RSS

Memberilah Selagi Mana Termampu

23 May

Pemergian saya ke Mesyuarat Agong Perwakilan Haluan Malaysia di Penang pada 30 hb April 2011 telah membawa kenangan indah.Saya dan dua lagi rakan saya, Akhie Tarmizi dan Dr Ahmad Sabri telah berpeluang menziarahi rumah anak-anak yatim (TERATAK PEYATIM) di Pulau Pinang .Program ini telah disusun oleh Ustaz Khairy Beliau yang berasal dari Rantau Panjang,Kelantan sebenarnya baru saja saya kenali sejak beberapa bulan yang lalu semasa beliau bertugas di SMKA Melor sebagai Guru Pelatih, tempat isteri saya mengajar.Namun demikian perkenalan kami terus berkekalan sehingga kehari ini. Walaupun perwatakan beliau kelihatan pendiam, namun mudah mesra bila berbicara. Saya tidak menyangka yang beliau menalefon saya untuk adakan pertemuan dengan anak-anak yatim disitu. Tanpa keberatan saya menerima jemputan itu. Dimana saja jika ada peluang kita untuk berdakwah, hendaklah kita gunakan sebaik mungkin.

  Ustaz Khairy sebagai pengerusi majlis

Saya tersentuh dengan ucapan aluan Ustaz Khairy.
” Selagi saya tinggal disini saya tidak akan tinggalkan adik-adik sendirian.Saya akan sering ke sini bersama adik-adik.”

Tergambar diraut wajahnya sifat kasihsayang dan sifat rasa bertanggungjawab .Turut hadir pada malam itu beberapa orang relawan yang selalu mencurah bakti di rumah anak yatim itu.Diantaranya adalah merupakan seoran guru wanita (Cikgu Analiza)yang hampir menghabiskan PhD nya. Saya kagum dengan kesungguhan dan keihklasan mereka.Semoga Allah jua akan memberikan sebaik-baik balasan.

        
      Akhie Tamizi Said

    Akhie Tarmizi, merupakan Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan dalam ucapan ringkasnya telah memberi penekanan dari segi aqidah dan keimanan kepada Allah swt.” Walaupun kita tidak lagi tinggal bersama ibubapa kita namun kita mestilah sentiasa patuh akan tuntutan agama seperti mengerjakan solat dan sentiasa menutup aurat”.


    Dr Ahmad Sabri Omar (Orthopedic Surgeon)

Dr Ahmad Sabri merupakan Ortopedic Surgeon di HRPZ II Kota Bharu. Beliau telah memberikan penekanan agar setiap mereka menanamkan cita-cita yang tinggi sejak dari sekarang. Cita-cita yang tinggi itu pula mestilah diiringi dengan kerja yang kuat dan bersungguh-sungguh.

“Jangan peduli apa orang lain kata kepada kita. Yang penting kita harus yakin dengan kemampuan kita. Adik-adik kena kerja kuat dari sekarang.Kalau orang lain mampu berjaya kenapa kita tidak boleh…Disamping itu kita mestilah menjadi seorang muslim yang baik” Pesanan Dr Ahmad Sabri

 
 


Di akhir sekali giliran saya untuk memberi tazkirah. Saya ucapkan setinggi-tahniah kepada semua relawan yang telah berbakti disini.Saya membawa pemikiran anak-anak yang tinggal disitu bahawa permasalahan akhirat bukanlah masalah yang kecil dan mudah.Walaupun kita mempunyai jawatan yang tinggi, namun kita mestilah sentiasa berbicara tentang nasib ketika bertemu Allah swt nanti.Kemudian Ustaz Khairy telah sempat menayangkan 2 video clip tentang nasib bayi yang mati terbuang dan hakikat kejadian manusia.


 Dr Ahmad Sabri   menyampaikan sedikit sumbangan dari HALUAN
Kelantan kepada En Hafiz wakil Teratak Peyatim

Diakhir majlis tersebut kami menyerahkan sedikit sumbangan yang sempat saya kumpulkan dikalangan beberapa orang sahabat HALUAN. Pertemuan ini cukup bermakna. Nun …jauh disudut hati, kami berdoa agar penghuni rumah anak yatim ini akan menjadi manusia yang beriman dan bermenafaat kepada orang lain. Kepada relawan-relawan yang berhati mulia, teruskan khidmat anda sekelian. Setiap keringat yang tumpah bagi membela dan mendidik anak-anak disini merupakan kerja yang mulia disisi Allah, apakah lagi yang kita harapkan didunia yang fana’ ini melainkan rehda Allah.Kepada Ustaz Khairy ,kami ucapkan ribuan terimakasih kerana mempertemukan kami dengan anak-anak yang kami kasihi, semoga persahabatan ini dapat berkekalan selama-lamanya.

Perkongsian oleh. Dr. Mohd Arif Rasyid

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2011 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: