RSS

IMAM Eire & KKH Menabur Bakti di Terengganu : JALINAN BAKTI TERENGGANU 2011

24 Jul

Barisan ke 2 dari belakang, dari kiri : Dr Abu Ubaidah, Dr Azman, Dr Rosdan, Dr Saedah,Dr Salwana, Dr Rohaiza, Dr Ilyana, Dr Samihah. Pengarah Program Mohd Syafiq Amri (Barisan belakang: tengah)

Alhamdulillah , Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) -Eire Student Chapter dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah mengadakan “Program Jalinan Bakti Trengganu 2011” (JBT) bertempat di
Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,Trengganu dari 6 – 10 Julai 2011.Mereka yang terlibat terdiri dari kira-kira 40 orang mahasiswa/i dari Royal College of Surgeon in Ireland, University College  Dublin dan Trinity College Dublin. Kelab Kesihatan Haluan telah diamanahkan untuk membantu peserta program bagi
mengadakan klinik  pemeriksaan dan rawatan perubatan dan mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai.

Dr Ahmad Sabri memberi taklimat mengenai profesion doktor dan cabarannya
Dr Rosdan Salim memberi taklimat mengenai “Career Pathway”

 

Saya sungguh bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinya saya dapat hadir pada 8 & 9 Julai 2011
untuk slot perubatan.Saya bertolak daripada Kota Bharu pada jam 8.30 pagi bersama Dr Ahmad Sabri Omar (Orthopedic Surgeon) dan Dr Darwish (houseman) . Semasa didalam perjalanan kami sempat membaca ma’thurat bersama-sama.Kami sama-sama bermuhasabah diri, memperbaiki niat agar perjalanan ini merupakan ibadah kepadaNya.Kami sampai ke Kampung Sungai Berua kira-kira jam 12.00 tgh.
Ketika itu program pemeriksaan kesihatan telahpun selesai.

Makan bersama dapat  menjalin rasa kasihsayang
Imran sedang mengajar peserta
tenik membuat jahitan (Stitch)
Dr Ahmad Fardi mengajar teknik
berkhatan
Taklimat mengenai persiapan untuk berkhatan

Kami telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah Program Sdr Mohd Syafiq Amri Razak dan peserta lain. Melihat kepada wajah-wajah mereka seolah-lah mereka adalah seperti anak-anak saya sendiri. Lantaran saya teringat kepada dua orang anak saya yang mengambil bidang perubatan iaitu Mahfuzah Hazirah (anak ke 2 yang berada di tahun 4 Universitas Hasanudin, Sulawesi, Indonesia) dan Mohd Afham (anak ke 3
yang berada di tahun pertama Universiti Al Azhar, Mesir).

Khidir, Nurudin  dan Nur Atiqah sedang asyik mendngar penerangan yang iberikan
Senyuman bakal doktor Muslim dimasa depan InsyaAllah…

Terus terang saya katakan, saya kagum melihat kemampuan dan kesungguhan mereka menjayakan program JBT ini  .Dengan latar belakang hidup yang berbeza, universiti yang berbeza dan tinggal dari berbagai negeri dari seluruh negara, mereka dapat duduk bersama untuk menjalin ukhuwwah sesama mereka.Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya apabila dapat duduk bersama mereka. Wajah pemuda/i yang menjadi harapan Islam dimasa akan datang. Biarlah saya terpaksa menutup klinik pada sebelah malam (Jumaat malam sabtu), biarlah saya terpaksa membayar sejumlah wang untuk doktor gantian diklinik (sabtu). Namun kepuasan dan kegembiraan hati saya untuk duduk bersama para peserta program, jauh lebih besar maknanya apabila dapat bersama mereka. Kenapa ? Bukan sebab kerana mereka pelajar perubatan dari Ireland , tapi saya dapat melihat kejujuran mereka, keikhlasan mereka, kesungguhan mereka, kejernihan wajah-wajah mereka. Saya amat yakin jika kita mampu membajai iman dijiwa mereka. InsyaAllah di suatu hari nanti mereka akan mampu menjadi batu-bata kepada kebangkitan Islam.

” Baca Bismillah dik, makan ubat nie..” Nadira menyuapkan ubat selepas berkhatan
Dr Ahmad Fardi tersenyum puas setelah tamat program berkhatan

Wahai anak-anak yang saya kasihi kerana Allah,

Kita harus menyediakan diri kita dengan kefahaman Islam yang betul dan konsep ibadah yang betul. Disamping itu kita harus bina keperibadian kita dengan akhlak Islam yang sebenarnya.Apabila kita menjadi seorang doktor disuatu hari nanti, biarlah kita menjadi seorang doktor yang berkebolehan dan membawa syahsiah Islamiyah.Kita perlu didik hati dan jiwa kita untuk merasai ketinggian kerja-kerja dakwah. “Daie” (peyeru kepada agama Allah) sebagai profesional utama kita, malah lebih utama dari profesion “doktor” itu sendiri kerana ia menentukan matlamat akhir hidup kita samada masuk “syurga” atau “neraka”.

terlena kerana keletihan….
Dr Saedah merawat seorang kanak-kanak Orang Asli
Mendidik kanak-kanak orang asli menggosok gigi

Oleh itu kita harus mempersiapkan diri kita dengan “serious”, menjalani tarbiyah (pendidikan) yang
betul, iatu melalui usrah atau halaqah mingguan kita. Jangan sekali-kali kita mengabaikan perkara ini. Kita boleh beri peruntukan  masa berjam-jam di depan komputer untuk melayari internet, menulis blog atau  facebook., kita boleh beri masa untuk menonton TV, membaca akhbar atau majalah setiap hari, tapi kenapa
kita tidak mampu berikan masa untuk duduk bersama, berukhuwah dan berbincang mengenai agama Allah. Program sebeginilah yang akan mampu meningkatkan keimanan kita, InsyaAllah.Sesungguhnya salah satu golongan yang berada dibawah perlindungan Allah di padang mahsyar nanti adalah  mereka yang bertemu dan
berpisah kerana Allah. OLeh itu kita mesti memperuntukkan sebahagian daripada masa kita untuk berkhidmat kepada Deen Allah swt.

Anak-anak yang saya sayangi,

Walaupun kita hanya bersama untuk seketika, saya cuba mengenali kalian, mengingatkan nama kalian tapi hanya beberapa nama yang mampu saya ingat. Maafkan saya tak seperti orang arab yang kuat daya ingatannya.Saya cukup tertarik dengan  Khidir yang mampu menjadi imam dan bacaan Al Qur’an yang
baik. Syafiq Amri yang menyerlah leadershipnya , Fawwas yang sentiasa bersungguh dalam memastikan kelancaran program, .Nur Atiqah yang cukup mesra dengan adik-adik yang dikhatankan.Antara nama lain yang saya ingat termasuklah Izzat (mirip pelakon korea), Saiful, Faiz , Nurudin , Siti Sufia dan beberapa yang lain.Pendek kata semua peserta memiliki kelebihan masing-masing. Sememangnya “ta’aruf” adalah muqaddimah kepada ikatan ukhuwah. Sempat saya bertukar-tukar pandangan dengan Khidir dan Nur Atiqah mengenai ” taaruf.”, Cara mereka memberi pandangan dapat saya rasakan mereka  memiliki kefahaman yang
cukup baik.

Dari kiri: Dr Azrol, Imran dan Fawwas
Mohd Syafiq Amri :Pengarah Program
Siapa lebih comel?

Anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan Islam,

Sesungguhnya semangat yang berkobar-kobar perlu diiringi dengan iman yang mendalam. Didalam perjuangan ini pula perlu sifat “Istiqamah” kerana perjalanan untuk menuju redha Illahi merupakan perjalanan yang jauh dan penuh ujian. Betapa ramai orang-orang yang terdahulu dari kalian, pada awalnya memiliki semangat yang tinggi namun akhirnya tersungkur ke bumi.Semasa saya jadi student seperti kalian, saya juga sering
diperingatkan oleh naqib saya bahawa “Awas apabila kita telah memiliki kedudukan ,pangkat, gaji yang besar dan isteri yang cantik, jika awak memandang enteng masalah tarbiyah diri dan tidak duduk dalam jamaah maka awak akan hanyut bersama arus jahiliyah” . Kata-kata itu masih subur didalam ingatan saya walaupun hampir
28 tahun telah berlalu.Apabila masa berlalu. saya melihat rakan-rakan yang bersama-sama saya, sebahagiannya  yang hanyut satu demi satu, gugur dalam perjuangan…sedih juga….setelah sekian lama kami bina ukhuwah dikampus, riadah bersama, rehlah bersama, muhayyam bersama…akhirnya tenggelam
dalam arus kebendaan, kemewahan dan “glamour”, tak mampu hendak diselamatkan.
Oleh itu anak-anak sekalian, ambillah ini sebagai tauladan….fikirkan apa yang mahu kita cari dalam hidup ini.
Kalau kita ingin menjadi seorang doktor yang bagus, InsyaAllah akan tercapai tapi akan berakhir apabila mati. Sebaliknya jika kita menjadi seorang daie/murabbi, sementara “doktor” menjadi wasilah dakwah kita, kita akan mendapat ganjaran didunia dan syurga di akhirat, InsyaAllah.

Haluansiswa Medik beristirehat
Dr Ilyana sedang menerangkan sesuatu kepada para peserta
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH, YA ALLAH ENGKAU  SATUKAN HATI-HATI KAMI UNTUK MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU

Kepada anak-anak
Haluansiswa Medik…!!

Sekalung tahniah saya ucapkan khususnya kepada Dr
Azrol, Dr Abu Ubaidah, Imran dan Firdaus. Sesungguhnya kalian telah mampu
menunjukkan komitmen yang tinggi walau kalian datang dari jauh, mengorbankan
masa dan harta untuk sampai ke daerah ini.Kalian telah mampu membimbing
adik-adik dari IMAM Eire untuk beberapa sesi, memberi tauladan yang baik kepada
mereka. Kita sentiasa ingat motto HALUAN  iaitu ” BERAKHLAK ,MENDIDIK DAN BERBAKTI” .

Kita harus sentiasa memperbaharui niat kita, kita hanya untuk mencari “Mardhatillah” (Keredhaan Allah) semata-mata.Bagi saya program ini merupakan kenangan indah didalam hidup saya. Akhirnya saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat didalam
menjayakan program ini.Semoga kita akan dipertemukan Allah dimasa akan datang di
bawah naungan Ukhuwah Fillah.

Dr. Mohd Arif Rasyid (Timb. YDP II HALUAN Kelantan)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: