RSS

Lebih 700 Perwakilan dan Pemerhati hadiri AGM 2011

06 May

Minden, 30 April 2011 – Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN ke-22 (AGM 2011) telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan dihadiri kira-kira 700 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara. “Memperkasakan Identiti, Membangunkan Ummah” adalah tema AGM 2011 dan memperlihatkan fasa-fasa transformasi HALUAN Malaysia dalam pembangunan dakwah dan tarbiah serta pembangunan ummah.

Ustaz Ellias Zakaria berucap sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Ke-22

AGM 2011 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Tn Hj Ellias Zakaria yang sebelum itu telah sudi membuat pemeriksaan perbarisan daripada unit beruniform Pemuda HALUAN Malaysia. Dalam bahasa yang indah bersulam perumpamaan yang bersahaja, beliau memukau perwakilan dan pemerhati untuk mengembara dalam lanskap kehidupan dari sudut pandang yang menyeluruh. Mengkagumi dan mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke negeri Pulau Mutiara, beliau amat berharap HALUAN Malaysia mampu meneruskan agenda pembangunan ummah yang telah dirangka dan tampil menjadi kelompok yang membawa kelainan dalam menyampaikan risalah yang agung.

Majlis Perasmian pembukaan kali ini diadakan selepas ucapan dasar Presiden. Di dalam ucapan dasar Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman telah menyentuh banyak aspek, daripada mula penubuhan sehinggalah agenda yang dirancang dan bakal dilaksanakan. Antara mesej yang disampaikan ialah pembentukan identiti yang selari dengan apa yang termaktub di dalam al-Quran serta telah digariskan oleh Rasulullah SAW hendaklah terus menjadi keutamaan agar agenda pembangunan ummah dapat menjadi kenyataan.

Presiden menyampaikan ucapan dasar

Anggota HALUAN perlu memberi tumpuan membentuk barisan kepimpinan yang berwibawa, menjalin kerjasama yang lebih luas dengan semua pihak yang serius terhadap agenda pembangunan ummah, memantapkan institusi pendidikan, memperkemaskan penguasaan ekonomi dan meningkatkan sinergi dalaman organisasi. Sambil menyuarakan keprihatinan HALUAN terhadap pelbagai kebejatan di dalam dan luar negara, ucapan dasar juga menampilkan pelan tindakan strategik yang dirangka dan bakal dilaksanakan.

Majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN diserikan dengan klip video berkualiti terbitan Produksi Media HALUAN yang menyaksikan hasil kerja karyawan muda Umar Muhajir yang telah terpilih di bawah pelan insentif Produksi Media HALUAN. Gimik artistik anak muda HALUAN ini telah diraikan dalam menggarap maksud tema.

Selain itu, dua buah buku, Barat Memusuhi Islam dan The Language Blueprint telah dilancarkan. Buku Barat Memusuhi Islam tulisan Dr Basim Khafaji yang diterjemahkan oleh Timbalan Presiden HALUAN Malaysia, Ustaz Darus Senawi Ali telah dilancarkan oleh Tn Hj Ellias Zakaria manakala buku The Language Blueprint tulisan Anwar Bakhari pula dilancarkan oleh Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman.

Sesi  DKSebahagian daripada 700 perwakilan dan pemerhati yang membanjiri dewan
Perwakilan dan pemerhati wanita di AGM Ke-22

Semoga tema AGM 2011 kali ini iaitu “Memperkasakan Identiti, Membangunkan Ummah” bakal menjadi pemangkin dalam gerak kerja anggota HALUAN Malaysia dan pulang bersama mutiara yang bersinar memberi kilauan dan pecutan dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Salam penuh ukhuwwah daripada Jawatankuasa Pelaksana kepada seluruh perwakilan dan pemerhati yang bertamu di Pulau Mutiara untuk AGM 2011.

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2011 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: