RSS

Daily Archives: November 25, 2010

Program Korban HALUAN Kelantan dan Terengganu

HALUAN Terengganu dan HALUAN Kelantan telah berjaya mengadakan program korban pada tahun ini bersama-sama dengan masyarakat bagi menzahirkan tuntutan amalan berkorban sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Menurut Cikgu Ishak Yusof, YDP HALUAN Terengganu, pada kali ini sejumlah 8 ekor lembu telah dikorbankan. Program korban telah diadakan di SM Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu yang melibatkan ahli HALUAN dan penduduk Kg. Laut. Program telah diadakan pada Khamis, 18 November, yang bermula seawal 8.30 pagi turut diserikan lagi dengan jamuan sekampung untuk warga masyarakat yang hadir.

Di Kelantan, sejumlah 6 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini. Menurut Dr Mohd Arif Rasyid, Timb. YDP HALUAN Kelantan, 5 ekor lembu dikorban di Kg. Pendek, Kota Bharu pada hari Khamis, 18 November. Ssekitar 100 orang hadir dalam program tersebut yang turut diketuai oleh YDP HALUAN Kelantan sendiri, Hj. Mohd Nasir Saat.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2010 in Aktiviti