RSS

Bengkel Penulisan – Menulis Untuk Dakwah

24 Jul

Pengkalan Chepa, 9 Julai – majalah HALUAN dan HALUAN Siswa Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penulisan bersama Dzikrullah W. Paramudia yang merupakan Ketua Editor Brunei Times dan editor SahabatAlqasa dan mantan editor majalah Hidayatullah. Seorang lagi moderator ialah Puan Santi Soekanto juga merupakan Ketua Editor Brunei Time, Ketua Editor Majalah Aulia serta  Editor SabahatAlAqsa.

Seramai 25 orang peserta menyertai bengkel penulisan tersebut. Menurut Ustaz Ali Irfan Jamaluddin, Ketua Biro HALUANSiswa Kelantan, tujuan bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada para peserta mengenai asas-asas kewartawanan dan pelaporan media. Bengkel ini lebih kepada perkongsian mengenai teknik-teknik asas untuk menulis berita. Peserta juga telah diberi tugasan untuk mencari dan menulis berita sendiri.

Pihak penganjur berharap supaya peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dalam bidang penulisan dan mudah-mudahan para peserta dapat menghasilkan artikel atau berita yang terbaik. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cikgu Kamaruddin Deraman, Naib YDP HALUAN Kelantan. Dalam ucapan penutup tersebut, beliau mengajak para peserta menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu medan dakwah bagi menyebarkan kebenaran dan kebaikan.

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2011 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: