RSS

Forum Isra’ Mikraj HALUAN Kelantan

19 Jul

KOTA BHARU – HALUAN Kelantan dan PIBG Sekolah Rendah Ugama Al Hilal (SERU) telah mengadakan majlis Forum Peristiwa Isra’ dan Mikraj pada 10 hb Julai 2010 (27 Rejab 1431) yang lalu. Ahli panel terdiri daripada Ust Mohd Noor bin Awang Kechik (Mantan Pensyarah Kanan  UiTM Machang) dan Prof Madya Ustaz Saufi bin Ismail (Pensyarah UiTM Machang) dan di pengerusikan oleh Dr Mansor bin Yahya (Pakar Jantung HRPZ II merangkap AJK HALUAN Kelantan). Forum tersebut diadakan di Dewan SERU Al Hilal. Alhamdulillah di anggarkan kira-kira 150 orang yang terdiri dari ibubapa dan ahli Haluan Kelantan hadir dalam majlis tersebut.

Menurut Prof Madya Ustaz Saufi , peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan perencanaan Allah swt setelah Rasulullah  mengalami banyak peristiwa tahun-tahun  kesedihan dan ujian di dalam kerja dakwah. Diantara peristiwa sebelum berlakunya Isra’ & Mikraj iala  baginda telah  kehilangan isteri tercinta Saidatina Khadijah yang telah banyak membantu baginda dalam membawa misi dakwah, kemudian baginda kehilangan bapa saudara baginda , Abu Talib yang telah banyak melindungi baginda di dalam perjuangan menegakkan Islam.

Kemudian ditambah lagi apabila baginda berhijrah ke Tha’if, baginda telah dilontar dengan batu dan dihina. Lalu Allah membawa Rasulullah saw berjalan melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj,  perjalanan yang telah membawa makna yang cukup besar kepada umat Islam terutamanya menerima  tanggungjawab  ibadah solat.

Sementara Ustaz Mohd Noor bin Awang Kechik menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ Mikraj ini merupakan satu ujian besar bagi keimanan. Ia benar-benar menguji keyakinan kepada Allah swt. Saidina Abu Bakar , apabila mendengar peristiwa ini , beliau terus percaya tanpa sedikitpun keraguan. Beliau juga menegaskan bahawa Rasulullah merupakan pimpinan umah sehingga ke hari kiamat. Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa, kedua-duanya merupakan tempat tapak-tapak  perjuangan para-para nabi dan rasul-rasul. Bila kita berpijak di Masjidil Haram, penuh dengan bekas pijakan Rasulullah, tapak-tapak Amirul Mukminin, bekas tapak-tapak Siti Khadijah dan sahabat-sahabat baginda. Tapi kini adakah kita mengikuti jejak langkah mereka, perjuangan mereka. Begitu juga di Masjidil Aqsa, tempat tapak-tapak berpijak para nabi, rasul  dan para anbiya’ untuk menegakkan ajaran Allah. Sebab itulah semangat untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Zionis mesti sentiasa subur di dalam jiwa setiap umat Islam. Disamping beliau juga mengambil kesempatan menjelaskan matlamat perjuangan anggota HALUAN di dalam usaha menegakkan Deen Islam di muka bumi ini.

Laporan disediakan oleh Dr Mohd Arif Rasyid (NYDP HALUAN Kelantan)

 
Leave a comment

Posted by on July 19, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: