RSS

JDK 2010/2011 Zon Timur Berjalan Lancar

10 Jan

HALUAN Kelantan memulakan langkah dakwahnya pada tahun 1432H dan 2011 ini dengan menjayakan program Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2010/2011 Zon Timur yang telah bermula sejak 25 Disember lalu bertempat di Pusat Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut Terengganu.

JDK2010/2011 adalah satu usaha kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM,) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM,) HALUAN Malaysia dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) untuk memberi peluang kepada para pelajar yang tidak terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi mengikuti  satu proses  pembentukan modal insan yang tersusun. Melalui program JDK2010 selama 22 hari ini, para peserta akan mengikuti tujuh modul khusus termasuklah program khidmat masyarakat.

YM Haji Tuan Mamat Bin Tuan Ngah (kiri) di upaca perasmian

JDK2010 bagi Zon Timur yang diadakan di Besut, Terengganu telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Besut, YM Haji Tuan Mamat Bin Tuan Ngah pada 25hb Disember baru lalu. Seramai 77 orang peserta telah bersama-sama mengikuti upacara perasmian yang diadakan di Dewan al-Ghazali, ILIM Besut. Turut hadir meraikan para peserta adalah Yang DiPertua HALUAN Terengganu merangkap Pengerusi JDK 2010 bagi Zon Timur, En Ishak Bin Yusof, Hj. Kamaruddin Deraman selaku Timb. YDP HALUAN Kelantan dan juga ahli-ahli HALUAN dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Melalui ucapan perasmiannya, YM Haji Tuan Mamat Bin Tuan Ngah telah menyentuh tentang kemelut permasalahan ummah hari ini serta impaknya kepada remaja, sehinggakan golongan muda begitu lemah dalam soal ketahanan dalaman diri. Hasilnya, berlakulah kebejatan jatidiri serta konflik identiti yang kronik kepada remaja. “Usaha-usaha pemulihan jiwa remaja harus dirawat sesegera mungkin,” tegas beliau. Menurut beliau lagi, di antara elemen yang beliau sendiri usahakan ialah mengalakan penduduk Besut untuk mengamalkan zikir al-Mathurat. Kata beliau, “zikir ini ibarat pendinding yang akan memberi kekuatan dalaman kepada jiwa-jiwa remaja hari ini.”

Di akhir ucapan beliau, YM Haji Tuan Mamat Bin Tuan Ngah melahirkan harapan agar lebih banyak usaha dan penganjuran seumpama ini dilakukan. Beliau yakin bahawa HALUAN mampu berperanan di dalam banyak dimensi demi kemajuan ummah seluruhnya.

 
Leave a comment

Posted by on January 10, 2011 in Aktiviti, Remaja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: