RSS

Monthly Archives: July 2011

Pra Ramadhan: “Ustaz, Ustaz Puasa Tak Hari Ni?”

“Ustaz, ustaz puasa tak hari ni?”

Awal pagi itu, sekumpulan murid perempuan darjah 5 Ibn Majah bertanya demikian pada saya.

“Awak semua puasa ke?”

“Mestilah puasa, ustaz.”

“Bagus, bagus. Molek benar tu.” saya memberi pujian dalam loghat atau slang kelate.

Sejak bulan lepas, saya perhatikan semakin ramai murid-murid sekolah ini yang rajin melaksanakan puasa sunnah, terutama Isnin dan Khamis, tambahan lagi dengan semakin hampirnya bulan Ramadhan.

Mereka bukan dipaksa atau disuruh, tetapi sangat jelas KECINTAAN mereka untuk melaksanakan ibadah itu bersama rakan-rakan yang lain terutamanya murid-murid tahap 2, iaitu tahun 4,5 dan 6. Kadang-kadang, rasa tercabar juga saya, apabila melihat mereka yang sekecil itu sudah merajinkan diri untuk ‘bersusah-susah’ berpuasa.

Memang tidak ada guru yang menyuruh atau memaksa, tetapi guru hanya membimbing, mendidik dan menceritakan kelebihan melakukan ‘WARMING UP’ sebelum masuk ke Ramadhan.

Tidak sangka pula saya, Khamis baru-baru ini, lebih separuh daripada murid sekolah itu berpuasa. ‘Boleh hitung dengan jari’ bilangan yang tidak berpuasa dan makan di kantin pada hari itu.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 

IMAM Eire & KKH Menabur Bakti di Terengganu : JALINAN BAKTI TERENGGANU 2011

Barisan ke 2 dari belakang, dari kiri : Dr Abu Ubaidah, Dr Azman, Dr Rosdan, Dr Saedah,Dr Salwana, Dr Rohaiza, Dr Ilyana, Dr Samihah. Pengarah Program Mohd Syafiq Amri (Barisan belakang: tengah)

Alhamdulillah , Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) -Eire Student Chapter dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah mengadakan “Program Jalinan Bakti Trengganu 2011” (JBT) bertempat di
Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,Trengganu dari 6 – 10 Julai 2011.Mereka yang terlibat terdiri dari kira-kira 40 orang mahasiswa/i dari Royal College of Surgeon in Ireland, University College  Dublin dan Trinity College Dublin. Kelab Kesihatan Haluan telah diamanahkan untuk membantu peserta program bagi
mengadakan klinik  pemeriksaan dan rawatan perubatan dan mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai.

Dr Ahmad Sabri memberi taklimat mengenai profesion doktor dan cabarannya
Dr Rosdan Salim memberi taklimat mengenai “Career Pathway”

 

Read the rest of this entry »

 

Bengkel Penulisan – Menulis Untuk Dakwah

Pengkalan Chepa, 9 Julai – majalah HALUAN dan HALUAN Siswa Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penulisan bersama Dzikrullah W. Paramudia yang merupakan Ketua Editor Brunei Times dan editor SahabatAlqasa dan mantan editor majalah Hidayatullah. Seorang lagi moderator ialah Puan Santi Soekanto juga merupakan Ketua Editor Brunei Time, Ketua Editor Majalah Aulia serta  Editor SabahatAlAqsa.

Seramai 25 orang peserta menyertai bengkel penulisan tersebut. Menurut Ustaz Ali Irfan Jamaluddin, Ketua Biro HALUANSiswa Kelantan, tujuan bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada para peserta mengenai asas-asas kewartawanan dan pelaporan media. Bengkel ini lebih kepada perkongsian mengenai teknik-teknik asas untuk menulis berita. Peserta juga telah diberi tugasan untuk mencari dan menulis berita sendiri.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2011 in Aktiviti

 

Bulan Ramadhan – Bersihkan Hatimu.

Bulan Ramadhan adalah Bulan Kebersihan. Inilah Bulan untuk menjernihkan hati dan membersihkan jiwa kita daripada titik-titik dosa dan maksiat.

Saudaraku, temanku dan sahabatku. Sesungguhnya kunci kejayaan kita terletak pada hati kita. Apabila baik hatinya, baiklah seluruhnya dan apabila sebaliknya, jahatlah seluruhnya. Hati kita adalah penentu kualiti diri kita. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti dan tiada nilai apabila tidak diikuti dengan proses pembinaan dan pembentukan hati yang sejahtera. Keberkesanan pembinaan kualti diri manusia begitu bergantung kepada kejayaan pembinaan Hati.Bagaimana cara mendapatkan hati yang BERSIH dan TETAP HIDUP? Ini caranya:

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2011 in Artikel, Ramadhan

 

Pengumuman: Mohon Sumbangan Program Dakwah Orang Asli

 
Leave a comment

Posted by on July 13, 2011 in Aktiviti, Dakwah, Pengumuman

 

10 Tips Persiapan Bertemu Ramadhan

Langkah 1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,

 ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani)

Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah,

”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”

Ertinya,

“Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redha.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 3, 2011 in Artikel, Ramadhan