RSS

Futsal Relawan HALUAN Malaysia 2011: Wakil Kelantan Beroleh Juara dan Tempat Ketiga

09 Oct

Tahniah Pasukan Futsal KTD yang mewakili Kelantan

Pasukan futsal dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan telah mengungguli pertandingan Futsal Relawan HALUAN Malaysia 2011 mengalahkan pasukan dari Kedah B  dipertandingan akhir dengan jaringan 1 – 0 manakala pasukan dari Pulau Pinang 1 dan Kelantan berkongsi di tempat ketiga.  Pertandingan ini telah diadakan di Kuantan Futsal Centre, Kg Tiram,  anjuran bersama Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN Pusat dengan kerjasama HALUAN Negeri Pahang.

Sebanyak 20 pasukan dari beberapa negeri telah menyertai pertandingan ini yang buat julung kalinya diadakan diperingkat nasional. Program ini adalah dibawah perancangan Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN Malaysia bertujuan memupuk semangat ukhuwah dan juang bakti dikalangan relawan melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
HALUAN Negeri Pahang telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan program pertandingan Futsal Relawan ini. Pertandingan telah dijalankan di empat buah gelanggang rumput tiruan yang telah diadili oleh 2 orang pengadil futsal yang bertauliah. Pertandingan ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ucapan oleh Ketua Biro Sukan dan Rekreasi Haluan Pusat , Sdr Abd. Hafidz b. Hamzah dan disusuli dengan taklimat pengadil pertandingan dan seterusnya acara `warming up`.  Pertandingan berakhir pukul 1.30 tengahari.
Dalam ucapan aluan, Sdr. Abd Hafidz Hamzah merakamkan rasa syukur kerana program ini dapat dijalankan jua seperti mana yang telah lama dirancang. Beliau mengingatkan semua pemain agar dapat memahami bahawa tujuan pertandingan futsal ini dijalankan bukan sekadar nak bersukan tetapi yang lebih penting adalah untuk berubudiah kepada Allah melalui aktiviti riadhah. Disamping berkenal kenalan dan memupuk ukhuwah dikalangan peserta, relawan, dan anggota HALUAN dari seluruh negeri.
Beliau berharap pemain dapat mengamalkan permainan yang sihat dan bersungguh serta tunjukkan semangat profesionalisme yang tinggi dengan menjaga akhlak dan peraturan semasa pertandingan. Beliau optimis melalui aktiviti pertandingan futsal ini dapat menghimpunkan relawan dari seluruh negeri dan membuka ruang yang lebih luas kepada relawan  terus bersama HALUAN untuk menyumbangkan bakti.
Sdr Abd Hafidz turut menyampaikan hadiah kepada pemenang berupa cenderahati dari Haluan beserta hamper sumbangan dari Felda Delima Oil Products Sdn Bhd dan  Unilever Sdn Bhd. Hadiah saguhati pemain dan pasukan sumbangan HALUAN Pahang turut disampaikan  sebagai tanda kenangan  oleh Tn. Hj. Ramli B. Ngah selaku Naib YDP Haluan Pahang.

Hj. Tarmizi, Pengurus Pasukan Futsal HALUAN Kelantan menerima cenderahati dari Ketua Biro sukan & Rekreasi HALUAN Pusat

Alhamdulillah, Haluan Pahang bersyukur kerana pertandingan ini dapat berjalan dengan baik, teratur, lancar dan menepati masa yang ditetapkan berkat kerjasama semua pemain dan pengurus pasukan. Pertandingan nampak meriah dengan hampir 200 orang memenuhi gelanggang dengan berbagai warna jersi dan mereka saling berintraksi dalam semangat ukhuwah yang baik.

Haluan Pahang memohon kemaafan diatas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang  mengurusetiakan pertandingan yang besar ini dan merakam ucapan terima kasih diatas sokongan, kerjasama dan sumbangan kewangan bagi menjayakan pertandingan ini. Diharap pertandingan futsal nasional ini menjadi medan alternatif terbaik untuk mengumpulkan relawan dan dapat memantapkan lagi ukhuwah dikalangan mereka dimasa akan datang.
` Relawan Cergas, HALUAN Mantap, Sedia Berbakti `
Disediakan oleh
Unit Media,
HALUAN Pahang
 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2011 in Aktiviti, Pemuda, Sukan & Rekreasi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: