RSS

Misi Talian Hayat untuk Pelarian Somalia: Pasukan Kedua Berlepas

09 Oct

Sepang, 8 Okt – Biro Misi Kemanusiaan HALUAN meneruskan Misi Talian Hayat untuk Pelarian Somalia (LL4S) dengan menghantar pasukan kedua yang telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.50 pagi semalam. Misi kali ini disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada petugas media, doktor dan pegawai logistik. Penerbangan mereka menuju ke Nairobi, Kenya dan seterusnya ke Kem Dadaab melalui jalan darat.

Ketua misi kali in, Mohd Nizam Mohd Awang (gambar) memberitahu kepada pihak Media HALUAN bahawa fokus utama misi kali ini terbahagi kepada empat kategori. Yang pertamanya, mereka akan memberikan rawatan perubatan di tiga kem pelarian utama yang telah dikenalpasti di Dadaab. Seterusnya, mereka akan bersama-sama dengan NGO antarabangsa yang lain untuk mengadakan klinik bergerak di kawasan sekitar Daadab. Mereka juga akan meneruskan bantuan mengagihkan makanan kepada pelarian dan akan berusaha membawa bekalan air yang akan dibeli di daerah Kenya untuk di bawa ke kem-kem pelarian di Dadaab.

Menurut Dr Arbaie Shawal (gambar) pula, beliau akan meneruskan misi terdahulu Dr Baharudin Suri untuk merawat pesakit-pesakit di kem pelarian. Sumber maklumat daripada NGO lain yang telah berada di sana mengatakan bahawa lebih 70,000 pelarian sedang menunggu untuk menerima rawatan dan terkini, hampir 30,000 kanak-kanak telah mati akibat kebuluran. Beliau juga difahamkan oleh NGO yang akan bekerjasama dengan mereka di sana bahawa, mereka akan merawat sebanyak 600 orang pesakit setiap hari di kem-kem yang telah dikenalpasti. Antara pesakit yang sangat memerlukan rawatan adalah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Pegawai Logistik untuk misi kali ini, Ustaz Abu Ubaidah bin Musa (gambar) sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyertai misi kali ini. Beliau diberi amanah untuk menjaga keperluan logistik sepanjang misi dan beliau juga akan bertindak sebagai penterjemah memandangkan majoriti penduduk di sana bertutur dalam Bahasa Arab. Beliau akan bergaul dengan masyarakat di sana untuk membuat kaji selidik dan mendapatkan maklumat terus daripada mereka. Tujuannya supaya maklumat yang diperolehi adalah terus daripada mangsa-mangsa pelarian itu sendiri. Beliau juga memohon agar masyarakat Malaysia mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kali ini.

Anda yang ingin turut membantu menjayakan misi bantuan ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun khusus misi bantuan kemanusiaan;

Nama Akaun: HALUAN
No Akaun: 14-023-01-002571-8
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Semoga sedikit sumbangan ikhlas yang dihulurkan akan memberi peluang kepada saudara kita di Somalia untuk meneruskan kehidupan mereka. InsyaALlah setiap sumbangan ikhlas ini akan diterima oleh Allah sebagai bekalan yang baik di akhirat kelak, dan menjadi amal soleh kita dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.

 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: