RSS

Category Archives: Kepimpinan HALUAN

Perutusan Aidiladha Presiden HALUAN 1432 H

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Pertamanya, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan suatu nikmat kepada kita untuk menyambut satu lagi perayaan di dalam Islam iaitu Aidiladha.

Marilah sama-sama kita meraikannya dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT. Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya perayaan ini mereka (bergembira) pada waktu  zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2011 in Artikel, Kepimpinan HALUAN

 

Perutusan Aidilfitri 1432H Presiden HALUAN Malaysia

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2011 in Kepimpinan HALUAN

 

Perkongsian Pengalaman Tarbiyah Bersama Ulama Palestin

Pada 9 Jun 2011 merupakan detik bersejarah dimana kami menerima seorang tetamu dari Palestin iaitu Sheikh Abu Bakr Al Awawida, Penasihat Kanan Rabitah Ulamak Palestin. Beliau juga merupakan mantan pengawal peribadi Sheikh Ahmad Yassin (AsSyahid). Beliau telah dipenjara oleh tentera zionis sebanyak 8 kali. Akibat dari penyiksaan yang dahsyat secara mental dan fizikal, akhirnya kedua-dua mata beliau telah buta (akibat cahaya lesser yang kuat ditujukan kedalam matanya), namun ia tidak sedikitpun melunturkan semangat jihadnya dijalan Allah.

Sheikh Abu Bakr Al Awawida wajah yang bersih berseri, merupakan mujahid dakwah, kedua matanya telah buta akibat dari penyiksaan zionis ,namun semangat juangnya untuk berjihad sentiasa membara.

Ust Abu Ubaidah (Penterjemah) bersama Sheikh Abu Bakr sebelum majlis dimulakan

Muqqaddimah dari ucapannya amat menyentuh hati, Beliau tahu orang yang hadir pada malam itu adalah mereka-mereka yang telah menjalani tarbiyah yang sama.Ucapan beliau agak berbeza dengan ucapan kepada orang-orang awam.Beliau memulakannya dengan doa rabithah dengan nada yang perlahan, lembut dan amat menyentuh hati. Terasa perasaan ikatan ukhuwah yang cukup mendalam diantara beliau dengan kami yang hadir.Wajahnya yang bersih, tenang dan seyuman yang cukup menarik. Apa yang dapat saya rasakan adalah saya amat menyayanginya.Ini adalah kali kedua saya berpeluang menemuinya. Buat kali pertamanya ialah dua tahun yang lalu . Ketika itu beliau mengimami kami ketika melakukan solat tahajjud dibulan Ramadhan di masjid Pendek, Kota Bharu,Kelantan.

Read the rest of this entry »

 

Dakwah Itu Pengikat Ukhwah

Untuk memenangi SATU hati bukannya mudah. Amat sukar. Dr Yusof Qardhawi mengatakan untuk membengkokkan besi yang keras atau untuk membina bangunan yang tinggi adalah jauh lebih mudah dibandingkan untuk merubah SATU HATI . HATI yang yang memiliki Wa’yun Islami (Kesedaran Islam) yang sebenarnya. Hati yang yang sentiasa teruja dan teransang untuk memperbaiki diri disamping mengajak orang lain menikmati keindahan Iman dan Islam.

Ada rakan mengatakan, tugas seorang doktor cukup mudah untuk memenangi hati pesakit. Memang benar. Pesakit biasanya menerima nasihat kita sebagai doktor. Namun untuk memujuknya duduk bersama , berbincang mengenai Islam bukanlah kerja mudah. Namun demikian, ia bukan merupakan alasan untuk tidak melaksanakan dakwah fardhiyah.

Lebih kurang 3 bulan yang lalu, datang seorang guru , cikgu Hassan (nama samaran) membawa anaknya yang sakit ke klinik saya kerana anaknya sakit.Raut mukanya bersih.Hati saya terlalu ingin untuk menjadikan dia sebagai “target ” dakwah fardhiyah saya.Timbul keazaman untuk mencuba “teori” dakwah fardyiyah yang telah di  ikuti melalui pertemuan-pertemuan mingguan. Allah izin anaknya yang berusia 5 tahun mengidap ” Obstructed Inguinal Hernia”. Lalu saya merujuknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.Anaknya menjalani pembedahan. Saya sering menghubungi melalui telefon, bertanya kabar dan mendoakan keselamatan anaknya. Cuma yang terkilan dihati , saya tidak dapat menziarahinya di hospital diatas kesibukan tugas harian.

Read the rest of this entry »

 
 

“Memperkasakan Identiti, Membangunkan Ummah” (Bahagian 1)

UCAPAN DASAR PRESIDEN DI DALAM MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN KE 22

Terima kasih Saudara Pengerusi Majlis,

Barisan Kepimpinan HALUAN Pusat dan Negeri,

Dif-dif Kehormat dan Para Tetamu Jemputan,

Ahli-ahli HALUAN sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

1. Para perwakilan, pemerhati dan hadirin yang dihormati sekalian, Firman Allah SWT:

Bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” (Surah al-Baqarah: Ayat 143)

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN kali ke-22 ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan/puan bertambah lagi nikmat dikurniakan Allah SWT.

3. Tidak lupa juga, saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kepimpinan HALUAN Pusat dan juga HALUAN Negeri-negeri yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN kali ini.

4. Kepada HALUAN Pulau Pinang yang menjadi tuan rumah pada kali ini, saya merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih atas usaha-usaha yang dibuat bagi menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan pada tahun ini.

5. Kepada para tetamu jemputan, kehadiran saudara/i telah menambahkan lagi seri majlis ini dan semoga pertemuan kali ini sudah pasti mengeratkan lagi hubungan sesama kita pada hari ini dan seterusnya pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih saya ucapkan.

MUKADDIMAH

Tuan-tuan dan Puan-puan Sidang Hadirin Sekalian,

6. HALUAN kini sudah menjangkau usia 22 tahun. Satu tempoh yang panjang dan telah mencapai kematangannya. Kewujudan HALUAN dipersada masyarakat di Malaysia khususnya dan dunia amnya, tidak lain daripada bertujuan melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran : 104)

7. HALUAN laksana sebatang pokok yang akarnya bertunjang ke bumi. Alhamdulillah berdirinya dengan teguh. Manakala dahan-dahan dan dedaunnya subur menjulang ke langit. Dedaunnya menjadi tempat berteduh para musafir, dedahannya menjadi tempat burung-burung menghinggap. Kewujudannya laksana pengimbang antara langit dan bumi. Firman Allah SWT:

Bermaksud:  ”tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.  Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” (Surah Ibrahim : 24 – 25)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 7, 2011 in Kepimpinan HALUAN

 

Faktor-Faktor Jiddiyah Dalam Kehidupan Da’i (1)

Apa khabar semua sahabat-sahabatku?

 

Dalam siri kali ini dan mendatang saya akan berkongsi bahan daripada kitab Al Masar karangan Sh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, bab faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan seorang pendakwah.

 

 

Musuh-musuh Islam sama ada yang kita nampak atau tidak sentiasa aktif bekerja. Mereka hanya tidur sedikit. Kita juga mesti bersungguh-sungguh. Jika tidak sedemikian, kita akan kalah. Jika diimbas kembali sirah sahabat Rasulullah SAW, kita dapati mereka sangat serius bekerja.

 

Apabila sahaja ayat al Quran turun, setiap dari mereka bergegas-gegas untuk melaksanakan tujuan ayat itu. Mereka tidak sanggup menunggu-nunggu. Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang akan membawa kepada al jannah, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu itu.

Read the rest of this entry »

 

Mutiara Tarbiyah Dalam Kehidupan Seharian

Tidak salah mengenang hari-hari yang berlalu, penuh keindahan , yang memberi kesan kepada HATI. Saya telah banyak mendengar ceramah-ceramah agama, membaca buku-buku. ceramah-ceramah motivasi dan sebagainya , namun sukar untuk dilaksanakan.Saya biasa mendengar ceramah yang penuh semangat dan hebat.Semangat saya juga bergelora. Namun lama kelamaan ianya luntur dan hilang. Saya masih ingat kali pertama saya mengikuti usrah di universiti.Naqib saya kata sasaran tarbiyah kita adalah “HATI”. Hati ini perlu sentiasa kita didik dan asuh agar ia dapat mengikut acuan yang Allah kehendaki (sibghatulLah). Terfikir juga oleh saya “Hati kita sendiri , perlu juga dididik dan diasuh?” Sukar saya menerima hakikat ini, namun saya telan juga. Setiap kali pertemuan mingguan, pesanan ini tidak pernah ditinggalkan. Jiwa saya tenteram .

(Hati-hati dapat dididik dan diasuh melalui halaqahn dan bia’ah solehah)

Rupanya saya mempunyai tugas besar untuk mendidik hati sendiri. Setiap peristiwa yang kita lalui setiap hari samada kita sedar atau tidak , ia sentiasa memberi kesan kepada hati.Cuba kita perhatikan ,apabila anak-anak kita melihat iklan dikaca TV setiap hari. Mula-mula dia perhatikan. Lama-kelamaan dia cuba menghafal kata dan akhirnya dia akan meniru lakunan yang ada dalan iklan tersebut.Hakikatnya , iklan yang berulang-ulang itu telah memberi kesan kepada jiwa (hati) anak kita.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2010 in Artikel, Kepimpinan HALUAN, Tarbiyah