RSS

Monthly Archives: August 2010

Proses Pentarbiahan Madrasah Ramadhan (Bahagian Akhir)

Berikut ialah aktiviti-aktiviti ibadah yang boleh dilaksanakan sepanjang proses pendidikan jiwa dan pembersihan hati di dalam bulan Ramadhan :

Bil Aktiviti Ibadah Keterangan
1 Persiapan Ilmu dan Iman
  • Ilmu adalah input, eleman dan unsure terpenting bagi memandu manusia untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan betul dan sempurna. Dengan ilmu, ibadah tersebut akan dilaksanakan dengan bersumberkan Al-Quran dan As Sunnah.
  • Persediaan iman merupakan pra syarat utama bagi melayakan individu muslim menerima amanah Ramadhan ini. Seharusnya, satu perancangan dilakukan dengan meletakan matlamat, strategi, pelan tindakan, dan kawalan
2 Solat
  • Pertingkatkan ibadah solat dari segi kesempurnaan, dan banyak melaksanakan solat secara berjemaah. Pada masa yang sama juga lazimkan diri dengan memperbanyakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat dan dirikan solat malam sepanjang bulan Ramadhan
3 Puasa
  • Puasa merupakan medan untuk membulatkan keazaman, kesabaran, dan ketabahan hati kepada Allah SW. Puasa ini merupakan medan latihan yang memerlukan ketabahan dalam menanggung kesusahan dan menghadapi kesulitan. Tingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa dengan sentiasa menyemaknya dari semasa ke semasa.
4 Al-Quran
  • Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Bulan kita dianjurkan untuk perbanyakan membaca dan mentadabur Al-Quran. Bukan sahaja membaca tetapi juga, memahami erti Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan. Al-Quran merupakan jalan pembersihan hati , terkandungnya pelbagai hikmah, punca pancaran hidayah, sumber penawar sanubari dan kaedah menghidupkan hati yang sangat penting bagi seluruh manusia.
5 Solat sunat terawih
  • Solat sunat terawih adalah solat sunat mu’akadah yang sangat dituntut dan boleh dikerjakan sendiri atau berjemaah. Ia adalah syiar dan memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan muslim.Dan solat sunat ini hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja. Terawih bermaksud rehat. Kerehatan yang memberikan kemanisan beribadah dan menyegarkan jiwa serta hati kepada sesiapa yang melaksanakannya dengan ikhlas.
6 Muhasabah
  • Menghisab dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT adalah jalan-jalan membina rasa kehambaan kepada Allah SWT. Ia adalah sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan rasa kekerdilan diri dan membina jiwa kehambaan. Koreksi diri dan menilai diri terhadap diri, amalan dan segala kehidupan di dunia ini setiap malam adalah amalan para nabi,para sahabat dan juga generasi salaful soleh.
7 Zikrullah
  • Fungsi hati yang utama ialah mengingati Allah SWT. Dengan mengingati Allah SWT jiwa dan hati terisi dengan sesuatu yang abadi dan ia adalah lambang kebersihan dan kejernihan.
  • Sekiranya hati tidak disisi dengan sesuatu kebaikan, nescaya ia akan terisi dengan kemaksiatan dan kemungkaran.
8 Taubat
  • Taubat adalah lambang kerendahan dan sifat kehambaan. Taubat bererti penyesalan dan keinsafan. Bulan Ramadhan adalah bulan memperbanyakan taubat dan mengembalikan jiwa kepada kesucian fitrah yang asal.
  • Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.” (Diriwayatkan oleh Imam Nasai’, Ibnu Habban dan Baihaqi)
9 Sedeqah
  • Tujuan sedeqah, adalah untuk membersihkan diri daripada perbuatan sia-sia, dari perbuatan keji , memperhambakan diri kepada dunia, dan membantu orang yang tidak mampu seperti golongan miskin serta anak-anak yatim.
  • Amalan sedeqah ini harus dirancang serta dimasukan di dalam perancangan kewangan harian, mingguan, bulanan dan tahunan kita secara nyata bagi membuktikan ia sebahagian daripada kerja yang wajib dilaksanakan.
10 Sabar
  • Latihan ibadah di bulan Ramadhan terutamanya puasa kerana ia mampu melemahkan kekuatan syahwat dan kemarahan. Dalam masa yang sama, puasa mendidik kesabaran dan latihan mengendalikan nafsu di samping sanggup menanggung derita lapar, sabar dalam ketaatan, sabar untuk menjauhi maksiat dan sabar menghadapi kesusahan.
11 Doa dan Munajat
  • Firman Allah bermaksud : “ Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara perlahan.” ( Al-Araf 7 : 55)
  • Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mustajab untuk berdoa. Terutama di waktu fajar, selepas qiamullail dan tahajud.
12 Menanti-nanti Lailatul Qadar
  • Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan yang mempunyai keistimewaan malam lebih baik dari seribu bulan.
  • Rasulullah SAW pernah bersabda : “ Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah, maka hendaklah dia tidak ketinggalan untuk mengejar tujuh malam yang tersisa.” (HR Bukhari dan Muslim)
13 Istighfar
  • Memperbanyakan beristighfar kerana ia akan menyinari hati agar terus hidup dan segar serta membangkitkan perasaan untuk mengerjakan kebaikan dan kebenaran.
  • Firman Allah SWT bermaksud : “ Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Pengampun Lagi Maha Penyayang.” ( An-Nisa’ : 106)

Read the rest of this entry »

 
 

Rayuan Sumbangan Misi Bantuan Banjir PAKISTAN

 
Leave a comment

Posted by on August 28, 2010 in Aktiviti, Antarabangsa, Pengumuman

 

RAMADHAN, Disebalik Yang Tersirat

Saya kongsikan pengisian Liqo’ Staff KTD oleh Ustaz Mohammed Senik memberi satu ilmu dan pengetahuan yang baru kepada kami semua. Ia berkaitan dengan Ramadhan.

Katanya, para ulamak ada yang memberikan satu kesimpulan yang mudah berdasarkan 5 huruf arab daripada perkataan Ramadhan. Ra – Mim – Dhod – Alif – Nun

Tersirat daripada perkataan huruf RA-MA-D-A-N

Ra – adalah Rahmah

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Didalamnya dilimpahi dengan pelbagai kerahmatan dan kenikmatan yang tidak terhitung untuk hamba-hamba Allah SWT dan seluruh manusia.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 27, 2010 in Artikel, Ramadhan

 

Ramadhan Momentum Berdakwah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para da’i untuk meningkatkan lagi kerja dakwahnya. Usaha melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar dan menebar kasih sayang antara sesama manusia harus dipertingkatkan. Meningkatkan kepekaan untuk menolak kezaliman dan kemaksiatan. Menyebarkan syiar Islam dan mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan, kajian kitab suci Al-Qur’an, diskusi, ceramah, ziarah, mengadakan majlis berbuka puasa, sedekah dan lain-lainnya. Sehingga yang terbina adalah perubahan-perubahan yang nyata dan positif dalam pelbagai bidang kehidupan.

Di bulan Ramadhan ini mari kita persiapkan diri kita untuk menjadi peribadi yang total dalam berdakwah dengan mengerahkan seluruh potensi yang ada.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 24, 2010 in Artikel, Ramadhan