RSS

Monthly Archives: October 2010

Program Tuisyen Percuma Untuk Pelajar Miskin di Bachok Kelantan

En. Wan Mohd Sukri Bin Wan Abdul Kadir, Ketua Stesen Risda Bachok merasmikan POTENSI 2010

Bachok, 22 Oktober – HALUAN Kelantan telah melancarkan Program Tuisyen Intensif (POTENSI) melibatkan pelajar di Taman Sejahtera Rakyat PPMS Pohon Nenasi Bachok Kelantan. Program ini merupakan kelas tuisyen kepada anak-anak Pohon Nenasi secara intensif selama 10 minggu yang akan berjalan setiap hujung minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu mulai Oktober 2010. Program ini dianjurkan oleh HALUAN Malaysia Cawangan Kelantan, dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dan di koordinasikan oleh HALUAN Siswa Kelantan.

Menurut saudara Jumat B. Salleh, selaku Kordinator program dari HALUAN Siswa, antara objektif POTENSI adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan di kalangan peserta, membantu para peserta agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan memantapkan lagi kesedaran dan kefahaman peserta akan matlamat hidup dan jatidiri sebagai seorang pelajar. Sekitar 50 pelajar akan terlibat dalam program tuisyen tersebut yang diadakan secara percuma.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 29, 2010 in Aktiviti, Remaja

 

Sekitar Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan segala kesempatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Dan – saya – juga ingin melahirkan rasa penuh kesyukuran kepadaNya kerana dengan keizinan dan ketentuaan-Nya saya dapat hadir ke sebuah program yang memberikan banyak pengalaman, input dan maklumat kepada diri saya.

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya Konvensyen Pembangunan Ummah 2010 anjuran HALUAN Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah SWT. Secara keseluruhannya, saya amat-amat puas hati dengan perjalanan konvensyen pada kali ini. Pengurusan yang kemas, sistematik dan teratur. Dan, ahli jawatan kuasa yang peka, serta sentiasa bersemangat bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan konvensyen pada kali ini berjalan dengan lancar.

 

Mengenali Tokoh-tokoh Masyarakat

Kali ini, saya dapat mengenali dengan lebih rapat tokoh-tokoh yang ditampilkan dalam pembentangan kertas kerja konvensyen. Mereka-mereka ini sememangnya terkenal, sangat arif dan sangat berkemahiran dalam bidang kepakaran mereka masing-masing. Mendengar, mencatat, dan memahami buah fikiran, cetusan idea dan pandangan mereka adalah antara fokus saya dalam menghadirkan diri dalam konvensyen ini.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2010 in Aktiviti, Artikel

 

“Kesyahidan atau Ibuku” – Furkan Dogan

Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.  Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka  berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.
Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini  membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2010 in Artikel, Palestin

 

Kisah Benar: Kasih Ibu Tidak Berbalas

Kisah ini memang benar-benar berlaku.Disuatu pagi saya merawat seorang perempuan tua , berjalan perlahan-lahan menggunakan sebatang tongkat kayu. Wajahnya sangat uzur, keletihan dan jangkaan umur kira-kira 75 – 80 tahun.Saya melayan dia dengan baik sehingga selesai rawatan.
” Makcik datang dengan siapa ? tanya saya dengan ringkas.
” Makcik datang seorang aje doktor, makcik tumpang kereta orang kampung.. ” jawabnya dengan nada sayu.

Saya merenung wajahnya yang sangat uzur, berjalan pun hampir tidak mampu.Seolah-olah disebalik wajahnya yang tua itu tersembunyi seribu satu rahsia.Oleh kerana tiada pesakit lain, perbualan kami semakin rancak.
” Makcik tiada anak ke ? ” tanya saya
” Ada, tapi dia benci makcik, anak-anak dia pun di ajar untuk membenci makcik…” dia menjawab dengan suara yang sayu. Sebak dadanya.
Read the rest of this entry »

 

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010 Di Masjid Putra, Putrajaya

 

http://konvensyen.haluan.org.my/

 


 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2010 in Pengumuman

 

Remaja Palestin Di Penjara Saat Peperiksaan Sekolah Semakin Hampir

Terletak di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel, pintu masuk ke kampung Beit Ommar, Palestin juga merupakan tapak bagi sebuah pos tentera Israel. Sebuah gerbang kuning besar dibuka dan ditutup atas pemantauan tentera Israel, yang boleh menyekat secara langusung pergerakan  penduduk bandar dari seluruh Tebing Barat pada setiap masa. Beit Ommar telah dijajah sejak tahun 1948, dan hari ini bandar ini terus menderita kesan pendudukan penempatan haram Israel di sekitarnya yang semakin melebar. Jody McIntyre wartawan dari Electronic Intifada telah mewawancara seorang penduduk Beit Ommar, Puan Amal al-Montallab.

Jody McIntyre (JM): Sila memperkenalkan diri.

Abed Amal al-Montallab (AM): Nama saya Amal Abed al-Montallab, 45 tahun, dan saya mempunyai enam anak, tiga puteri dan tiga putera. Kami hidup di daerah Thahr al-Burrahesh Beit Ommar. Anakku tertua, Ammar, adalah 17thn dan saat ini dia di penjara. Anak-anak saya yang lain masih kecil dan masih di sekolah, jadi hanya suami saya sahaja yang bekerja, tetapi dia tidak boleh bekerja di kawasan Israel kerana dia telah dipenjara dua kali sebelum ini, kesannya, suami dibayar upah yang rendah. Tapi kami sedar bahawa cerita kami tidak unik, ada keluarga yang lebih ramai di sini memiliki kisah yang sama.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 3, 2010 in Artikel, Palestin