RSS

Category Archives: Kuliah Tiga Minit (KULTIM)

Tarbiyah Qur’aniyah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatullah, sekadar meninggalkan jejak di sini. Berteduh berkongsi rasa jiwa yang lara agar kita semua merasai secebis perasaan seorang hamba.
 
Pertemuan mingguan kami benar-benar meninggalkan bekas yang mendalam kepada jiwa saya. Sedar atau tidak – saya mempelajari dan dididik dengan suatu perkara.

 
Minggu ini, murabbi berpesan kepada kami :
 
“ Untuk menguasi diri dan mendidik hati kita, kita harus dekat dan mendampingi Al-Quran. Inilah rahsia yang dilakukan oleh para salaful soleh, ulama-ulama yang warak dan mukmin muslim yang tawaduk.”
 
Dekatilah Al-Quran dan bongkarkanlah rahsia yang terpendam di dalamnya. Berikan hak hati dan ruh untuk disinari dengan cahaya Al-Quran yang terang benderang. Tiada perkara yang mudah untuk bermujahadah melainkan kita perlukan kekuatan yang sebenar.
Dan, kekuatan kita sebenarnya adalah bersama Al-Quran! Dan ia bertambah kuat dan mengesani jiwa jika lantunan kalamullah ini dilantunkan di saat-saat penghujung malam yang kelam dan sunyi sepi tanpa suara. Berusahalah dan bertekadlah dengan jiwamu yang membara :
 

Kecintaan Kepada Akhirat

akhiratSabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.

Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar

Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.

2. Kaya hati

Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah SAW bersabda dalam hadith sahih, yang ertinya;

“ Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati” (HR. Muslim)

Read the rest of this entry »

 

Tazkirah dari SUA: Mengikhlaskan niat kepada Allah

kewajiban IkhwanIkhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia merupakan satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak para insan Rabbani. Allah tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.

Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus
(Al-Bayyinah:5)

Ingatlah hanya kepunyaan Allah din (cara hidup) yang bersih daripada syirik
(Az-Zumar:3)

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia menyengutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya
(Al-Kahfi:110)

Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya

Read the rest of this entry »

 

KULTIM 2: Aku dan Al Quran

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

quranApabila memperkatakan tentang Al Quran, apakah rasa hati yang ada didalam diri kita?  Apakah kita benar-benar percaya bahawa kitab tersebut adalah kitab yang diturunkan dari Allah swt melalui rasulNya, nabi Muhammad saw?  Apakah kita sedar tentang kebenaran yang terdapat didalamnya sehingga kita tiada pilihan lain dari menjadikan kitab tersebut sebagai panduan kehidupan bagi diri kita.  Apakah kita meneliti setiap apa yang diperkatakan agar kita tidak tergelincir dari apa yang telah ditetapkan didalam panduan yang diberikan.

Terlalu banyak kebenaran dan bukan tidak disengajakan atau kebetulan, namun kenapa hati kita tidak merasakan takut dan mahu menundukkan diri kepada Allah swt?  Hati kita begitu keras sehinggakan kita tidak mahu akur kepada apa yang kit abaca atau yang kita dengar dan kita selalu meninggalkan fakta yang ada dihadapan kita begitu sahaja tanpa kita mengunakan akal dan pemikiran kita untuk menilai apakah keagungan Allah swt yang telah kita lupakan.  Nikmat tuhan kita yang manakah yang telah kita abaikan sehinggakkan hati itu menjadi begitu keras untuk mengiktiraf Allah swt didalam kehidupan ini.

Mungkin kita menyatakan yang kita mengiktirafkan akan Allah swt sebagai rabb, namun persoalan yang perlu kita fikirkan adakah kita mematuhi segala arahan dan perintahNya. Sejauh manakah kita benar-benar berharap kepada Allah didalam keputusan yang mahu kita lakukan, sejauh mana kita befikir tentang segala ketentuan yang telah diberikan dan meletakkan segala yang berlaku penuh dengan kebaikan bagi menguji akan kehidupan kita yang sementara.  Adakah kita sentiasa memikirkan tentang kebesaran Allah swt sehinggakan kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt didalam kehidupan kita?

Terlalu banyak kebenaran yang terkandungan didalam alQuran dan tiada suatu ayat pun yang salah dengan fakta sains hari ini, tidak ada suatu buku atau kitab yang begitu sempurna melainkan AL Quran, tetapi mengapa manusia tidak mahu untuk menjadikannya sebagai panduan kehidupan.  Jika kita ingin memasang sebuah computer, kita akan meneliti segala panduan yang diberikan agar kita tidak akan melakukan kesilapan didalam memasang computer tersebut, kita takut sekiranya tidak mengikuti panduan yang diberikan kita akan melakukan kesilapan dan akan mengakibatkan kerosakan kepada computer tersebut.

Kitab Al Quran yang tidak pernah diketemui sebarang kesilapan sejak 1400 tahun dahulu, yang memberikan panduan kepada diri kita untuk hidup agar bahagia dunia akhirat, tetapi kecintaan kita kepada kita itu tidak sepenuhnya, kita tidak membaca dengan perasaan ingin mengambil apakah yang diajarkan hanya membaca sekadar untuk mengisi masa yang ada tanpa meneliti sejauhmana akan menyelamatkan diri kita didalam kehidupan yang sementara ini.

Marilah kita bermula untuk meneliti akan kitab tersebut untuk menjadikan diri kita begitu hampir kepada Allah swt.  AMIN.

 
 

KULTIM 1: Peringatan Satu Keperluan

demi-masaMasa tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita, tanpa kita sedari dahulu kita kanak-kanak penuh dengan keriangan, tidak pernah memikirkan tanggung jawab, tidak memikirkan tentang kerja, tentang pelajaran, yang kita tahu hanya bermain dan bersuka ria.  Namun dengan masa berlalu usia semakin bertambah dan kita memulakan suasana persekolahan dengan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu -ilmu baru didalam mencari kejayaan kehidupan, kita belajar dari satu tahap kesatu tahap dan akhirnya kita berjaya menjejakkan kaki kita ke universiti dan berjaya mendapat segolong ijazah.

Masa terus berlalu dan kita mula ingin mendirikan rumah tangga, kita mencari pasangan dan bertemu, berkahwin dan membina keluarga bahagia yang kita idam-idamkan.  Masa terus berlalu kita punya cahaya mata seorang kemudian berdua dan terus bertambah, tanggung jawab semangkin banyak dan kita terus sibuk dengan amanah-amanah yang terus mendatang didalam kehidupan kita.  Kesibukan menyebabkan kita tidak sempat mempersiapkan diri untuk kematian, pangkat semakin tinggi, pendapatan semakin banyak dan perbelanjaan serta keperluan juga bertambah-tambah.

Kita terus sibuk dan masa terus berlalu, akhirnya tiba masa untuk kita berehat, tiba masa untuk kita berpencen, usia sudah hampir kepada penghujung, persediaan apakah yang telah kita sediakan untuk menanti saat kematian, harapan kepada Allah swt semuga diberikan kebaikan, namun apakah kita dipandang Allah swt?  Allah swt tidak melihat tindakan kita semata-mata tetapi allah swt melihat apa yang ada didalam hati kita, sejauh manakah keikhlasan dalam amal yang kita lakukan, sejauh mana kita berharap redza Allah swt didalam kehidupan kita?  Adakah kita mengharap pujian manusia dalam kita berkomunikasi? Mengharap balasan didalam kita beramal dan segala-gala untuk dunia semata-mata.

Kemanisan, kebanggan, kemashuran, kekayaan akhirnya akan berpisah dengan diri kita, kita akan meninggalkan segala-galanya dan yang akan bersama-sama adalah tiga perkara iaitu anak yang soleh, sedekah yang telah kita berikan dan juga ilmu yang telah diajarkan.  Mari kita semah persediaan harta yang telah kita sediakan, sebanyak mana kita telah mendidik anak kita agar mereka akan mendoakan kita selepas kita meninggal dunia nanti?  Sejauh mana hati-hati mereka akkan sentiasa berharap kepada Allah swt agar kita sentiasa diberikan kebaikan dan dijauhkan dari siksa kubur.  Sebanyak mana sedekah yang ikhlas yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita?  Sebanyak mana ilmu yang telah kita sampaikan kerana Allah swt semasa kita hidup untuk kebaikan manusia.

Mungkin kita boleh tuliskan satu demi satu harta daripada 3 perkara diatas yang telah kita sediakan agar apabila kematian hampir tiba kita telah bersiap sedia, bukan untuk berbangga tetapi untuk memastikan kita telah melakukan semakan sebelum kita memulakan perjalanan yang begitu jauh yang tidak tahu bagaimanakah penghujungnya. Marilah kita sama-sama memulakan persediaan dari sekarang agar kita bersedia apabila kematian tiba.