RSS

155 Pelajar Miskin Terima Sumbangan Aidilfitri

07 Sep

27 Ogos, Pengkalan Chepa – HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berjaya mengadakan Program Sumbangan Aidilfitri untuk  pelajar miskin pada 27 Ogos 2010 di Dewan Utama KTD. Sejumlah 155 pelajar menerima sumbangan pada tahun ini bagi meringankan bebanan mereka saat menyambut Aidilfitri tahun ini. Menurut Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Ketua Eksekutif KTD merangkap Presiden HALUAN Malaysia, KTD dan HALUAN sering bekerjasama dalam membantu masyarakat khususnya pelajar yang tidak berkemampuan. KTD sendiri telah menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar sejak tahun 2006 lagi bagi membantu pelajar miskin melalui skim bantuan wang saraan bulanan mereka. Sehingga saat ini sejumlah RM600,000 telah diperuntukan untuk tujuan tersebut.

Justeru beliau menyeru para pelajar yang menerima sumbangan Aidilfitri dan bantuan saran bulanan dari Tabung Kebajikan Pelajar KTD memanfaatkan bantuan yang diperolehi dengan belajar bersungguh-sungguh di samping membina keteguhan akhlak dan jatidiri masing-masing. Dr. Abdullah tidak mahu faktor kemiskinan menjadi penyebab kepada pelajar Melayu tidak boleh berjaya dalam pelajaran mereka di IPT, khususnya di KTD. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang kewangan dalam majlis tersebut samada kalangan ahli HALUAN, para individu dan syarikat korporat.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Hj Mohd Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan. Turut hadir Ustaz Mahamad Awang, Pengarah Program Sumbangan Aidilfitri 2010.

 
Leave a comment

Posted by on September 7, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: