RSS

Category Archives: Fikrah

Mencari Makna Kehidupan

Apabila Allah izin penulis berpeluang melangkah kaki ke menara gading ke UiTM Cawangan Perlis (ketika itu ITM) sekitar tahun 1995, penulis ada dua misi besar. Pertama mencapai kecemerlangan sebaik mungkin sebagai mahasiswa melayu muslim yang berjaya. Alhamdulillah penulis berjaya tamat dengan keputusan kelas pertama. Keduanya adalah mencari kebenaran akan hakikat kehidupan ini. Penulis mencari suatu makna dalam kehidupan ini.

Kita biasa mendengar firman Allah SWT:

“Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” (Adz Dzariyat : 56)
Namun sejauh mana penghayatan kita akan keterangan jelas dari Allah SWT kepada makna kehidupan kita yang sebenarnya? Penulis sudah mendengar dalil ini sejak dari sekolah menengah, namun masih merasai kekosongan dalam jiwa.

Ramai manusia menjadi sesat dan serabut kerana mereka tidak menemui makna kehidupan. Sebenarnya bukan kita sahaja yang mencari makna kehidupan, bahkan ada seorang tokoh ilmuwan hebat, Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20 juga mencari-cari makna kehidupan. Ketika seseorang bertanya kepada Einstein, pertanyaan apa yang akan diajukan kepada Tuhan bila dia dapat mengajukan pertanyaan itu, dia menjawab, “Bagaimana awal mula alam raya ini? Tetapi setelah berfikir beberapa saat, dia mengubah fikirannya lalu berkata,”Bukan itu. Saya akan bertanya,”Kenapa dunia ini diciptakan?” Kerana, dengan demikian saya akan mengetahui makna hidup saya sendiri.” Albert mati dalam keadaan tidak menemui makna kehidupannya yang sebenar.

Adalah satu kerugian yang amat besar kepada diri kita sebagai muslim, masih tidak menemui makna kehidupan kita. Masih tidak menemui jawapan dari mana kita didatangkan, untuk apa kita didatangkan dan ke mana kita selepas mati nanti. Persoalan “dari mana”, “ke mana”, dan “kenapa” yang berkaitan dengan kewujudan dan kehidupan merupakan antara persoalan-persoalan asasi (ultimate problems) dalam setiap fikiran manusia yang inginkan sebuah “makna” (meaning). Tanpa mengetahui jawapan daripada persoalan-persoalan tersebut, maka kehidupan ini sejak dari permulaannya sehinggalah kesudahannya hanyalah suatu “kekosongan”.

Tanpa makna kehidupan yang hakiki dan benar, maka seseorang itu akan menjalani sebuah kehidupan dengan penuh pendustaan terhadap dirinya sendiri lalu akan menghadapi setiap hari yang meletihkan, kerana setiap hari yang dilaluinya adalah pendustaan terhadap dirinya sendiri. Oleh kerana itulah, Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Jika anda terasa hidup ini meletihkan bererti anda tidak jujur terhadap diri sendiri”.

Sudah sekuat mana dan segigih mana kita mencari kebenaran, mencari makna kehidupan ini. Dan jika sudah menemuinya, sejauh mana pula kita menghargainya dan memelihara kebenaran itu.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 1, 2011 in Artikel, Fikrah, Motivasi

 

Faktor-Faktor Jiddiyah Dalam Kehidupan Da’i (1)

Apa khabar semua sahabat-sahabatku?

 

Dalam siri kali ini dan mendatang saya akan berkongsi bahan daripada kitab Al Masar karangan Sh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, bab faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan seorang pendakwah.

 

 

Musuh-musuh Islam sama ada yang kita nampak atau tidak sentiasa aktif bekerja. Mereka hanya tidur sedikit. Kita juga mesti bersungguh-sungguh. Jika tidak sedemikian, kita akan kalah. Jika diimbas kembali sirah sahabat Rasulullah SAW, kita dapati mereka sangat serius bekerja.

 

Apabila sahaja ayat al Quran turun, setiap dari mereka bergegas-gegas untuk melaksanakan tujuan ayat itu. Mereka tidak sanggup menunggu-nunggu. Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang akan membawa kepada al jannah, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu itu.

Read the rest of this entry »

 

Ancaman Aliran Pemikiran Modernisasi

Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa jalan hidup kita ialah Islam, dan pegangan serta perlembagaan hidup kita ialah ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah  s.a.w.

Fahaman Islam yang kita bawa dalam hidup kita adalah berdasarkan fahaman Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan telahpun diikuti oleh para sahabat ridhuanullah ‘alaihim.

Bukan fahaman-fahaman  lain yang disogokkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam masyarakat Islam.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada semua prinsip-prinsip (rukun) keimanan, kita mestilah peka dan awas agar kita tidak terjebak ke dalam aliran-aliran faham yang berlawanan /bercanggah dengan Islam.

Satu daripadanya ialah :  Aliran Modernisasi .  Iaitu satu pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan kemodenan (modernity).

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2009 in Artikel, Fikrah