RSS

Monthly Archives: June 2011

Jom Warming Up Menuju Ramadhan!

 
“ Sedar atau tidak, dua bulan lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan”
“ Jadi, kita perlu rancang dan bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadhan,”
“ Jadilah kita insan-insan yang ingin dan hajatkan amalan soleh yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan,”
 
Ramadhan, ia telah memberikan banyak kesan, pengaruh dan sentuhan kepada saya. Banyak peristiwa-peristiwa turning point yang terjadi kepada saya di bulan-bulan Ramadhan. Lantas itu, setiap kali bulan Ramadhan akan tiba – saya terasa akan sesuatu yang istimewa.
 
Kita bersiapkan diri untuk mengejar ganjaran atau trofi di dalam bulan Ramadhan itu, trofi taqwa. Ganjaran, hadiah dan pemberian Allah SWT kepada yang benar-benar fokus amalan di bulan ini.
 
“ Kita start dengan warming up menuju Ramadhan!,”
 
Saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
 
• Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan. Salah satunya buku, yang ditulis oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi – Ibadah dalam Islam. Sebenarnya terdapat banyak buku-buku yang menulis, membincangkan dan membahaskan berkaitan ibadah puasa dan Ramadhan. Saat ini, kedai-kedai buku banyak mempromosikan buku-buku yang berkualiti berkaitan perkara ini.
 
• Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ia adalah latihan yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa dan hati kita. Bagi, mereka-mereka yang perlu menggantikan puasa yang perlu diganti – amat sesuailah menyelesaikannya dengan segera dan terancang. InsyaAllah.
 
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2011 in Artikel, Ramadhan

 

Perkongsian Pengalaman Tarbiyah Bersama Ulama Palestin

Pada 9 Jun 2011 merupakan detik bersejarah dimana kami menerima seorang tetamu dari Palestin iaitu Sheikh Abu Bakr Al Awawida, Penasihat Kanan Rabitah Ulamak Palestin. Beliau juga merupakan mantan pengawal peribadi Sheikh Ahmad Yassin (AsSyahid). Beliau telah dipenjara oleh tentera zionis sebanyak 8 kali. Akibat dari penyiksaan yang dahsyat secara mental dan fizikal, akhirnya kedua-dua mata beliau telah buta (akibat cahaya lesser yang kuat ditujukan kedalam matanya), namun ia tidak sedikitpun melunturkan semangat jihadnya dijalan Allah.

Sheikh Abu Bakr Al Awawida wajah yang bersih berseri, merupakan mujahid dakwah, kedua matanya telah buta akibat dari penyiksaan zionis ,namun semangat juangnya untuk berjihad sentiasa membara.

Ust Abu Ubaidah (Penterjemah) bersama Sheikh Abu Bakr sebelum majlis dimulakan

Muqqaddimah dari ucapannya amat menyentuh hati, Beliau tahu orang yang hadir pada malam itu adalah mereka-mereka yang telah menjalani tarbiyah yang sama.Ucapan beliau agak berbeza dengan ucapan kepada orang-orang awam.Beliau memulakannya dengan doa rabithah dengan nada yang perlahan, lembut dan amat menyentuh hati. Terasa perasaan ikatan ukhuwah yang cukup mendalam diantara beliau dengan kami yang hadir.Wajahnya yang bersih, tenang dan seyuman yang cukup menarik. Apa yang dapat saya rasakan adalah saya amat menyayanginya.Ini adalah kali kedua saya berpeluang menemuinya. Buat kali pertamanya ialah dua tahun yang lalu . Ketika itu beliau mengimami kami ketika melakukan solat tahajjud dibulan Ramadhan di masjid Pendek, Kota Bharu,Kelantan.

Read the rest of this entry »

 

Roadshow Perkembangan Palestin Bersama Syeikh Abu Bakar al-Awawidah

Roadshow Sehari Perkembangan Palestin Bersama Syeikh Abu Bakar al-Awawidah, Penasihat Kanan Rabitah Ulama Palestin, 9 Jun 2011. Ceramah telah diadakan di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan di SERU Hilal, Kota Bharu.

Dr. Wan Nudri Wan Daud (Timbalan Pengarah) Pusat Islam, Kampus Kesihatan Kubang Kerian bergambar bersama Syeikh Abu Bakar al-Awawidah

 

Dr. Wan Nudri Wan Daud (Timbalan Pengarah), Pusat Islam, Kampus Kesihatan Kubang Kerian menyampaikan sumbangan untuk Tabung Palestin kepada Sdr Razali Maarof, Pengerusi HALUANPalestin Kelantan

 

Makan Tengahari bersama YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, turut hadir YDP HALUAN Kelantan Hj Nasir Saat dan wakil Cakna Palestin

 

Ceramah di KIAS

 

Ceramah di SERU Hilal, K Bharu

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2011 in Aktiviti, Palestin

 

Riadhah Keluarga HALUAN Kelantan

HALUAN Kelantan telah menagdakan Riadhah Keluarga pada 28 Mei yang lalu di bawah bimbingan jurulatih Riadhah HALUAN, Cikgu Muhammad Abduh Zainal Abidin.

Cikgu Muhammad Abduh (Tengah) dan Dr. Abdullah Sudin (Presiden HALUAN) sedang lakukan senaman ringan

Pemuda HALUAN, Cergas & Tangkas

Muslimah Pun Kena Jogging Juga Ya...

Sembang Apa Tu Anak Muda..

 

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 3, 2011 in Aktiviti