RSS

500 Peserta Menyertai Seminar Pendidikan Ummah 2011

10 Oct
YB Dato’ Hj Che Mohd Rahim bin Hj Jusoh, Pengarah JAHEAIK, Dr. Abdullah Sudin Ketua eksekutif KTD merangkap Presiden HALUAN Malaysia dan Hj Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan.

Tetamu Majlis Perasmian,

Kota  Bharu, 9 Okt – , “Kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam kehidupan adalah formula untuk mengembalikan umat kepada kegemilangan Islam sepertimana yang pernah dibina oleh tamadun Islam sebelum ini.” Demikianlah ucapan oleh YB Dato’ Hj Che Mohd Rahim bin Hj Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ketika merasmikan Seminar Pendidikan Ummah 2011 di Balai Islam Lundang Kota Bharu Kelantan pada Sabtu, 8 Oktober lalu. Seminar anjuran bersama JAHEAIK, HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darul Naim ini telah berjaya menarik perhatian 527 orang peserta dari pelbagai peringkat umur memenuhi dewan semenjak jam 8.00pagi lagi.

Sejumlah 3 kertas kerja telah dibentangkan dengan jayanya. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Profesor Dr. Nik Azis bin Nik Pa dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang falsafah pendidikan Islam, pelaksanaan proses pendidikan Islam dan matlamat pendidikan Islam dalam membina tamadun baru pada masa depan.

Kertas kerja ke 2 pula telah dibentangkan oleh Dr. Noor Hisham Md Nawi, pensyarah kanan dari Universiti Malaysia Kelantan. Beliau telah menyoroti penghayatan Islam dalam masyarakat pada masa kini. Menurutnya, kepincangan masyarakat yang kita hadapi pada hari ini adalah akibat daripada sikap masyarakat yang mengabaikan ajaran Islam yang sebenar di dalam kehidupan.

Kertas kerja yang ke 3 pula dibentangkan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden Haluan Malaysia yang juga pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menghuraikan tentang peranan Islam dalam menyelesaikan permasalahan sosial pada hari ini. Setiap individu dalam masyarakat bertanggungjawab untuk membawa dan menghayati dan menyebarkan Islam ke dalam masyarakat melalui proses tarbiyah yang tersusun dan terancang di semua peringkat.

Majlid Penutup Seminar telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim yang juga merangkap Presiden HALUAN Malaysia. Beliau telah merumuskan bahawa permasalahan sosial pada hari ini amat meruncing sekali dan penyelesaiannya adalah kita perlu kembali kepada penghayatan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita khususnya menjadikan Al Quran sebagai rujukan utama. Beliau juga menyeru generasi muda dengan slogan “ngaji biar  panda, perangai biar juruh, hidup biar boleh tupe”. Ianya bermaksud generasi muda perlu belajar setinggi mungkin dalam mendalami ilmu, memiliki akhlak yang mulia dan akhirnya dapat memberi manfaat kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat.

Para peserta juga telah diserikan dengan 7 cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir. Seminar ditamatkan pada jam 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari. Penganjur mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan semua hadirin dalam menjayakan seminar ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 10, 2011 in Aktiviti, Dakwah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: