RSS

Category Archives: Antarabangsa

Misi Talian Hayat untuk Pelarian Somalia: Pasukan Kedua Berlepas

Sepang, 8 Okt – Biro Misi Kemanusiaan HALUAN meneruskan Misi Talian Hayat untuk Pelarian Somalia (LL4S) dengan menghantar pasukan kedua yang telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.50 pagi semalam. Misi kali ini disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada petugas media, doktor dan pegawai logistik. Penerbangan mereka menuju ke Nairobi, Kenya dan seterusnya ke Kem Dadaab melalui jalan darat.

Ketua misi kali in, Mohd Nizam Mohd Awang (gambar) memberitahu kepada pihak Media HALUAN bahawa fokus utama misi kali ini terbahagi kepada empat kategori. Yang pertamanya, mereka akan memberikan rawatan perubatan di tiga kem pelarian utama yang telah dikenalpasti di Dadaab. Seterusnya, mereka akan bersama-sama dengan NGO antarabangsa yang lain untuk mengadakan klinik bergerak di kawasan sekitar Daadab. Mereka juga akan meneruskan bantuan mengagihkan makanan kepada pelarian dan akan berusaha membawa bekalan air yang akan dibeli di daerah Kenya untuk di bawa ke kem-kem pelarian di Dadaab.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Tags: , , , ,

Lifeline For Somalia: Sidang Media, Kepulangan Tim Pertama di KLIA

 
Leave a comment

Posted by on September 20, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa, Galeri Video

 

Talian Hayat Untuk Rakyat Somalia

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Galeri Sukaneka Anak-Anak di Roka Pram

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 24, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa, Galeri

 

Program Ziarah Dakwah Kemboja Melakar Sejarah

HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Mufti Kemboja telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah dan Khidmat Masyarakat Kemboja  pada 13 – 17 Mei yang lalu. Seramai 36 orang yang terdiri daripada ahli HALUAN Kelantan dan mahasiswa KTD menyertai rombongan tersebut yang diketuai oleh Hj Mohd Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan. Rombongan ini adalah memenuhi jemputan dari Mufti Kemboja, Dato’ Kamaruddin Yusof yang telah mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan HALUAN Kelantan di Kota Bharu pada bulan Disember 2010 yang lalu.

Rombongan ziarah dakwah ini dimulai dengan sesi sarapan dan taklimat bersama Mufti Kemboja, Dato’ Hj Kamaruddin Yusof pada 14 Mei di pejabat beliau yang serba sederhana. Ruang di pejabat beliau turut dijadikan sebagai sebuah sekolah dan asrama bagi menempatkan seramai 80 pelajar-pelajar terpilih dari pelbagai kampung Islam di Kemboja. Ketika sesi taklimat, Dato’ Mufti berkongsi pengalaman perit getir beliau dan saki baki rakan beliau berjuang untuk meneruskan kehidupan terutama saat kesengsaraan di zaman regim Pol Pot. Beliau juga berusaha sedaya upaya mempertahankan dakwah Islam di Kemboja dengan bantuan beberapa orang temannya dan anak muridnya. Beliau hampir 10 tahun menjadi Mufti Kemboja dan tidak pernah menerima sebarang gaji dari kerajaan Kemboja, namun kerajaan memberi kebebasan kepada umat Islamnya membina institusi pendidikan dan ekonomi sendiri. Sehingga saat ini, Pejabat Mufti mengurus lebih daripada 20 buah sekolah yang dikenali Madrasah Al Ni’mah Al Islamiah. Namun keadaan sekolah serba dhaif dan kekurangan guru. Majoriti guru tidak bergaji. Manakala pelajar sekolah rendah masih belum memiliki kurikulum pendidikan.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2011 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Rayuan Sumbangan Misi Bantuan Banjir PAKISTAN

 
Leave a comment

Posted by on August 28, 2010 in Aktiviti, Antarabangsa, Pengumuman

 

Kenyataan HALUAN – Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas – Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

Read the rest of this entry »

 
 

Bersama Doakan Keselamatan Delegasi Malaysia Dalam Armada Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

29 Mei – Aktivis Muslim yang menyertai rombongan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Freedom Flotilla tetap tegar dan bersemangat meneruskan misi walau apapun terjadi. Sdr Noorazman Shamsudin yang juga merupakan Ketua Delegasi Bagi Malaysia dan Indonesia menyatakan bahawa para aktivis sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku, khususnya ancaman dari tentera udara dan laut Israel.

” Alhamdulillah setakat ini majoriti aktivis amat komited dengan solat berjamaah, mereka berterusan mengikat diri mereka dengan al Quran. Ramai juga yang bersendirian di merata tempat dalam kapal ini sujud bermunajat kepada Allah swt. Ramai yang berada dalam kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah.”, demikian situasi yang  digambarkan oleh wakil Media HALUANPalestin yang turut menyertai misi tersebut, sdr Mohd Nizam Awang. Beliau dan rombongan menaiki kapal yang terbesar dalam armada tersebut iaitu kapal Mavi Marmara.

Read the rest of this entry »

 
 

Relawan HALUAN Palestin Selamat Pulang Dari Kem Pelarian

Dr Kursiah (kiri) bersama Naib Pengerusi HALUANITA Puan Salmah Yono

17 November 2009, KLIA –

Pasukan relawan HALUAN Palestin pertama yang

menziarahi kem-kem pelarian Palestin di Syria selama seminggu telah selamat pulang ke tanahair dengan membawa seribu pengalaman dan kenangan.

Menurut Encik Abdul Halim Kudri yang merupakan timbalan ketua Misi, mereka sempat melawat serta merawat pesakit di beberapa buah kem-kem pelarian, termasuklah di Dar’aa, Tanf dan Hassakeh. Di sana, pasukan HALUAN Palestin sempat memberikan hadiah berbentuk pakaian dalam dan lain-lain keperluan asas untuk mangsa, terutamanya untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 18, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Ketua HALUANITA Kelantan sertai MKPadang 5, Dr. Saedah Ali (KKH Kelantan) Juga Turut Serta Buat Kali Ke 2

HALUAN meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Indonesia dengan Pasukan ke-5 menggantikan Pasukan ke-4 yang berada di lapangan sejak seminggu yang lalu. Pasukan terkini relawan HALUAN ini disertai oleh 9 orang, termasuk seorang doktor lelaki dan seorang doktor wanita. Mereka telah selamat mendarat di lapangan terbang Minangkabau, Padang pada jam 8:00 pagi waktu tempatan.

Wakil Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Selangor, Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani, memimpin gandingan relawan veteran dan muda kali ini. Mereka ialah Siti Aisyah bt. Mansor yang mewakili HALUANITA Kedah, Norizan Othman dan Sabariah Omar yang mewakili HALUANITA Kelantan, Mohd Akhir Bin Ahmad seorang jurutera yang mewakili HALUAN Kedah, Suhaimi Mohd Dahan iaitu seorang guru yang mewakili HALUAN Pahang, dan Mohd Fikri bin Mohd Nasri mewakili HALUANSiswa Pahang. Manakala Dr Basir Towil yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dan Dr Saedah binti Ali dari KKH Kelantan merupakan barisan doktor bagi pasukan ini.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Pasukan 3 MKPadang HALUAN Kini di Pariaman Padang, Sumatera

25 Okt, Padang – Seramai 9 orang relawan dari Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang telah selamat tiba di Padang, Indonesia dalam usaha meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Tarbiah dari Medan Amal: Misi Kemanusiaan Padang

Catatan Misi Kemanusiaan Padang 2

Padang HALUANHari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan orang dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan menjadi lebih sulit. Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras. Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang. Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tahu, mereka tetap ceria dan ketawa.

Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang.Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.

Ada ketikanya perlukan kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, ada yang minta punya ubat untuk ibu di rumah, lepas selesai, minta pula ubat cacing untuk anak. Terasa memang geram…tapi bila ingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mental setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terimakasih pak…”  dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas. Akhie Zailani (Ketua rombongan HALUAN) sungguh cekap dalam mengurus perjalanan klinik. Beliau seorang yang berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusiaan. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan ke Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk menjadi jurugambar kami.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

MKPadang: Team 1 Selamat Pulang, Team 2 Menyusul

t1-sinar-harian

 
Leave a comment

Posted by on October 13, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa