RSS

Monthly Archives: November 2010

Pengumuman: Kem Cuti Sekolah Untuk Remaja

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2010 in Aktiviti, Pengumuman, Remaja

 

Program Korban HALUAN Kelantan dan Terengganu

HALUAN Terengganu dan HALUAN Kelantan telah berjaya mengadakan program korban pada tahun ini bersama-sama dengan masyarakat bagi menzahirkan tuntutan amalan berkorban sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Menurut Cikgu Ishak Yusof, YDP HALUAN Terengganu, pada kali ini sejumlah 8 ekor lembu telah dikorbankan. Program korban telah diadakan di SM Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu yang melibatkan ahli HALUAN dan penduduk Kg. Laut. Program telah diadakan pada Khamis, 18 November, yang bermula seawal 8.30 pagi turut diserikan lagi dengan jamuan sekampung untuk warga masyarakat yang hadir.

Di Kelantan, sejumlah 6 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini. Menurut Dr Mohd Arif Rasyid, Timb. YDP HALUAN Kelantan, 5 ekor lembu dikorban di Kg. Pendek, Kota Bharu pada hari Khamis, 18 November. Ssekitar 100 orang hadir dalam program tersebut yang turut diketuai oleh YDP HALUAN Kelantan sendiri, Hj. Mohd Nasir Saat.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2010 in Aktiviti

 

Rayuan Sumbangan Tabung Kemanusiaan MERAPI

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2010 in Aktiviti, Pengumuman

 

Khutbah ‘Idul Adha: Bekerja Keras dan Berkorban Tanpa Henti

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله الذي فرض الجهاد على المسلمين.. و جعله مناط عزهم و رفعهم..

اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له.. و اشهد أن محمدا عبده و رسوله المبعوث رحمة للعالمين..

اللهم صل و سلم على هذا النبي الكريم.. الذي أدى الأمانة.. و بلغ الرسالة.. و نصح الأمة.. و جاهد فى الله حق جهاده.. و على آل بيته الأطهار.. وأصحابه الأبرار.. الذين آمنوا به.. و صدقوا بما جاء به.. و ساروا على نهجه.. و اقتدوا بسنته.. و على من جاء ممن بعد هم من التابعين و تابعيهم.. و على كل من سار على نهجهم إلى يوم الدين..

فيا معاشر المسلمين.. أوصيكم و اياى نفسى الخاطئة المذنبة بتقوى الله.. فقد فاز المتقون.. وإن العاقبة للمتقين..

ALLAHU AKBAR 3x

Pagi ini memori sejarah kita membuka dirinya kembali, membawa kita pada kenangan ribuan tahun lalu. Pagi ini kita kenang lagi manusia-manusia agung yang telah menciptakan arus terbesar dalam sejarah manusia, membentuk arah kehidupan kita, dan membuat kita semua berkumpul di lapangan besar ini untuk solat dan berdoa bagi mereka. Pagi ini kita agungkan lagi nama-nama besar itu: Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad saw.

Bayangkanlah bahawa lebih dari 4000 tahun lalu tiga manusia agung itu – Ibrahim, Hajar dan Ismail – berjalan kaki sejauh lebih dari 2000 km, dari negeri Syam yang sekarang menjadi Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan, menuju jazirah tandus yang disebut oleh Al Qur’an sebagai lembah yang tidak ditumbuhi tanaman apapun.

Bayangkanlah bagaimana mereka memulai sebuah kehidupan baru tanpa siapa-siapa dan tanpa apa-apa. Bayangkanlah bagaimana mereka membangun Ka’bah dan memulai peradaban baru. Bayangkanlah bagaimana 42 generasi dari anak cucu Ibrahim secara turun temurun hingga Nabi Muhammad saw. membawa agama Tauhid ini dan mengubah jazirah itu menjadi pusat dan pemimpin peradaban dunia.

Bayangkanlah bagaimana Ka’bah pada mulanya hanya ditawafi 3 manusia agung itu, kini setiap tahunnya ditawafi sekitar 5 juta manusia dari seluruh pelosok dunia yang melaksanakan ibadah haji dan dalam beberapa tahun ke hadapan akan ditawafi sekitar 12 juta manusia setiap tahun, persis seperti doa Nabi Ibrahim:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ ..

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah membawa sebahagian dari keturunanku untuk tinggal di sebuah lembah yang tak tertumbuhi tanaman apapun, di sisi rumahMu yang suci..Ya Tuhan kami, itu agar mereka mendirikan solat.. maka penuhilah hati sebahagian manusia dengan cinta pada mereka..” ( Surat Ibrahim: 37).

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2010 in Artikel

 

Mutiara Tarbiyah Dalam Kehidupan Seharian

Tidak salah mengenang hari-hari yang berlalu, penuh keindahan , yang memberi kesan kepada HATI. Saya telah banyak mendengar ceramah-ceramah agama, membaca buku-buku. ceramah-ceramah motivasi dan sebagainya , namun sukar untuk dilaksanakan.Saya biasa mendengar ceramah yang penuh semangat dan hebat.Semangat saya juga bergelora. Namun lama kelamaan ianya luntur dan hilang. Saya masih ingat kali pertama saya mengikuti usrah di universiti.Naqib saya kata sasaran tarbiyah kita adalah “HATI”. Hati ini perlu sentiasa kita didik dan asuh agar ia dapat mengikut acuan yang Allah kehendaki (sibghatulLah). Terfikir juga oleh saya “Hati kita sendiri , perlu juga dididik dan diasuh?” Sukar saya menerima hakikat ini, namun saya telan juga. Setiap kali pertemuan mingguan, pesanan ini tidak pernah ditinggalkan. Jiwa saya tenteram .

(Hati-hati dapat dididik dan diasuh melalui halaqahn dan bia’ah solehah)

Rupanya saya mempunyai tugas besar untuk mendidik hati sendiri. Setiap peristiwa yang kita lalui setiap hari samada kita sedar atau tidak , ia sentiasa memberi kesan kepada hati.Cuba kita perhatikan ,apabila anak-anak kita melihat iklan dikaca TV setiap hari. Mula-mula dia perhatikan. Lama-kelamaan dia cuba menghafal kata dan akhirnya dia akan meniru lakunan yang ada dalan iklan tersebut.Hakikatnya , iklan yang berulang-ulang itu telah memberi kesan kepada jiwa (hati) anak kita.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2010 in Artikel, Kepimpinan HALUAN, Tarbiyah

 

Salam Eid Al-Adha : Tingkatkan Pengorbanan Kepada Allah

Saban tahun kita menyaksikan umat Islam akan menyertai masyarakat untuk melaksanakan ibadah korban. Dalam masa yang sama ramai yang pergi ke Baitullah berkorban untuk mengerjakan haji. Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

 

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t.  :

Maksudnya : ” Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu            ( wahai  muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )”. ( Surah al-Kausar : 1-3  )

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2010 in Artikel, Kepimpinan HALUAN