RSS

Tautan Kasih 3: Remaja dan Rumahtangga

20 Apr

Program Tautan Kasih siri ke-3 diteruskan lagi untuk pelajar lepasan SPM bertempat di Homestay Berkat pada 14 – 15 April yang lalu. Program yang bermula selepas Isya’ ini dihadiri seramai 16 orang peserta remaja lelaki dan perempuan.  Pengisian tentang persiapan membina rumatangga dakwah disampaikan oleh Dr. Ariff Rashid merupakan salah satu persiapan bagi remaja sebelum melangkah ke dunia IPT. Aktiviti barbeque dan majlis makan diadakan sebelum rehat minda sedikit sebanyak mengurangkan jurang di antara peserta. Selepas solat subuh dan bacaan al-mathurat, peserta mendengar kuliah subuh yang serba ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Mahmud Jaaffar berkisar  tentang perjuangan  Imam Hasan al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam yang disegani.

Peserta kemudiaannya diberi masa untuk persiapan diri dan sarapan sebelum meneruskan program dengan slot pengenalan KeARAH dan perbincangan modul TUBE yang dijangka berlangsung pada bulan 6 ini, insyaAllah. Program terus berlangsung dengan aktviti memasak dan makan tengahari sebelum peserta mempersiapkan diri untuk solat Jumaat. Perbentangan modul TUBE selepas solat Jumaat sedikit sebanyak membuka minda para remaja akan aktiviti TUBE.

 
Leave a comment

Posted by on April 20, 2011 in Aktiviti, Pemuda, Remaja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: