RSS

Faktor-Faktor Jiddiyah Dalam Kehidupan Da’i (1)

16 Dec

Apa khabar semua sahabat-sahabatku?

 

Dalam siri kali ini dan mendatang saya akan berkongsi bahan daripada kitab Al Masar karangan Sh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, bab faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan seorang pendakwah.

 

 

Musuh-musuh Islam sama ada yang kita nampak atau tidak sentiasa aktif bekerja. Mereka hanya tidur sedikit. Kita juga mesti bersungguh-sungguh. Jika tidak sedemikian, kita akan kalah. Jika diimbas kembali sirah sahabat Rasulullah SAW, kita dapati mereka sangat serius bekerja.

 

Apabila sahaja ayat al Quran turun, setiap dari mereka bergegas-gegas untuk melaksanakan tujuan ayat itu. Mereka tidak sanggup menunggu-nunggu. Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang akan membawa kepada al jannah, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu itu.

Contohnya ‘Umair ibnu Hamam, dalam Ghazwah al Badar; apabila Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa sahaja yang berperang dengan kuffar dan terbunuh dalam memerangi mereka akan ke syurga.”

Kata ‘Umair:

“Demi Allah, hanyalah benteng penghalang di antaraku dan syurga ialah kematian (ku)”

Jawab Baginda:

“Benar.”

Ketika itu mereka sedang berbuka puasa. Kata ‘Umair lagi:

“Jika aku tunggu untuk menghabiskan tamar itu, aku hanya akan melambat-lambatkan lagi masa.”

 

Dengan segera dia melontar tamar, berperang dan mati syahid. Ini menggambarkan tahap kesungguhan mereka. Mereka tidak menunggu-nunggu sampai habis memakan tamar itu. Kesungguhan semacam itulah kita kehendaki.

 

Terdapat sepuluh faktor yang boleh menyebabkan organisasi dan ahlinya serius.

 

Pertama:

Fikrah Islam sangat jelas pada setiap ahli(Wuduuh al fikrah al Islamiyy)

 

Kita mahu sahabat/ah yang benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan Islam itu sendiri dan yang bukan Islam. Tahu tentang daulah Islam, strukturnya, tugas-tugas seorang muslim dan situasi sekarang (Islam atau tidak dan mengapa). Apa yang mesti ditunaikan untuk menjadikannya Islamik, matlamat dan langkah-langkahnya dsb. Jika perkara-perkara seumpama di atas tidak jelas, maka ahli-ahli itu sebenarnya masih belum bersungguh-sungguh. Jika seseorang itu tidak tahu mengapa mereka berjumpa, bermukhayyam, berusrah, beraktiviti dsb, iaitu dalam rangka untuk mencapai matlamat akhir dan dekat, maka dia belum lagi serius.

 

Pada kebiasaannya, kita mulakan dengan menerangkan pada seseorang itu apa itu sistem Islam, kemudiannya, apa itu sistem kufur. Apakah kecacatan ideologi dan falsafah yang bukan Islam. Di sini, peranan tarbiyyah sangat penting, untuk tujuan-tujuan di atas.

 

bersambung….

Susunan:  Abu Salman

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: