RSS

Category Archives: Wanita Dan Keluarga Islami

Kisah Benar: Kasih Ibu Tidak Berbalas

Kisah ini memang benar-benar berlaku.Disuatu pagi saya merawat seorang perempuan tua , berjalan perlahan-lahan menggunakan sebatang tongkat kayu. Wajahnya sangat uzur, keletihan dan jangkaan umur kira-kira 75 – 80 tahun.Saya melayan dia dengan baik sehingga selesai rawatan.
” Makcik datang dengan siapa ? tanya saya dengan ringkas.
” Makcik datang seorang aje doktor, makcik tumpang kereta orang kampung.. ” jawabnya dengan nada sayu.

Saya merenung wajahnya yang sangat uzur, berjalan pun hampir tidak mampu.Seolah-olah disebalik wajahnya yang tua itu tersembunyi seribu satu rahsia.Oleh kerana tiada pesakit lain, perbualan kami semakin rancak.
” Makcik tiada anak ke ? ” tanya saya
” Ada, tapi dia benci makcik, anak-anak dia pun di ajar untuk membenci makcik…” dia menjawab dengan suara yang sayu. Sebak dadanya.
Read the rest of this entry »

Advertisements
 

Program HALUANITA di Surau Kg Pohon Nenasi Mendapat Sambutan Masyarakat

HALUANITA Kelantan meneruskan usaha membantu penduduk miskin di Kg. Pohon Nenasi Bachok dengan menjalankan program susulan secara mingguan di surau kampung tersebut khusus untuk para ibu dan anak-anak. 2 bentuk program telah dijalankan secara berkala iaitu Kelas Fardhu Ain untuk para ibu dan Kelas Tuisyen untuk anak-anak. Menurut Dr. Salwana Mohyidin selaku Pengarah Program, objektif dua program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman Agama melalui pembacaan Al Quran kepada peserta, di samping membimbing para ibu memahami kefahaman asas mereka dalam solat. Kepada anak-anak mula diharapkan kelas tuisyen yang dijalankan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik mereka yang rata-rata ketinggalan dalam pembelajaran.

Alhamdulillah seramai 2 orang tenaga pengajar HALUANITA iaitu Ustazah Rashidah Abdul Rahman dan Ustazah Mariyah Ishak ”turun padang” membimbing para ibu dalam kelas Fadhu ain pada setiap hari Jumaat dari jam 3-5 petang. Setakat ini, kehadiran peserta adalah amat menggalakkan. Seramai antara 20-30 orang para ibu hadir ke kelas tersebut. Kesungguhan mereka untuk hadir jelas kelihatan apabila mereka sanggup menunggu dan ternanti-nanti akan kelas yang akan datang.

Read the rest of this entry »

 

Laju atau Perlahan Di Jalan Dakwah

Assalamualaikum wt. Suatu pagi  saya sempat beriadah bersama anak saya lepasan SPM. Kami jogging di padang Majlis Daerah Ketereh. Seronok bila dapat luangkan masa bersama anak remaja. Kami boleh bersembang, bertukar-tukar fikiran. Pada mulanya dia lari laju. Saya berlari perlahan saja. Maklumlah usia dah separuh abad, mana mampu lari laju. Pada round ke 2 mengelilingi padang, dia dah masuk round ke 3.

Saya dah keletihan. Kami berjalan sambil berbual. Saya tahu dia masih mampu berlari, tapi mungkin dia saja mahu bersembang dengan saya.

” Ayah…kalau kita lari laju di peringkat awal tentu cepat terasa penat ye..?,”

” Betul Am…” jawab saya ringkas.

” Kadang-kadang berhenti dan keluar padang kerana kepenatan..walaupun tidak mencapai target yang kita hajatkan…” Sambungnya lagi…

Saya diam saja, Menarik persoalan tu,namun saya tak dapat menyelami perasaannya.

“Am rasa kalau kita lari konsisten walaupun tak laju, InsyaAllah kita tentu sampai ke matlamat kita”

“Kenapa Am cakap gitu..?

” Am fikir kalau kita laksanakan kerja dakwah dalam keadaan terlalu bersemangat sangat dan gopoh di peringkat awal mungkin kita cepat give up”

Alangkah seronoknya hati saya, bila dia menyebut perkataan “kerja dakwah”. Saya tak menyangka dalam kami sama-sama berjogging, persoalan itu berligar didalam kepalanya.

” Kenapa pulak give up ”

Read the rest of this entry »

 

Perkongsian Ukhuwah Fillah

Syukur pada Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNYA kita dapat hidup aman dan damai di alam yang fana ini serta selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Berkat kurniaNYA dan rahmatNYA ummi mampu dan masih boleh menulis lagi pada kali ini.

Apa khabar iman anak-anak semuanya, dengan rasa kasih dan sayang dan rindu pada anak-anak semua, ummi gagahkan juga untuk singgah sebentar untuk menulis di sini. Ummi rasa tidak mampu lagi untuk menulis di sini tetapi bila teringatkan kembali bahawa tiada jalan yang lebih baik iaitu berkongsilah ilmu walaupun satu ayat agar kita dapat saling memperingati diri untuk menuju keredhaan Allah Taala.

Ummi teringat tulisan anakanda Ammar pada Alasan lagi yang berbunyi seperti berikut:

“Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.
Read the rest of this entry »

 

Peranan Muslimah Sebagai Daieah

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka’ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti’mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

Read the rest of this entry »

 

Rahsia Membina Rumahtangga Bahagia

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  أَنَّ  رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ

(رواه الشيخان)– متفق عليه –

Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu  bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

walimahSesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.

Read the rest of this entry »

 
 

TANGGUNGJAWAB WANITA ISLAM

[Tujuan bahan ini adalah untuk mendedahkan kepada wanita muslimah, khususnya wanita yang mengambil masuliyah da’wah, akan tanggungjawab mereka yang luas dan seimbang dalam pelbagai aspek]

TANGGUNGJAWAB WANITA ISLAM

haluanitaSeorang wanita Islam perlulah memahami kedudukannya sebagai wanita muslimah, sentiasa bermatlamat mencari keredhaan Allah s.w.t. dan iltizam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya dalam ruang lingkup yang ditentukan syara’.

Justeru itu wanita muslimah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai persiapan. Wanita muslimah perlu memiliki thaqafah. Thaqafah yang dimaksudkan ialah ‘thaqafah syar’iyyah’ iaitu thaqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara’ terutamanya yang menyentuh fardhu ‘ain (kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah) dan ‘thaqafah ma’sirah’ iaitu thaqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti sejarah, peristiwa yang berlaku di negara kita dan juga di luar negara.

Wanita muslimah juga berkewajipan melengkapkan diri dengan dengan akhlak yang mulia dan kemahiran-kemahiran tertentu agar  ia benar-benar ahli dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya, untuk dirinya dan masyarakatnya.

Penjelasan lanjut tanggungjawab-tanggungjawab wanita muslimah ialah:
Read the rest of this entry »