaan dan keperitan seorang ibu saat mengandung dan melahirkan anak, kemudian menyusu, mendidik dan membesarkan insan bergelar anak. Bertambah lagi kesedihan mereka apabila Dr Salwana mengimbau kisah remaja yang bersikap kurang ajar kepada ibu bapa sendiri sehingga sanggup melemparkan kata-kata kasar kepada ibu dan bapa sendiri.

Kem PESONA kali ini menjadi semakin menarik apabila urusetia memperkenalkan sesi  latihan belajar ”mind mapping” oleh En Rosdi b Baharom. Kemahiran belajar ini didedahkan kepada para peserta bagi membantu mereka meningkatkan prestasi akademik.

Cukup teristimewa Kem PESONA kali ini tatkala tetamu yang dinanti-nanti iaitu peserta konvoi kapal bantuan kemanusiaan Life Line for Gaza (LL4G) yang telah diserang oleh pihak zionis baru-baru ini iaitu Tn Hj Noorazman b Shamsudin, ketua misi LL4G sudi bertandang seketika.  Beliau menceritakan sendiri sejarah bermulanya intifadah pertama  sehinggalah saat-saat kapal Mavi Marmara diserang. Peserta semakin teruja untuk mendengarnya apabila ada soalan-soalan yang dilontarkan, antaranya untuk mengetahui perasaan relawan saat berada di penjara Israel

alt
Aktiviti ‘muhasabah walk’ telah berjaya membuka minda baru kepada peserta bagi memahami hakikat kita berhajatkan kepada pertolongan dari Allah swt dan mensyukuri segala nikmat yang Allah swt pinjamkan kepada kita. Muhasabah walk adalah aktiviti simulasi untuk peserta membina rasa kebergantungan diri kepada yang Maha Pencipta apabila mereka bergerak ke sesuatu destinasi  hanya menggunakan tali yang diikat di ranting-ranting tanpa menggunakan nikmat mata.

Semoga segala kebaikan saat berada di kem PESONA ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan yang sebenar. Jazakallahu khairan wa jaza’ diucapkan kepada  semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PESONA kali pertama ini. Semoga amalan yang kecil ini menjadi pemberat mizan kita di akhirat kelak.
Laporan disediakan oleh Amirah Hasanah Rusli (HALUANSiswa Kelantan)

 
Leave a comment

Posted by on July 8, 2010 in Aktiviti, Remaja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: