RSS

Bulan Ramadhan – Bersihkan Hatimu.

21 Jul

Bulan Ramadhan adalah Bulan Kebersihan. Inilah Bulan untuk menjernihkan hati dan membersihkan jiwa kita daripada titik-titik dosa dan maksiat.

Saudaraku, temanku dan sahabatku. Sesungguhnya kunci kejayaan kita terletak pada hati kita. Apabila baik hatinya, baiklah seluruhnya dan apabila sebaliknya, jahatlah seluruhnya. Hati kita adalah penentu kualiti diri kita. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti dan tiada nilai apabila tidak diikuti dengan proses pembinaan dan pembentukan hati yang sejahtera. Keberkesanan pembinaan kualti diri manusia begitu bergantung kepada kejayaan pembinaan Hati.Bagaimana cara mendapatkan hati yang BERSIH dan TETAP HIDUP? Ini caranya:

CARA SATU

Selalu berzikir kepada Allah SWT. Dengan banyakkan zikrullah terus-menerus ia dapat memberi kekuatan sehingga hati sentiasa jernih dan bersih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihnya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasa perasaan dan emosi.

CARA DUA

Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

CARA KETIGA

Berusaha memaksa diri bagi terus beribadah dengan Ibadah yang terbaik kerana Ibadah yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Itulah cara yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan kita agar kesegaran dan kejernihan hati sentiasa diperbaharui. Tarbiyah Islamiyah yang sedang kita lalui pada saat ini, menjadikan hati kita ini sebagai sasaran pembaikan dan pemurnian.

Saudaraku, hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadar pada hati yang kotor. Keimana hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang Muslim.

Allah SWT memberi peluang yang terhampar luas di depan mata kita untuk membersihkan hati kita. Peluang ini, wajar kita rebut. Peluang berada di Bulan Ramadhan.

Saudara, Bersihkanlah hatimu.

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2011 in Artikel, Ramadhan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: