RSS

Program Korban HALUAN Kelantan dan Terengganu

25 Nov

HALUAN Terengganu dan HALUAN Kelantan telah berjaya mengadakan program korban pada tahun ini bersama-sama dengan masyarakat bagi menzahirkan tuntutan amalan berkorban sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Menurut Cikgu Ishak Yusof, YDP HALUAN Terengganu, pada kali ini sejumlah 8 ekor lembu telah dikorbankan. Program korban telah diadakan di SM Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu yang melibatkan ahli HALUAN dan penduduk Kg. Laut. Program telah diadakan pada Khamis, 18 November, yang bermula seawal 8.30 pagi turut diserikan lagi dengan jamuan sekampung untuk warga masyarakat yang hadir.

Di Kelantan, sejumlah 6 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini. Menurut Dr Mohd Arif Rasyid, Timb. YDP HALUAN Kelantan, 5 ekor lembu dikorban di Kg. Pendek, Kota Bharu pada hari Khamis, 18 November. Ssekitar 100 orang hadir dalam program tersebut yang turut diketuai oleh YDP HALUAN Kelantan sendiri, Hj. Mohd Nasir Saat.

 

 

Pada hari tersebut juga turut diadakan gotong royong melapah daging, jamuan sekampung dan diakhiri dengan makan tengahari. Manakala seekor lagi dikorban di program korban anjuran Kolej Teknologi Darulnaim pada 19 November.

Di Kolej Teknologi Darulnaim, 2 ekor lembu dikorbankan. Hampir 150 orang hadir melibatkan kakitangan dan mahasiswa KTD dan ahli HALUAN . Program turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong royong melapah daging, masak sekampung, BBQ dan makan tengahari.

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2010 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: