RSS

Category Archives: Artikel

Kesungguhan Merancang Tarbiyah Kita

Medan latihan tidak sama dengan medan sebenar. Medan sebenar akan menguji sebenar-benarnya apa yang kita terima sebanyak-banyaknya selama ini.

Kadang, yang hebat di medan latihan, belum tentu hebatnya di medan sebenar. Kadang, yang nampak biasa di medan latihan, dia itu luar biasa sekali di medan sebenar.

Tetapi yang membawa kesungguhan itu bermula dari medan latihan hinggalah ke medan sebenar, maka dia adalah yang lebih luar biasa !

Maka, di sini sebenarnya yang ingin ana fokuskan adalah pada pengurusan tarbiyah kita.

Ya, tarbiyah itu sesuatu yang perlu. Bukan setakat perlu, tetapi yang paling urgen dan paling utama.

Kenapa ia adalah yang urgen dan paling utama?

Mari kita lihat bagaimana tarbiyah mampu menjaga kita.

BAGAIMANA TARBIYAH MENJAGA KITA, LIHATLAH DARI MEREKA

Kalau nak ditunjukkan semua bukti daripada sirah Nabi, memang tidak akan habis post ni. Bukan setakat sirah Nabi, tetapi kisah-kisah para anbiya’ terdahulu pun sudah membuktikan.

Kalau berlepas diri daripada tarbiyah, walaupun duduk dekat sangat dengan sistem tarbiyah, maka ikatannya dengan Allah akan semakin longgar.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2011 in Artikel, Dakwah, Motivasi, Tarbiyah

 

Perutusan Aidiladha Presiden HALUAN 1432 H

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Pertamanya, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan suatu nikmat kepada kita untuk menyambut satu lagi perayaan di dalam Islam iaitu Aidiladha.

Marilah sama-sama kita meraikannya dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT. Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya perayaan ini mereka (bergembira) pada waktu  zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2011 in Artikel, Kepimpinan HALUAN

 

Aktivis Dakwah: Ramadhan Bulan Tarbiyah

Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan syahrut Tarbiyah (bulan pembinaan dan pendidikan)??

Ini kerana pada bulan ini umat Islam dididik langsung oleh Allah SWT dan diajarkan oleh-Nya supaya dapat mengatur waktu dalam kehidupan secara baik. Kehidupan mukmin menjadi teratur dan setiap detik waktunya berjalan dengan bermanfaat dan terisi dengan muatan amal, mulai dari sahur sehingga bertemu sahurnya kembali, tiada yang sia-sia.

Tarbiyah adalah jalan yang sangat penting bagi kehidupan muslim dan umat, kerana dengan tarbiyah akan lahir Syakhshiyah Islamiyah mutakamilah mutawazinah (keperibadian islami yang utuh dan seimbang) yang siap sedia berhadapan dengan tentangan zaman dengan segala permasalahan, ujian dan cubaannya.

Dalam kontek tarbiyah itu sendiri; untuk menghasilkan barisan pekerja Islam (amilin) yang memiliki Syakhshiyah islamiyah mutakamilah mutawazinah (keperibadian islami yang utuh dan seimbang), maka manhaj tarbiyah harus mampu merealisasikan tujuan-tujuan berikut :

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 7, 2011 in Artikel, Motivasi, Ramadhan, Tarbiyah

 

Terawih Bersama Imam Rabithah Ulama Palestin – update 1

Muslimin Muslimat dijemput menunaikan solat sunat tarawih bersama Imam Rabithah Ulama Palestin di masjid-masjid berdekatan dengan anda dan bersama memberikan sumbangan wang ringgit anda untuk meringankan beban saudara mara kita di Palestin.

Untuk makluman terkini masjid yang Imam Rabithah Ulama Palestin mengimami solat tarawih, sila hubungi Dr. Mohd Arif Rasyid  (0139397959)

7 Ogos (Ahad) – Masjid Ketereh

8 Ogos (Isnin) – Masjid Dewan Beta

9 Ogos (Selasa) – Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas

10 Ogos (Rabu) – Masjid Rahman, Kg. Galang

11 Ogos (Khamis) – Masjid Panchor

*Kepada yang berhajat untuk menjemput Imam Rabithah Ulama Palestin menyampaikan tazkirah di tempat anda, di pejabat, sekolah atau IPT, sila hubungi Mohd Razali (019333 8484)

 
Leave a comment

Posted by on August 7, 2011 in Aktiviti, Palestin, Ramadhan

 

Penghayatan Ramadhan Cermin Keimanan

 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Panggilan untuk Mereka yang Beriman

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas: yaa ayyuhalladziina aamanuu (hai orang-orang yang beriman), ini bukan sebarang panggilan, sebab yang memanggil adalah Allah swt. Sang Pencipta alam semesta. Semua makhluk bergantung kepada-Nya. Tidak ada yang mampu hidup tanpa keizinan dari-Nya. Maka siapa yang mengaku diri sebagai hamba-Nya hendaknya segera bergerak memenuhi panggilan ini. Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi, dengan kata lain Allah tidak berfirman: yaa ayyuhal aghniyaa’ (hai orang-orang yang kaya), hai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan lain sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman saja, mengapa?

Di sini ada rahsia yang tersimpan, di antaranya:

(a) Bahawa dengan menyatakan keimanannya seseorang mempunyai posisi tersendiri dari sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hamba-Nya yang beriman. Kerananya Allah swt mengundang mereka secara khusus. Di dalam Al-Qur’an undangan yaa ayyuhal ladziina aamanuu selalu Allah swt ulang. Menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hamba-Nya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk sebagai hamba-Nya.

(b) Bahawa posisi keduniaan apapun megahnya bila tidak disertai iman, Allah swt tidak bangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepada-Nya. Ingat Allah swt berfirman:

”Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata, “Tuhanku Telah memuliakanku”.

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr:15-16)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 6, 2011 in Artikel, Ramadhan

 

Awas Belitan Ular Sawa!!

Awas belitan “Ular Sawa”! Begitulah kata-kata menggugah jiwa yang sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telinga penulis. Kalimat ini telah diungkap oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman ketika muktamar HALUAN 2011 yang lalu di Universiti Sains Malaysia, P Pinang.

Beliau memperingatkan kami semua bahawa perangkap yang paling merbahaya bagi barisan da’i adalah kecintaan kepada dunia sehingga menghalang para da’i dari melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendakwah dengan penuh komitmen dan tetap bersemangat. Dunia yang dihiasi keindahan dan kesenangan diibaratkan oleh beliau umpama ular sawa yang perlahan-lahan menbelit mangsanya sehingga mangsanya tidak mampu bernafas lagi. Sukar untuk melepaskan diri, kemudian perlahan-perlahan mangsanya mati dalam belitan sang ular sawa. Terkadang berlaku pertembungan di antara melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah dengan memenuhi keperluan dunia seadanya. Kita harus mengakui dan menyedari bahawa keimanan kita akan diuji. Justeru setiap langkah dan keputusan kita dalam melayani amanah dakwah dan mengurusi keperluan dunia akan memberi kesan kepada kemenangan dakwah. Firman Allah SWT:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”(Al Kahfi 28)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in Artikel, Tarbiyah

 

Pra Ramadhan: “Ustaz, Ustaz Puasa Tak Hari Ni?”

“Ustaz, ustaz puasa tak hari ni?”

Awal pagi itu, sekumpulan murid perempuan darjah 5 Ibn Majah bertanya demikian pada saya.

“Awak semua puasa ke?”

“Mestilah puasa, ustaz.”

“Bagus, bagus. Molek benar tu.” saya memberi pujian dalam loghat atau slang kelate.

Sejak bulan lepas, saya perhatikan semakin ramai murid-murid sekolah ini yang rajin melaksanakan puasa sunnah, terutama Isnin dan Khamis, tambahan lagi dengan semakin hampirnya bulan Ramadhan.

Mereka bukan dipaksa atau disuruh, tetapi sangat jelas KECINTAAN mereka untuk melaksanakan ibadah itu bersama rakan-rakan yang lain terutamanya murid-murid tahap 2, iaitu tahun 4,5 dan 6. Kadang-kadang, rasa tercabar juga saya, apabila melihat mereka yang sekecil itu sudah merajinkan diri untuk ‘bersusah-susah’ berpuasa.

Memang tidak ada guru yang menyuruh atau memaksa, tetapi guru hanya membimbing, mendidik dan menceritakan kelebihan melakukan ‘WARMING UP’ sebelum masuk ke Ramadhan.

Tidak sangka pula saya, Khamis baru-baru ini, lebih separuh daripada murid sekolah itu berpuasa. ‘Boleh hitung dengan jari’ bilangan yang tidak berpuasa dan makan di kantin pada hari itu.

Read the rest of this entry »