RSS

Category Archives: Kenyataan

Kenyataan HALUAN – Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas – Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

Read the rest of this entry »

 
 

Gempabumi Padang: HALUAN akan hantar pasukan bantuan

gempa padangHALUAN akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa tragedi gempabumi di Kepulauan Sumatera, Indonesia.

Gempabumi kuat telah sekali lagi melanda kepulauan Sumatera pada pukul 08:52 pagi Khamis 1 Oktober. Ini merupakan kejadian gempa kali kedua melanda daerah berkenaan, selepas gempa pertama yang berlaku pada pukul 5:16 petang Rabu yang mengorbankan 500 nyawa. Kurang dari 24 jam sebelum gempa kedua ini, kepulauan Pasifik Selatan juga telah dilanda tsunami besar akibat gempa bermagnitud sehingga 8.3.

Menurut kenyataan Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, John Holmes, sekurang-kurangnya 1,100 orang telah disahkan mati akibat gegaran kedua yang bermagnitud 7.6 itu. Manakala lebih dari 2,400 orang lagi dilaporkan tercedera dan ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan. Pasukan-pasukan bantuan dan penyelamat berhempas pulas, dalam suasana hujan lebat dan keputusan bekalan elektrik, mencari mangsa-mangsa di bawah runtuhan ratusan bangunan. Menurut Menteri Kesihatan Indonesia, Siti Fadilah Supari, gempa kali ini adalah lebih dahsyat daripada gempa yang pernah melanda Yogjakarta pada tahun 2006, di mana 3000 nyawa telah terkorban.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 2, 2009 in Antarabangsa, Kenyataan

 

Selamat Menyambut ‘Idul Fitri

idulFitri_018HALUANKelantan mengucapkan Selamat Menyambut ‘Idul Fitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

 
Leave a comment

Posted by on September 17, 2009 in Kenyataan

 

HALUAN Mengutuk Sekeras-kerasnya Kekejaman Israel

Kenyataan Sekretariat HALUANPalestin

Sekretariat HALUANPalestin HALUAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2009 in Kenyataan